Resipi yang cukup simple tapi sedap. Boleh cuba untuk minum petang nanti. Rangup di luar dan lembut di dalam walaupun tak menggunakan telur. Jadi sesuai bagi anda yang alergi atau tak suka letak telur.
Alhamdulillah 🌹🌹🌹
Saya nak share resepi Cucur Roti Gardenia cara saya.resepi ni takde telur.bagi yg alergik telur bole la cuba.Rangup diluar lembut didalam..
CUCUR ROTI GARDENIA
🍞5 keping roti(jenama apa2 bole guna asalkan roti
🍞2 cawan tepung gandum
🍞1 biji bawang besar hiris
🍞Daun bawang,cili merah,kucai,Carrot di hiris halus dan taugeh
🍞Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej dan sebagainya bole diisi
🍞Garam dan megi cukup rasa secukupnya
🍞Jika suka letak serbuk kunyit bole letakkan sikit
🍞Anggaran 2 cawan air biasa
Cara:
🍞Letak semua bahan kecuali air dalam mangkuk kemudian masukkan air sikit2 dan gaul2 hingga jd adunan yg pekat seperti digambar.
🍞Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan dan goreng hingga garing.toskan..sedia dinikmati..☺️
Sumber: Noriza Jaja