Kalau lalu di kawasan Food Court, dari jauh boleh bau kelazatan laksa yang menjadi tumpuan orang ramai apabila berada di Pusat Membeli Belah Aeon, kan? Bukan sahaja tergugat dengan keharumannya, malah kepekatan kuah laksa tu juga yang menjadi igauan semua orang.

Teringin nak makan, tapi mengenangkan musim PKP ni kena beratur panjang, terpaksa batalkan niat. Ehhh jangan risau, anda boleh buat sendiri di rumah dengan aroma dan rasa yang sama, resipi oleh Puan Sharifah Zuhaira ni!

Tak Payah Beratur Panjang Layan Craving, Buat Sendiri Je Laksa Ala-Ala Aeon Di Rumah!

Ok gaisss. Aku nak share resepi laksa sama rasa laksa aeon tu. Memang sedap nanges bucu meja punya . Suami aku yang x makan laksa pon makan bertambah. Dahlah senang giler buatnya.

RESEPI ALA-ALA LAKSA AEON

Ads

BAHAN
– sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar je)
– pes asam pedas adabi
– bawang besar
– bawang holland setengah biji
– asam keping
– belacan
– daun kesum
– bunga kantan
– bebola ikan
– laksa basah

Tak Payah Beratur Panjang Layan Craving, Buat Sendiri Je Laksa Ala-Ala Aeon Di Rumah!

Ads

CARA MASAK

1. Blend sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. (boleh juga nak blend nenas sikit)
2. Campak semua bahan dalam periuk. Bubuh air. Masak ler ikut pekat mana kuah yang kita nak. Jangan lupa buh garam dan gula.

Ads

Tak Payah Beratur Panjang Layan Craving, Buat Sendiri Je Laksa Ala-Ala Aeon Di Rumah!
3. Sos/kuah sardin tu bubuh sikit. Kalau suka rasa ikan yang kuat buh semua pon xpe. Tapi better buh sikit2 sampai dapat rasa yang kita suka. Takut bau hanyir.
4. Last sekali buh bebola ikan. Petis udang terpulang nak buh ke x. Nak buh nenas pon boleh. Daun pudina pon boleh. Anak2 aku x makan jadi aku x buh. Olah ikut selera masing2.
5. Taaraa, dah siap. Resepi atas ni untuk 3-4 orang makan ye.

Tak Payah Beratur Panjang Layan Craving, Buat Sendiri Je Laksa Ala-Ala Aeon Di Rumah!

Selamat mencuba .

#adabi
#adabiconsumer

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI