
Aplikasi THiJARI merupakan perkhidmatan digital Tabung Haji yang mula beroperasi pada 2020 dan menerusi THiJARI, pengguna boleh membuat semakan status akaun, perkhidmatan haji serta penyata kewangan secara atas talian.
Berikut merupakan 7 langkah check penyata kewangan tabung haji menggunakan aplikasi THiJARI dan anda tidak perlu beratur di kaunter dan ianya juga lebih mudah jika risau duit ‘lesap’ dek kerana scammer.
7 LANGKAH CHECK PENYATA KEWANGAN TABUNG HAJI, TAK PERLU BERATUR DI KAUNTER
Semenjak kes duit hilang di bank, ramai risau hilang duit simpanan di Tabung Haji. Malah ada yang minta adakan semula buku simpanan Tabung haji.
Sebenarnya kita boleh periksa sendiri maklumat wang keluar masuk dan cetak penyata kewangan simpanan Tabung Haji kita melalui THiJARI. Caranya mudah sahaja.
Cara-caranya:
1. Install aplikasi THiJARI. Log in dan masukkan password.
2. Laman utama ada ‘Selamat datang’.
3. Tekan menu di sebelah kiri atas.
4. Tekan ‘Ringkasan Akaun’.
5. Tekan nama yang mahu dicetak penyata.
6. Kemudian ada pilihan ‘Sejarah Transaksi’ di sebelah kiri, dan ‘Penyata Akaun’ di sebelah kanan. Tekan ‘Penyata Akaun”.
7. Pilih nak muat turun PDF dan cetak mengikut bulan.
Selesai! Benda mudah boleh cetak sendiri kenapa perlu pergi Tabung Haji? Pendeposit TH dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dengan panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor Akaun TH.
Tabung Haji tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menawarkan sebarang bantuan dana bagi permohonan rayuan Musim Haji 1444H/2023M melalui panggilan atau pesanan ringkas. Rayuan Musim Haji Tahun 2023M belum dibuka.
Sekian, semoga bermanfaat.
Sumber: Facebook Azila Mohd Kasim
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
“Alhamdulillah. Sangat Memberi Inspirasi.” Anak Terima Anugerah Cemerlang, Warganet Kagum Didikan Sheikh Muszaphar & Isteri!

Ibu bapa mana yang tidak gembira dan bahagia melihat anak-anak mencipta kejayaan dalam pelajaran, demikian juga dengan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Datin Dr Halina.
Saban tahun, nama anak-anak mereka tidak pernah tercicir dalam list menerima anugerah atas kejayaan dalam pembelajaran.
Terbaru, menerusi laman instagramnya, bapa kepada enam cahaya mata ini memuat naik berita gembira dua anak gadisnya menerima anugerah cemerlang.
Umum mengetahui pasangan ini sangat menitikberatkan hal pendidikan untuk anak-anak. Bahkan, ada yang menjadikan mereka ikon ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Sementelah Angkawasan Negara ini juga rajin berkongsi tip keibubapaan bersama dengan pengikutnya di media sosial.
Pelajar Cemerlang 2021 Islamic School
Bella – Pelajar Cemerlang Tahun 4
Tasha – Pelajar Cemerlang tahun 2
Bersyukur sangat apabila anak anak mencapai kejayaan .
Segala usaha dan pengorbanan selama ini .
Terimakasih Ustaz & Ustazah yang sentiasa memberi didikan yang terbaik .
We try to raise our kids as best as we could .
Not just on exams .
But more on self values .
To be polite …
To be humble …
To respect others …
To be determined …
To be competitive …
To think out of the Box …
To have the right attitude …
To be strong physically & mentally …
To be able to face any challenges
Emotionally stable and at Peace
Always caring others
Dunia & Akhirah
Congratulations Girls
Daddy & Mommy wish you all the best .
We will always be there for support .
A shoulder to cry on .
But it’s upto you to make a difference .
Your journey is still far and long
Like a winding path
And always remember …
‘ Belajar kerana Allah ‘
Salam Jumaat Everyone
Love As Always
Just Sharing …
PS – Just looking back at how much the girls have achieved brings me to tears …
Demikian perkongsian Sheikh Muszaphar menerusi Kapsyennya yang mengundang perhatian ramai.
Sumber:drsheikhmuszaphar
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!
BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Modal RM150 Je, Wanita Ni Transform Sofa Jadi Mewah. Memang Wow!

Sekali pandang memang tiada siapa menyangka, sofa biru yang terlihat mewah ini adalah hasil DIY dengan hanya bermodalkan RM 150.
Sesuatu yang cukup mengujakan, dan secara tidak langsung jika selama ini ada yang berangan hendak ada set sofa mewah untuk menggantikan set sofa lama, ini lah caranya paling menjimatkan!
Jom semak perkongsian ini.
MODAL DALAM RM150 langsam..
(Untuk keadaan sofa saya..)
POST NI PANJANG SIKIT..
Sori la bercerita macam dalam kelas pulak..
Gambar banyak kena tengok sampai sudah na UNTUK LIHAT HASILNYA….
Kalau boleh jadi inspirasi kat korang boleh la try buat..
Kalau korang ada sofa koyak koyak tu boleh try repair cara ni..
Kalau rangka reput atau patah boleh repair rangka dulu..
Kalau span londeh boleh beli span ada jual di shoppe..
Tapi untuk keadaan sofa saya ni rangka kukuh elok dan span okeylaa tak tebal mana tapi semua elok lagi.. so saya cuma tukar sarung terus..
Tukar sarung sofa yang dah berumur 4 tahun ni..masa beli tak salah dalam RM350-RM400 camtu..
STEP PERTAMA ..
Korang kena tunggingkan sofa dan bukak lapik hitam di bawah tu.. (mungkin kain korang warna lain.. yang penting bawah sofa)
Bila bukak lapik hitam korang akan nampak bentuk rangka sofa korang..
Kena study dulu kedudukan span semua..
Sebab nanti kain tu kita nak celah masuk belah dalam dan stapler di rangka dalam untuk bagi cekang dan kemas tau..
Saya pun banyak kali kena cabut ubat stapler sebab salah tempat atau cara..
Pertama kali buat kena try and error..
Kena sabar sikit la..
Tapi hasilnya memang macam hantar kedai.. hahhahaha..
Barang barang untuk upgrade sofa ni.
Semua beli di SHOPPE saja.. [beli masa dalam hujung PKP 1]
Badan sofa ni pakai kain velvet/baldu tau..
Beli meter pastu potong dan stapler saja..Tak yah jahit jahit..
[KAIN BALDU SEMETER RM10 +
Pakai dalam 6.5 METER untuk full balut..mungkin akan ada lebih.. untuk yang pandai jimat..]
Meter kain ni mungkin sesuai untuk sofa kakain.. tapi in sha Allah untuk 3 seater cukup dah 6.5 meter tu..
Kalau sofa korang besar beli la lebih sesiap macam 7-8 meter..
Paku tu pun khas untuk upholstery punya.. Pun beli di shoppe..
1 keping (panjang dia 1 meter) paku tu RM5.00..Beli banyak dapat less sikit..
Saya beli 14 keping (so jadi 14 meter).. so total dalam RM60 lebih..
Paku ni selamat ya.. so jangan risau kalau ada anak kecik.. boleh gunting je ikut design kita nak.. cuma masa gunting kena gunting elok elok la tau.. buat tepi tepi bagi smooth..
Lepastu..
Tunggu paku diamond sampai kita deco badan sofa..
Paku diamond ni saya beli untuk hias di sofa.. klu korang tak nak kos boleh kurang lagi..
Total paku diamond ni RM20 camtu..
Dalam 60pcs camtu..
Dapat la rupa sofa baru sikit ala ala modern nordic versace..
Sebab survey kedai nak tukar sarung sofa macam ni harga boleh p sampai RM500 lebih..
Macam beli sofa baru..
Dannnnnn kredit untuk suami tersayangg sebab dia yang tolong ketuk paku tu..
Mula mula dia tak yakin saya dapat tukar..Memandang sinis jer hahahahaha…
Bila tengok sarung sofa siap baru mau tolong ketuk paku..
Happy sharinggg..
sumber : Ainul Zehraa
“Buat Apa Allah Suruh, Bukan Kerana Nak Anak Berjaya.” 6 Tahun Dapat Markah 0, Lelaki Ni Kongsi Liku Sebelum Berjaya Berkat Doa Ibu, Dhuha & Rajin Baca Al-Quran

Begitu besar pengorbanan seorang ibu, mengandung dan melahirkan anak dengan mempertaruhkan nyawa sendiri. Kerana itulah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Keyakinan dan doa seorang ibu menyaksikan lelaki ini mampu lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan pada tesis 3 jilidnya.
