“Tak Pandai Tak Apa, Asal Kita Buat. Salah Takpe, Kita Belajar..” Suami Ni Kongsi Rutin Harian Bila Isteri Dalam Pantang!

Share

Bila ada persefahaman, tolak ansur dan tolong menolong antara suami isteri semuanya jadi indah dan mudah. Inilah yang cuba digambarkan melalui pekongsian daripada seorang suami ini bila isterinya selamat melalui proses melahirkan dengan cara pembedahan.

Menurut perkongsiannya, “Beginilah rutin harian tuan-tuan masa isteri berpantang.. balik kerja cod barang-barang, tengok baju isteri anak tak sempat basuh lagi, kita tolong basuh, tolong jemur dan lipatkan.”

Pesannya, “Tak pandai tak apa dik, asal kita buat..salah takpe,kita belajar..”

Selain itu katanya, “Tanya isteri sudah makan atau belom, kalau belum..boleh kita hidangkan, makan sama-sama..jangan hentak kaki bila balik kerja tengok makanan tak ada atas meja..tengok keadaan isteri dan anak dulu, tengok keadaan rumah..tengok dalam sinki, ada yang tak sempat isteri buat, anak tak mandi lagi ke kita tolong buatkan.”

Tambahnya lagi, “Sama-sama bertimbang rasa..bukan takut isteri dik,tapi kita hormat diorang..kerana isteri dan anak-anak adalah rezeki kita..isteri saya berpantang czer, saya memang tak bagi dia buat kerja..suruh berehat banyak-banyak.”

“Lain orang lain situasi..tak sama macam abang jugak adik, ada orang keluar gelap,balik gelap untuk cari rezeki, abg alhamdulillah setakat boleh buat abg buat..Tak kaya tak apa dik, asal kita ada usaha..insyaAllah Allah permudahkan urusan kita..”

 

Meninjau di ruangan komen, nyata perkongsian ini mendapat perhatian warganet hingga 3.6K komen dan 12K share. Apa yang pasti, ramai meluah rasa betapa beruntungnya dapat suami yang memahami seperti ini.

Bahkan tidak kurang juga, ramai wanita yang sedang mengandung turut tag pada suami masing-masing untuk dapat bersedia melakukan apa yang telah menjadi rutin Baharin Zakaria selepas isteri selamat melahirkan.

Bukan itu sahaja, ramai juga kaum bapa berkongsi antara pengalaman membantu dan menghargai isteri mereka. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat yang lain.

Sumber : Baharin Zakaria

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club