
Bagi yang minat berkebun di rumah, tak payah nak beli baja untuk suburkan tanaman,. Guna bahan dari dalam rumah je. Ibu-ibu lepas ni, sila simpan kulit telur tu setiap kali lepas memasak.
Sebabnya kulit telur ni kaya dengan kalsium yang boleh menyuburkan tanaman. nak tahu caranya, jom cuba tip yang dikongsikan oleh Zureena Nor Hakim.
Telur semua orang suka kan.
Nak-nak musim PKP ni. Sayangnya kalau kulit telur tu dibuang saja.
Apa kata kita buat baja untuk tanaman.
Apa kelebihan baja kulit telur ini?
Actually kulit telur kaya dengan kalsium yang boleh menyuburkan tanah.
Kajian menunjukkan kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah.
Selain itu, baja dari kulit telur juga merupakan bahan mesra alam yang tidak mengandungi kesan bahaya kepada alam sekitar.
Jom kita buat baja organik!
Cara membuat:
1. Kumpulkan kulit telur yang telah digunakan. Bilas sedikit dengan air bagi menghilangkan lendir telur putih
2. Hancurkan sedikit. Ramas kulit telur dengan tangan.
3. Disangai sehingga kekuningan.
4. Dikisar dengan pengisar kering.
5. Taburkan disekeliling tanaman.
Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!
Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
*Cara dan syarat boleh lihat di poster
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Punyalah Besar Sawi Ni, Memang Puas Hati Dapat Tanam. Ni Cara Simple Dikongsikan Oleh Yang Pro!

Kagum sungguh rasanya bila melihat bila ada antara kita yang menanam sayur-sayuran di laman rumah.
Apatah lagi jika tanaman tersebut hidup segar dan boleh membesar hingga bersaiz gargasi seperti gambar yang dikongsikan oleh Encik Mohd Shaifful ini.
Nyata, buat kita yang baru berjinak-jinak dengan hobi menanam sayur terus berasa teruja untuk mencuba menanamnya.
Nak tahu lanjut, jom kita baca perkongsian penuh dari yang pro dalam bidang tanaman ini.
Sawi Gergasi : Cara tanam mudah dan betul.
Daun separa tegak, bujur dan lebar berwarna hijau berminyak. Batang daun lebar dan tersusun rapat. Kutipan hasil 33hari selepas di semai.
1. Proses Penyediaan tanah
Penyediaan tanah adalah sangat penting sama ada di tanah ataupun di dalam pasu. Penggunaan pasu tanaman adalah lebih mudah digunakan sekiranya laman rumah adalah terhad.
Jenis tanah yang digunakan pula perlulah mengikut skala 3:2:1 dimana 3 tanah: 2 kompos: 1 pasir. Sekiranya tiada kesempatan untuk menyediakan tanah mengikut skala ini, penggunakan tanah hitam yang dibeli di kedai juga boleh digunakan. Masukkan tanah ke dalam pasu tanaman sehingga ¾ paras pasu tanaman.
2. Semaian Biji Benih
Biji sawi adalah bersaiz sangat kecil dan sekiranya ditanam dengan ditabur begitu sahaja akan menyebabkan pertumbuhan yang sangat rapat. Jika sawi tumbuh begitu rapat, sawi tidak menerima nutrien yang cukup dan menyebabkan sawi bersaiz kecil.
Teknik yang boleh digunakan ialah dengan mencampurkan benih sawi dengan sedikit pasir, setelah itu ditabur pada tapak semaian. Penanaman yang teratur akan membuatkan tanaman tumbuh secara seragam.
Siram secara perlahan, adalah lebih baik disiram menggunakan spray halus . Siram 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan lewat petang.
3. Penjarakkan atau Pemindahan sawi
Setelah 3 atau 4 hari, sawi akan bercambah. Sekiranya sawi telah mencapai saiz 3 inci ataupun memiliki 4daun, penjarakkan atau penjarangan sawi perlu dilakukan di mana setiap pokok sawi perlulah mempunyai sedikit jarak iaitu 10cm diantara satu sama lain( jika di tanam dalam bekas yang besar).
Jika anda berminat untuk memilik sawi yang bersaiz gergasi. Pindahkan anak pokok 1 pokok untuk 1pasu.
Penjarangan atau pemindahan pokok dijalankan bagi memberikan ruang dan nutrien yang cukup pada tanaman sawi.
4. Pembajaan
Seterusnya, proses pembajaan sawi adalah cukup jika digunakan baja organik sama ada yang dibeli ataupun dibuat sendiri dari sisa dapur. Sekiranya membeli baja, pemberian baja NPK 15:15:15 kepada tanaman sawi boleh dilakukan seawal minggu kedua, minggu keempat dan minggu kelima penanaman.
Pemberian baja tersebut pada kadar 5 gram /1sudu teh sepokok dengan cara menabur baja disekeliling pokok. Sebaiknya tidak terlalu rapat sehingga terkena batang pokok. Setelah membaja, pokok perlu disiram supaya baja lebih mudah diserap masuk ke dalam tanah dan diambil oleh akar pokok.
5. Kawalan Penyakit
Sayur sawi tidak dapat dielakkan dari gangguan penyakit dan juga perosak. Kawalan penyakit dan perosak juga adalah penting dalam tanaman sawi kerana perosak gemar dengan sayuran berdaun dan tanpa kawalan yang rapi, daun akan dimakan oleh perosak dengan cepat.
Adalah digalakkan untuk menggunakan kaedah secara biologi ataupun kawalan secara organik. Racun organik di sembur seminggu sekali.
6. Penuaian
Sayur sawi boleh dituai dalam masa 33 hari atau 35 hari selepas pemindahan anak pokok. Sawi dipotong pada bahagian batang paling bawah dan akar boleh dibiarkan sehingga menjadi reput dalam tanah.
Sumber : Mohd Shaifful
Sesiapa Pun Kalau Tak Reti Buat Kuih Tako, Mesti Menjadi Kalau Ikut Resipi Ni!

Terlihat sahaja kuih tako ini mungkin sudah ada yang mengaitkan dengan pilihan menu pemanis mulut paling popular di bulan puasa. Maklumlah, bila tiba bulan Ramadan barulah kuih tako ini banyak dijual di bazar Ramadan. Namun andai ada disaat ini terasa teringin menikmati rasa kelembutan dan kemanisan rasanya, pasti agak sukar untuk menemui kuih nan satu ini.
Jadi apa kata kali ini kita pelajari menyediakan kuih tako kegemaran ramai untuk dijadikan menu istimewa buat keluarga tercinta. Siapa sangka mudah sahaja menyediakannya. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nor Shakinah ini. Jom semak.
Malam ni saya nak share resepi Kuih Tako yang confirm jadi sapa-sapa buat pun. Resepi asal yang saya guna ni dari ahli grop ni jugak dah lama dulu.
Lapisan Bawah
1 cawan tepung Hwee kwe hijau (nak pakai tepung jagung pun boleh)
5 cawan air (boleh buat 4 cawan air tapis +1 cawan air pandan)
1 1/2 cawan gula pasir
4-5 biji sengkuang cina potong dadu
Secubit garam
Kacau/bancuh semua bahan kecuali sengkuang hingga sebati. Masak atas api sampai adunan memekat. Dah pekat masukkan sengkuang cina dan kacau sikit lagi sampai adunan berkilat. Siap. Tuangkan dalam acuan pandan. Tak de pakai je bekas kecil-kecil tu.
Lapisan Atas
1 cawan tepung jagung
9 cawan santan sederhana pekat
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Kacau/bancuh semua bahan bagi sebati. Kacau atas api sampai adunan pekat berkilat. Siap. Tuang adunan putih atas adunan hijau tadi. Sejukkan. Boleh la makan beramai-ramai hihi.
sumber : Nor Shakinah Md Zainal via MAHN
Wanita Ni Kongsi Cara & Tips Untuk Membersihkan Rumah. Nampak Kesannya Memang Luar Biasa & Boleh Follow!

Suasana rumah yang bersih dan rapi itulah sebenarnya dapat membuatkan seisi keluarga berasa tenang dan bahagia berada di dalam rumah. Pun begitu, proses membersih dan mengemas rumah perlu dilakukan secara berjadual untuk menjadikan tugas lebih mudah dan ringan.
Selain itu, tidak dinafikan penggunaan alatan dan bahan-bahan pencuci yang betul juga perlu diberi perhatian khusus untuk menjadikan proses membersih lebih mudah dilakukan dan dalam masa yang cepat.
Berkongsi tentang cara dan tips berkenaan membersihkan rumah, jom kita lihat perkongsian daripada Haryati Hossen ini dan semoga ianya bermanfaat.
Permukaan berhabuk. Lap dgn kitchen/microwave wipes dulu.
Tips : Stok makanan kering dlm kc better simpan dlm storage yg bertutup (utk elak semut@haiwan lain). Kc rumah sy tak pernah pulak jadi macam ni jadi tak tau ape punca habuk² ni
Bersihkan dgn magic sponge & lap dgn kain microfiber.
Permukaan berkarat + berkulat. Tabur Zip + stain remover, biar dalam beberapa minit. Yg ni sy guna waterjet jadi spray terus, tak tunggu pun
Selepas.
Selepas.
Tips : Jenguk² la bahagian ni at least 2 minggu sekali pun ok utk tengok ada tak najis haiwan perosak @ habuk @ kulat. Lap je dgn air paip pun dah ok.
Permukaan cermin berkulat.
Tips : Masa cuci sinki, lap sekali bahagian tingkap. Lap dgn kain & air paip je pun dah cukup bersih.
Spray dgn clorox mold remover, sental dgn span kasar, lap dgn kain microfiber.
Tips : Lap dgn span+sunlight @ wet wipes Vinda pd permukaan dapur gas+dinding setiapkali lepas masak. Lepas tu lap dgn kain basah. Last sekali lap dgn kitchen towel. Leceh ke? Sebab tu ai malas masak.
Jangan lap direct percikan minyak@sambal dgn kain nanti kain jd sangat kotor. Boleh lap direct dgn kitchen towel @ wet wipes.
Sebelum.
Selepas.
Tips : Spray Clorox Molder Remover dlm toilet bowl 2x seminggu. Tak perlu berus pun takpe, flush terus pun boleh. Insya’Allah tak sempat kotor toiletnye.
Serbuk Zip + spray clorox
Sental dgn berus kecik + magic sponge + span kasar. Ini tak cukup sental sebab dah tak larat.
Tips : Standby magic sponge dlm toilet, amik masa beberapa minit utk lap manja² dinding toilet 2-3 hari sekali. Kalau nak tunggu keladak berkumpul sampai berminggu², memang jenuh nak bersihkan.
Lap dgn magic sponge + zip cream. Boleh juga lap dgn kitchen wipes. Keluarkan drawer satu-persatu.
Berkeladak.
Tips : Tangan kena sentiasa bersih sebelum tekan suis. Standby wet wipes @ hand sanitizer dalam kereta@handbag utk bersihkan tangan.
Magic sponge + air. Tak perlu sental kuat², guna tenaga biasa² je
Kain microfiber basahkan. Tuang floor cleaner & lap. Lepastu lap lagi sekali dgn air paip.
Tips : Kain tu memang kena bilas dgn air bersih tiapkali nak lap. Sy rasa sy bilas setiap 2 lane tiles tu prefer air direct dari paip (bukan dlm baldi) sebab lebih bersih bila bilas kain tu.
Selepas.
Selepas dilap dgn magic sponge + zip cream cleanser
Pintu ni ada mcm² kekotoran – kesan tangan yg kotor, taik cicak, habuk, etc.
Oven cleaner utk sental minyak² yg dah keras..nak lagi cepat, kikis dgn scraper.
Antara yg berkesan utk cleaning process. Sentiasa ada ready stock dalam rumah ni,alhamdulillah
Tambahan : Pengurusan sampah.
1. Beli tong sampah tertutup – utk elak bau busuk.
2. Jangan beli tong sampah besar – utk elak kite penuhkan tong tu sampai berhari².
3. Plastik sampah – beli yg ngam² saiz tong utk elak sampah melimpah keluar. Bonus utk yg ada bau wangi.
4. Penapis makanan – tapis dulu sisa makanan sebelum buang ke dlm tong. Lebih baik buang dlm plastik kecik dulu – ikat – baru buang.
5. Cuci tong sampah anda.
6. Buang sampah (ke tong di luar rumah) setiap hari. Masukkan dlm plastik mydin/tesco pulak takut² ada bocor.
7. Asingkan sampah pampers, sisa makanan, kertas/plastik, etc.
P/s : Sy tak rajin bab² bersih ni (ada org lagi rajin, hari² cuci tong sampah) tapi sy geli bau busuk & benda² kotor. Nak tak nak kena jd pembersih jugak.
Sumber : Haryati Hossen
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club