Tak Pakai Susu Cair Pun Sedap Rasa Nasi Hujan Panas Ni, Begini Cara Buatnya!

Menyediakan hidangan nasi hujan panas yang dijamu bersama ayam masak merah ketika merai tetamu tentu membuatkan tetamu pulang dengan perut yang kenyang. Apatah lagi jika makan berulang-ulang dek kerana sedapnya hidangan yang dimasak.

Sebagai tuan rumah, pasti kita puas hati melihat juadah habis semua tanpa bersisa. Meskipun nasi hujan panas yang dimasak tidak menggunakan susu cair, namun rasanya sangat sedap. Ini seperti resipi yang dikongsikan oleh Anis Awanis.

 

 

Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan:

500gm beras basmathi – dibersihkan (kemudian kaknis rendam dulu dalam 1-2jam)

900 ml air (lebih kurang paras beras)

3 sudu besar minyak sapi

5 ulas bawang merah*

Ads

1 ulas bawang putih*

1 cm halia (lebih kurang)*

1 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga cengkih

1 helai daun pandan

Garam secukup rasa

Sedikit pewarna kuning, merah dan hijau

Ads

*tanda ni dihiris-hiris

Tak Pakai Susu Cair Pun Sedap Rasa Nasi Hujan Panas Ni, Begini Cara Buatnya!

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis kan bahan hiris, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Kacau sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras(toskan air), daun pandan, air dan garam. Gaul sebati.
  3. Masak nasi seperti biasa.

 

 

4. Bila air nasi kering tapi masih sedikit basah titiskan pewarna tadi atas nasi. Titik rata-rata jangan gaul lagi. Tutup periuk selama 5-6 minit biar air nasi betul-betul kering. Api kecil kalau masak atas dapur.

Ads

5. Bila nasi masak gaulkan nasi dengan perlahan-lahan untuk rata kan warnanya. Biarkan seketika. Jangan gaul terlalu kuat nnti nasi patah tak cantik.

6. Siap! Boleh hidang nasi ni dengan lauk pauk.

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Tak Pakai Susu Cair Pun Sedap Rasa Nasi Hujan Panas Ni, Begini Cara Buatnya!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI