Berbeza sedikit cara penyediaan dan bahan-bahan seperti ketupat nasi atau nasi impit, ketupat palas menggunakan beras pulut dan rasanya lebih manis dan sedap.
Jadi, untuk anda yang masih baru dalam penyediaan dan cara memasak ketupat palas ini, jom cuba cara mudah seperti gambar di bawah.
Ketupat pulut cara saya 😊
Ads
Bahan-bahan:
1 Beras pulut – 4 cawan
2 Santan – 2 biji kelapa
3 Daun pandan – 1 helai
4 Daun pisang – 1
5 Garam – Secukup rasa
Cara penyediaan:
Ads
Rendam beras pulut 2 jam
Kukuskan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan.
Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.
Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.
Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.
Ok siap dah.
Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu 😅
Selamat mencuba.
Sumber : hairul hamid
Ads
Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya apabila nak menjelang bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, mesti ramai yang dah mula terfikir menu apa nak dicuba untuk berbuka puasa nanti.
Salah satu resipi wajib ada ketika berbuka adalah Kuih Badak Berendam. Apa kata ikuti resipi viral ini hingga 29K share. Jom lihat cara penyediannya!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
BAHAN-BAHAN:
Bahan Bahan : Bahan Doh : 3 cawan tepung pulut 1 1/2 cawan air pandan Bahan Inti : 1 1/2 cawan kelapa parut 1 cawan gula melaka / gula merah 1/4 cawan air 1 sb gula ( optional ) 1 sb tepung gandum daun pandan Bahan Kuah : 2 cawan santan 1 cawan air 1 sb tepung jagung daun pandan garam dan gula secukupnya Bahan Lain : air untuk merebus
CARA PENYEDIAAN: Satukan Bahan Doh , air mestilah dituang sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh . ketepikan seketika . untuk membuat inti , masak gula bersama air sehingga larut . masukkan juga daun pandan . kemudian tapiskan dan masak semula sehingga mendidih . masukkan kelapa parut dan kacau sebati . apabila inti hampir kering , masukkan tepung gandum dan kacau rata . masak sehingga kering . tutupkan api dan sejukkan seketika . ambil sedikit doh tadi , bulatkan dan leperkan . letakkan inti di bahagian tengah dan tutup semula doh dengan kemas . jadikan seperti bebola . ulang sehingga habis . isikan air di dalam periuk dan masak sehingga mendidih . sementara itu kita sediakan pula Bahan Kuah , satukan ke semua Bahan Kuah dan kacau sebati hingga tiada tepung yang berketul . kemudian masak di atas dapur sehingga pekat . tutupkan api . masukkan doh yang telah siap tadi ke dalam air yang telah mendidih . masak sehingga doh timbul di permukaan . angkat dan masukkan ke dalam Bahan Kuah . ( sy masukkan doh ke dalam air sejuk , kemudian letakkan doh di dalam pinggan . barulah dituang bahan kuah ) .
Hidangkan di dalam pinggan , alaskan bersama daun pisang jika ada . siap
Pastinya ramai antara keluarga kita suka akan rasa enaknya Japanese Cheese Cake yang lembut dan gebu ini.
Jadi apa salahnya, kita sediakan menu ini untuk dinikmati bersama-sama. Resipi ini dikongsikan oleh Qalisya Lisya Illa .
Rezeki hari jumaat.. Jiran mintak tolong buatkan..
Bahan-bahan
70gram butter
70gram gula
70gram tepung gandum (diayak dahulu)
200ml susu segar
4biji telur (asingkan telur putih dan kuning)
5 keping slice cheese
Beberapa titis esen vanila
Cara membuat
1) carikkan slice cheese kecil-kecil dan kemudian campurkan bersama susu segar
2) kemudian masukkan slice cheese bersama susu segar kedalam periuk, gunakan api perlahan dan kacau sehingga slice cheese tersebut cair.
3) kemudian masukkan batter dan kacau lagi sehingga betul-betul larut.
4) tutup api dan biarkan sebentar
5) pukul putih telur bersama gula sehingga menjadi meringue (bertanduk)
6) masuk kuning telur kedalam bekas lain dan pukul kuning telur tersebut sehingga kembang
7) kemudian masukkan kuning telur tersebut kedalam adunan cheese tadi, kacau sehingga betul-betul larut. Kemudian msukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau..pastikan adunan tidak berketul,
9) setelah semua betul-betul larut dan tak berketul baru masukkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.
10) Akhir sekali baru letak esen vanila
Cara bakar
1) sapukan keliling loyang dengan mentega, bawahnya letak kertas minyak.. Gunting ikut bentuk bekas tersebut
2) panaskan air untuk letakkan di bawah loyang tersebut
3) bakar dalam suhu 170darjah selama 20minit kemudian turunkan suhu kepada 140 selama 40minit.. (ikut oven masing-masing)
credit : Qalisya Lisya Illa via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau dulu mak-mak kita buat sandwic menggunakan inti sardin atau telur untuk sarapan pagi atau waktu pergi berkelah.
Tetapi kini menu sandwic sudah berada pada tahap lain. Ia sudah masuk dalam senarai menu di kebanyakan hotel, restoran fine dining, kafe bahkan sudah ada restoran khusus yang menghidang pelbagai pilihan sandwic.
Selain dari itu sudah ramai juga usahawan dalam talian yang menjual menu sandwic ‘kayangan’ dan mendapat sambutan ramai pelanggan yang berpuas hati membeli.
Apa kata kita belajar buat sendiri sandwic macam di hotel yang menggunakan bahan-bahan premium dan sudah pastinya dijamin berkhasiat.
Sesuai untuk dijadikan snek bekalan ke tempat kerja atau anak-anak ke sekolah. Barulah mereka berselera makan sandwic kayangan mama sediakan.
Puan Zurina Zulkefli berkongsi cara-caranya membuat sandwic di facebook beliau.
Suami minta saya buatkan sandwich untuk bekal minum petangnya di tempat kerja. Saya kalau buat sandwich, saya akan buat betul² macam makan di restoran atau hotel. Sandwich tebal, banyak inti, mengenyangkan dan tak muak. Saya ambil masa 20 minit untuk siapkan bekal. Saya kongsikan resepi di setiap gambar ya untuk ibu² mencuba sempena sesi sekolah bermula. Boleh buat bekal untuk anak² tersayang
Bahan-bahannya:
Cara-caranya:
1. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian lipat helaian daun salad.
2. Letakkan satu kepingan lof daging ayam.
3. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.
4. Letakkan satu kepingan keju.
5. Letakkan lobak merah yang digaul mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.
6. Susun hirisan timun jepun.
7. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.
8. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir).
Siap sandwich 3 tingkat.
Tip potong sandwic nampak cantik
Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sadnwich yang cantik. Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.
Nak tambah ilmu keibubapaan sebelum bergelar papa mama? Jom sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di