Kalau lalu di kawasan Food Court, dari jauh boleh bau kelazatan laksa yang menjadi tumpuan orang ramai apabila berada di Pusat Membeli Belah Aeon, kan? Bukan sahaja tergugat dengan keharumannya, malah kepekatan kuah laksa tu juga yang menjadi igauan semua orang.
Teringin nak makan, tapi mengenangkan musim PKP ni kena beratur panjang, terpaksa batalkan niat. Ehhh jangan risau, anda boleh buat sendiri di rumah dengan aroma dan rasa yang sama, resipi oleh Puan Sharifah Zuhaira
ni!Ok gaisss. Aku nak share resepi laksa sama rasa laksa aeon tu. Memang sedap nanges bucu meja punya . Suami aku yang x makan laksa pon makan bertambah. Dahlah senang giler buatnya.
RESEPI ALA-ALA LAKSA AEON
BAHAN
– sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar je)
– pes asam pedas adabi
– bawang besar
– bawang holland setengah biji
– asam keping
CARA MASAK
1. Blend sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. (boleh juga nak blend nenas sikit)
2. Campak semua bahan dalam periuk. Bubuh air. Masak ler ikut pekat mana kuah yang kita nak. Jangan lupa buh garam dan gula.
3. Sos/kuah sardin tu bubuh sikit. Kalau suka rasa ikan yang kuat buh semua pon xpe. Tapi better buh sikit2 sampai dapat rasa yang kita suka. Takut bau hanyir.
Selamat mencuba .
#adabi
#adabiconsumer