
Kesan hangus pada seterika memang mengundang masalah terutama apabila ia melekat pada pakain lain.
Mungkin ibu-ibu yang tak tahu ada cara untuk menanggalkannya terus buang dan beli seterika baru. Admin nak kongsikan kaedah mudah buat ibu-ibu. Sebelum buang, apa kata cuba bersihkan dulu saki-baki lapisan kehitaman yang melekat padanya.
Mana tahu, ia masih elok dan boleh berfungsi dengan baik. Bahkan, licin berkilat seperti baru.
Kaedah yang dikongsikan oleh puan Uji Ruziah cukup mudah dan menjimatkan.
Assalamualaikum selamat pagi semua…kita dah cuba memang magic..hanya 1 pcs dah bersih… terima kasih .. banyak dpt pengetahuan dlm group ni.
Span ini memang berguna sebab boleh bersihkan macam-macam kesan kotoran termasuklah kesan hangus pada seterika.
Cara bersihkan seterika guna span ini mudah sahaja. Basahkan dulu span, kemudian gosok saja bahagian yang ada kesan kehitaman tadi. Kadang-kadang memang ambil masa sedikit, tapi hasilnya sangat memuaskan.
.
Anak Lebih Tenang, Seronok Menyusu Dengan New Philips Avent Natural Response Bottle & Teat. Pilihan Terbaik Buat Ibu!

Jadi ibu ni tak mudah. Setiap masa kita perlu pastikan yang terbaik untuk anak, pendek kata 24 jam berkhidmat! Salah satu perkara yang jadi kesukaran untuk ibu adalah apabila anak meragam kerana susah nak menyusu. Asal minum, anak akan tersedak dan ia buat anak jadi trauma dan ‘reject’ susu.
Perkara beginilah yang boleh buat ibu rasa stres. Siapa je yang tak susah hati kalau anak tak mahu minum susu. Puas pujuk, tapi anak tetap menolak untuk minum dari botol susu. Hal ini akan jadi kesukaran untuk ibu melakukan kerja yang lain kerana perlu selalu bersama anak. Macam mana nak pergi kerja ni?
Bila jadi hal macam ni, ibu tertekan dan mudah penat. Mulalah emosi terganggu dan sebenarnya boleh buat ibu sakit sebab tak cukup rehat. Jangan risau kerana Philips Avent sentiasa ada untuk menemani perjalananmu sebagai seorang ibu! Jenama ini diwujudkan supaya kita semua dapat berkongsi perhatian dan kasih sayang sejak tahun 1984 lagi. Dah empat dekad di pasaran untuk mudahkan kerja para ibu!
Cari Botol Susu & Puting Yang Berkualiti
Perkara pertama bila anak tak nak menyusu ni, cepat-cepat tukar botol susu dan puting yang digunakan. Pasti anak rasa tak selesa kalau kena minum dari puting yang mempunyai aliran susu laju, tak sempat nak telan susu dah tersedak. Itu yang buat dia jadi trauma bila sampai waktu minum susu.
Cari Botol Susu & Puting Yang Berkualiti
Perkara pertama bila anak tak nak menyusu ni, cepat-cepat tukar botol susu dan puting yang digunakan. Pasti anak rasa tak selesa kalau kena minum dari puting yang mempunyai aliran susu laju, tak sempat nak telan susu dah tersedak. Itu yang buat dia jadi trauma bila sampai waktu minum susu.
Tahu tak, New Philips Avent Natural Response Bottle & Teat adalah pilihan terbaik yang boleh ibu dapatkan untuk anak tersayang. Botol susu serta puting jenama ini direka khas untuk ‘meniru’ pengalaman seperti anak menyusu badan.
The Natural Response Teat pula direka untuk memberi pengalaman menyusu organik dan tak sama seperti puting tradisional lain, ia hanya ‘melepaskan’ susu apabila bayi membuat hisapan jadi takkan ada isu anak tersedak.
Pembuatan puting Philips Avent ini lembut dan sangat fleksibel untuk meniru seperti puting payudara supaya anak dapat menghisap susu secara semulajadi dan lebih selesa. Sama je perasaan bila anak menyusu menggunakan The Philips Avent Natural Response Bottle & Teat mahupun payudara ibu.
Susu Tak Tumpah, Elak Tersedak & Pembaziran
Puting Philips Avent sangat mudah dikendalikan dan rekaannya selamat untuk anak kerana ia bebas tumpah. Susu takkan keluar jika tidak dihisap dan takkan menitis. Rekaan puting ini sememangnya dibuat bagi mengelakkan susu mengalir dan menyebabkan comot. Jika botol susu diterbalikkan pun, susu takkan tumpah jadi tak adalah membazir kan?
The Philips Avent Natural Response Bottle & Teat ini juga didatangkan dengan empat komponen yang sangat mudah dikendalikan serta dibersihkan. Tidak renyah dan boleh dibersihkan dengan gosokan lembut bersama sabun pencuci botol susu. Jadi, takkan mengambil masa yang lama untuk dibasuh terutamanya kalau ibu sibuk dan mengejar masa.
Kurangkan Masalah Kolik, Bagusnya!
Botol susu serta puting jenama ini juga telah diuji secara klinikal untuk mengelak masalah kembung perut atau kolik. Penutup J-slit dapat membantu anak tidak merasa keliru apabila menyusu badan mahupun menggunakan botol susu. Dengan botol susu dan puting Philips Avent takkan ada masalah anak ‘sedut’ angin yang menyebabkannya kembung perut.
Philips Avent Natural Response Teat memerlukan anak untuk menghidap secara aktif, barulah susu akan keluar. Sama seperti ketika mereka minum terus dari payudara sekaligus dapat memudahkan orang lain untuk memberi susu kepada anak.
Puting ini boleh didapati dalam pelbagai saiz dan diperbuat daripada material BPA-free yang menjadikan ia selamat untuk anak serta memberi mereka masa menyusu yang lebih tenang dan selamat.
Fifa Rasol Seronok Guna Philips Avent Untuk Anak!
Ibu muda yang juga seorang pempengaruh media sosial, Fifa Rasol, memberitahu botol susu ini sangat membantunya. Sebelum ini, Fifa mengalami kesukaran dan stres apabila dia memilih botol susu yang salah untuk anaknya.
Dia memilih botol susu yang salah dan anaknya sering mengalami tersedak susu. Hal itu membuatkan anaknya tidak mahu minum susu menggunakan botol dan hanya mahu menyusu terus dari payudara. Sudah tentu ia merisaukan kerana Fifa merupakan seorang ibu yang berkerjaya. Menurutnya, untuk anak ketiga dia tak mahu mengulangi kesilapan yang sama.
Fifa telah membuat keputusan yang tepat dengan memilih New Philips Avent Natural Response Bottle & Teat! Ibu muda ini gemarkan reka bentuknya yang cantik serta kualiti material yang terbaik dari Philips Avent. Lebih baik lagi, kerana botol ini memberi sensasi yang sama seperti payudara jadi pastinya memudahkan!
Jom, tonton video Fifa ni;
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Philips Avent terutamanya New Philips Avent Natural Response Bottle & Teat, boleh beli di AEON, Sogo, Parkson, Shopee, Lazada, VIB World, Manjaku dan butik barangan bayi yang lain.
‘Air Tangan’ Ibu, Hanya Yang Terbaik Untuk Anak Tersayang

Sebagai ibu, salah satu tugas yang paling menyenangkan dan juga mencabar adalah menyediakan makanan untuk anak. Setiap kali kita memasak, kita bukan sahaja ingin menyajikan hidangan yang sedap, tetapi juga memastikan makanan tersebut sihat dan bernutrisi.
Apa yang harus ada dalam diet anak agar mereka dapat membesar dengan sihat dan aktif? Mari kita selami bersama!
- Kenali Nutrisi Penting
Untuk memastikan anak-anak kita mendapat nutrisi yang mencukupi, kita perlu tahu apa yang mereka perlukan. Diet seimbang untuk anak biasanya terdiri daripada:
- Karbohidrat Kompleks: Sumber tenaga utama seperti nasi, pasta gandum penuh, dan roti. Karbohidrat membantu anak-anak untuk beraktif secara optimal.
- Protein: Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otot. Sumber protein yang baik termasuk daging tanpa lemak, ikan, telur, dan kekacang.
- Buah dan Sayur: Penuh dengan vitamin dan mineral. Pastikan anak-anak mendapatkan pelbagai warna untuk mendapatkan pelbagai nutrisi.
- Produk tenusu: Paling mudah, cari susu yang sedap supaya anak-anak akan suka menikmatinya.
- Mana Nak Cari Susu Sedap, Kaya Khasiat? Resipi Dugro Madu Baharu Kan Ada!
Bercerita tentang susu ni, ibu jangan pening-pening. Kalau masih mencari susu terbaik untuk anak-anak, boleh dapatkan Resipi Dugro Madu baharu kerana rasanya sangat sedap dari madu dan juga sangat berkrim. Bila minum, anak-anak rasa puas dan semangat untuk habiskan!
Tahukah ibu, resipi baharu ini telah ditambah baik dengan rasa yang lebih sedap tetapi masih mengekalkan nutrisi-nutrisi penting dan Zat Besi Aktif yang menyokong 3X Penyerapan Zat Besi?* Anak-anak dapat mencapai perkembangan 360 darjah dengan Resipi Dugro Madu Baharu, memang berbaloi-baloi!
Kalau ibu nak tahu, formulasi susu ini sangat sesuai untuk anak-anak yang sedang melalui fasa membesar. Ada Resipi Dugro Madu Baharu Langkah 3 untuk anak berumur 1-3 tahun atau Resipi Dugro Madu Baharu Langkah 4 untuk anak berusia 3-6 tahun.
Resipi Dugro Madu yang baharu ini lebih sedap kerana aroma madu yang lebih wangi. Susu ini juga lebih berkrim dan harum dengan aroma madu berbanding formula terdahulu. Yang menarik, Resipi Dugro Madu Baharu telah diformulasikan dengan 21 vitamin & mineral, Zat Besi Aktif serta DHA dan EPA. Dengan 3 gelas susu Dugro Madu sehari, Si Manja akan mendapat 100% keperluan zat besi^.
Pastikan Resipi Dugro Madu Baharu ada dalam senarai shopping ibu kerana dengan segala kebaikan untuk anak-anak, harganya sangat mampu milik. Bayangkan, Dugro Honey ini dapat memberi 3x penyerapan untuk zat besi dan membantu mereka berkembang 360 darjah!
Kalau ibu mahu dapatkan susu ini boleh dapatkan di pasaran sekarang. Kalau nak cuba sampel Resipi Dugro Madu Baharu ini bolehlah layari: https://www.facebook.com/DumexDugro
Kalau ibu nak beli online pun boleh, klik saja laman Shopee Official: https://bit.ly/3BieI0x)
- Libatkan Anak dalam Proses Memasak
Libatkan anak-anak dalam penyediaan makanan boleh menjadikan mereka lebih berminat untuk mencuba hidangan sihat. Ajak mereka memilih sayur-sayuran di pasar, membantu membancuh bahan atau menghias makanan yang dimasak. Ini bukan sahaja menjadikan mereka lebih menghargai makanan yang sihat, tetapi juga menjadikan waktu memasak lebih menyeronokkan!
- Tetapkan Contoh yang Baik
Anak-anak cenderung meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa di sekeliling mereka. Jadi, jika ibu makan makanan sihat dan menunjukkan sikap positif terhadap makanan, anak-anak akan lebih berkemungkinan mengikutinya. Makan bersama sekeluarga juga dapat meningkatkan minat mereka terhadap pelbagai jenis makanan.
- Jangan Lupa Kesederhanaan
Tidak perlu berlebihan! Makanan sihat tidak semestinya mahal atau rumit. Kadang-kadang, hidangan sederhana seperti sup sayur, bubur nasi, atau sandwich isi tuna sudah cukup memadai. Yang penting, makanan itu bergizi dan disajikan dengan kasih sayang.
Ibu yang bijak tahu bahawa makanan sihat adalah pelaburan untuk masa depan anak-anak. Dengan menyediakan diet yang seimbang dan menarik, kita bukan sahaja membantu mereka membesar dengan sihat, tetapi juga membentuk tabiat pemakanan yang baik sejak kecil. Ingatlah, setiap gigitan yang sihat adalah langkah ke arah kehidupan yang lebih baik! Selamat mencuba, ibu-ibu!
*Dengan kombinasi optimum nisbah Vitamin C : Zat Besi antara 3 dan 4, dalam lingkungan yang disyorkan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan Zat Besi.
^3 gelas susu Dugro Madu 3 memberi 100% pengambilan zat harian Zat Besi (RNI Malaysia 2017) untuk kanak-kanak 1-3 tahun.
Wow! Durian Runtuh Menanti Pendeposit Simpan SSPN Sempena Sambutan Jubli Perak PTPTN!

Cabutan WOW! Tentu sahaja ramai yang ternanti-nanti saban waktu berkenaan promosi hebat yang ditawarkan oleh PTPTN melalui Kempen Cabutan WOW! yang begitu istimewa dan sinonim dengan Simpan SSPN Plus sejak poduk ini diperkenalkan pada tahun 2015 hingga kini. Istimewa tahun ini, Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN sempena sambutan jubli perak perbadanan itu.
Umumnya ada pepatah Melayu mengatakan, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah jika ingin diibaratkan bagi setiap pendeposit Simpan SSPN, setiap pendeposit mempunyai peluang yang sama dan jika sudah rezeki, pendeposit akan berjaya memiliki hadiah yang bukan calang-calang hebatnya daripada Simpan SSPN.
Apa yang pasti Cabutan WOW! ini diadakan bagi menggalakkan ibu ayah untuk lebih mengutamakan tabungan pendidikan anak-anak di samping membuat simpanan secara konsisten. Usaha dan pengorbanan ibu ayah membuat tabungan dengan memilih Simpan SSPN sebagai produk simpanan utama untuk anak-anak, tidak dibiarkan begitu sahaja. Bahkan sebagai tanda penghargaan, Simpan SSPN ‘raikan’ dalam bentuk memberi hadiah yang cukup luar biasa.
Semarak Sambutan Jubli Perak
Apatah lagi bagi memeriahkan sambutan 25 tahun penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), setiap pendeposit sama ada Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime berpeluang memenangi hadiah yang cukup istimewa dengan mengangkat angka ‘25’ sebagai simbolik sambutan Jubli Perak yang julung-julung kalinya diadakan.
Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN memperkenala tiga (3) kategori iaitu Cabutan Siri, Cabutan Tahunan Jubli Perak dan Cabutan Khas Babyku Simpan. Simpan SSPN mencari 250 orang bayi yang lahir pada tahun ini dan telah pun membuka akaun SSPN Prime bagi memenangi Cabutan Khas Babyku Simpan.
Pendeposit hendaklah membuka akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus dalam tempoh kempen bagi penerima manfaat yang dilahirkan pada tahun 2022 dan kelahiran didaftarkan pada tahun 2022.
Siapa sangka rezeki anak, dengan menabung ibu ayah berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM1,000. Memang Wow!
Hanya Untuk Pendeposit
Rebut Peluang
Bagi Cabutan Siri, ganjaran yang ditawarkan cukup mengujakan pendeposit dengan menawarkan hadiah bernilai RM2,525 untuk 25 pemenang bermula 1 April hingga 31 Disember 2022 untuk setiap siri
Itu belum lagi jika dilihat hadiah yang ditawarkan untuk Cabutan Tahunan Jubli Perak yang bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2022, memang WOW!
Pendeposit berpeluang memenangi hadiah utama iaitu berupa Kereta Mercedes-Benz A250 AMG Line, manakala untuk pemenang tempat ke dua layak menerima wang tunai bernilai RM100,000, sementara tempat ketiga pula akan menerima RM50,000 dan seramai 22 pemenang akan membawa pulang Motosikal Honda Dash 125 sebagai hadiah saguhati.
Nyata sekali, hadiah yang ditawarkan cukup hebat dan besar nilainya. Rugi kiranya jika ibu ayah lepaskan begitu sahaja. Mana tahu dengan tawaran hampir RM1 juta ini akan menjadi sebahagian rezeki buat keluarga anda.
Untuk itu, bagi ibu ayah yang ingin dapatkan info lebih lanjut boleh layari www.lovesspn.com atau muat turun aplikasi myPTPTN.