Dr. Kamilin Jamilin telah dianugerahkan anugerah ‘Chansellor Award’ (Siswazah Terbaik Keseluruhan) dan ‘Faculty Award’ (Ph.D by Research).
Berkongsi cerita bersama penulis, akui Dr Kamilin banyak kekurangan jika mahu dicari aibnya, namun dia percaya akan ‘kuasa’ Allah, kemudian berkat doa ibu ayah mengatasi segalanya.
Dengan prinsip yang selalu dibisikkan pada diri: “Buat yang terbaik Kamilin!” beliau berjaya tamatkan pengajian sarjana selama 4 tahun di sana tanpa sebarang penangguhan.
“Tesis hadis saya yang sebanyak 4 jilid, 1800 halaman itu juga dinilai cemerlang tanpa sebarang pembetulan dalam suasana ‘viva’ yang sangat mencemaskan, sehingga saya dianugerahkan Anugerah Pelajar Cemerlang & Tesis Cemerlang tahun 2013 oleh pihak Universiti.
“Berkat tawfiq dari Allah, dalam tempoh setahun setengah saya telah berjaya menyiapkan tesis saya yang setebal 1500 halaman (tinggal edit sahaja). Saya masih ingat lagi kali terakhir saya ‘menyentuh’ tesis saya di laptop ialah ketika malam hari ketika ‘contraction’ isteri menanti detik kelahiran anak kedua saya.
“Saya tidak merasakan apa-apa kerunsingan kerana ada ibu yang mendoakan saya. Setiap pagi, ibu akan bangun solat dhuha sejam lamanya. Dengan adanya doa dari ibu dan ayah, membuatkan saya yakin.
“Ada yang tanya tak risau exam esok, saya kata buat apa risau, saya ada mak yang mendoakan dan saya tahu mak saya sanggup berdoa dan berpuasa demi kejayaan anak-anaknya. Ibu kata insyAllah dia doakan saya lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan,”ujar suami kesayangan Nur Aisyah Binti Zakaria.

Nak anak-anak jadi ‘manusia’
Tatkala ditemu bual penulis Zaiton Binti Ibrahim, bonda tercinta kepada Dr Kamilin ini mengakui apa yang dilakukan olehnya adalah atas dasar tanggung jawab sebagai seorang ibu.
“Sebagai seorang ibu, saya sangat bersyukur jauh sekali nak bangga atau riak. Segala-galanya diberikan oleh Allah. Sejak kecil, suami, Dr Jamilin Bin Jais memang sudah tanamkan dalam diri anak-anak dia mahu salah seorang menghafal al-Quran. Dengan kata lain, nak jadikan anak-anak sebagai ‘manusia’.
“Sebagai ibu, saya jenis yang prihatin dan mahu anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Sebenarnya saya buat apa yang Allah suruh, bukan kerana nak anak berjaya. Saya buat hanya Allah. Saya yakin pada hadis dan al-quran. Dalam al-quran banyak menyebut tentang berdoa nescaya Allah perkenan.
“Bukan sahaja doa saya, malah doa dari orang lain juga. Kerana itu saya selalu bersandarkan (doa) pada Allah. Bukan hanya ketika anak-anak periksa, sebaliknya sepanjang masa.
“Cuma bila waktu anak tengah periksa, kami suami isteri, buat solat hajat dan satu yang saya buat, setiap kali mereka periksa, saya akan solat, berdoa dan membaca al-Quran sepanjang masa mereka periksa.

“Memandangkan ada anak-anak ada yang belajar di United Kingdom dan di Arab Saudi. Waktu peperiksaan mereka tentu berbeza. Jadi saya akan ambil waktu itu untuk bersolat dan amalan lain. Saya takkan buat benda lain sebaliknya fokus pada hal ini sahaja.
“Dengan cara itu seolah-olah saya membantu mereka supaya Allah permudah anak-anak menjawab,” ujar Puan Zaiton yang memberitahu jika kita mahu Allah berikan sesuatu, maka kita kena bersungguh-sungguh.
Mahu anak hafal al–quran
Tambah Puan Zaiton, dia mahu semua anak-anaknya masuk universiti dan berjaya. Kini, impian tersebut sudah tercapai.
“Ibu sangat penting dan merekalah tonggak kehidupan anak. Nakkan sesuatu kena usaha, dulu waktu anak kecil, saya dan suami terapkan al-Quran sedari umur 3 tahun. Ajar baca iqra dan alhamdulillah konsisten, lebih kurang 4 tahun lebih sudah khatam al-quran.
“Apabila Quran dan masuk dalam diri, secara automatik akademi menjadi mudah. Saya percaya 80 peratus datangnya dari rumah. Saya percaya pengaruh rumah cukup kuat. Jadi sebelum saya hantar anak-anak ke tadika, saya pastikan anak-anak tidak dihantar ‘kosong’,”ujar Puan Zaiton lagi.
Allah tutup aib
Biarpun ibunya cukup yakin namun Dr Kamilin mengakui awalnya dia berasa sangat mustahil untuk lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan.
“Saya kata mak mustahil tak ada. Memadai mak doakan minor correction pun sudah memadai kerana tesis saya besar. Tapi mak kata dia tetap nak doa Tesis saya lulus tanpa pembetulan.
“Alhamdulillah Allah tutup aib dan mudahkan urusan. Doa ibu dimakbulkan,” cerita Dr Kamilin yang mengakui bimbang suatu hari nanti kalau Allah ambil mereka darinya, ketika itu adakah dia masih lagi boleh berjaya atau kejayaan akan terbang entah ke mana.
Hargai ibu bapa
Dalam menempuh perjalanan PhD dengan penuh duri dan pancaroba serta pelbagai komitmen, akui Dr Kamilin, beliau berjaya menyiapkan 4 buah buku selain turut dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa termuda negeri dan pelbagai lagi komitmen mustahil untuk berjaya dalam tesis atau proses PhD.
“Pesanan saya kepada diri dan semua, hargai ibu bapa. Mereka rahsia kejayaan kita selama ini. jangan sangka kita berjaya kerana usaha dan kepandaian kita.
“Sebaliknya kita lupa ada insan yang mengalirkan air mata mendoakan kejayaan kita,” ujar Dr Kamilin yang mendapat Anugerah Karya Asli Terbaik (Kategori Bahasa Arab) oleh badan penerbitan USIM, kemudian berjaya menerbitkan 4 lagi buku serta menghasilkan beberapa jurnal.

Setahun ‘struggle’
Mengimbau kenangan lalu, beliau mengakui pernah melalui kehidupan ‘0 markah’ selama 6 tahun berpindah randah sekolah sehinggalah kembali fokus belajar selama sekitar 3 bulan untuk mendapat anugerah pelajar terbaik sekolah (SPM).
“Allah telah mengatur hidup saya dengan ‘memadamkan’ impian karier saya untuk menjadi arkitek ternama dunia dengan menerima tawaran belajar di Universiti Islam Madinah semasa masih di tahun pertama matrikulasi UIA. Tidak pernah saya impikan untuk menceburi bidang Hadis atau Pengajian Islam, bahkan dahulunya saya sungguh tidak meminatinya.
“Di Madinah, setahun saya terpaksa ‘struggle’ belajar bahasa arab di Pusat Pengajian Bahasa Universiti sebelum memilih jurusan Hadis, suatu bidang yang ketika itu saya langsung tiada idea mengenainya. Kemudian saya menempuhi 4 tahun pengajian di Fakulti Hadis dan Pengajian Islam tanpa pernah ponteng.
“Ketika peringkat Sarjana Muda, saya mendapat Anugerah Khas Pengajian Tinggi oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Konsul Pendidikan Jeddah Arab Saudi atas kecemerlangan pengajian.
“Saya yang ‘kehabisan bateri’ ketika itu mengambil keputusan untuk pulang berehat seketika di tanah air mencari rezeki. Saya percaya akan ‘kuasa’ Allah, kemudian berkat doa ibu ayah mengatasi segalanya.
“Ini hanyalah kejayaan dunia, sedangkan kejayaan akhirat jualah yang dicari dan kekal abadi. Namun, andai kejayaan dunia ini saya tidak manfaatkan untuk mencapai kejayaan akhirat, hakikatnya saya hanyalah orang yang sangat rugi,” ulas bapa kepada Durar Saniyyah (9), Khattab Sayyah (4) dan Qutuz Mughlatay (1).