“Tak Nampak Baby Bump. Diam-Diam Dah Trimester 3.” Bakal Timang Cahaya Mata, Mira Filzah Kongsi Berita Kehamilan!

Share

Teka- teki selebriti cantik manis, Mira Filzah   hamil bertebaran di media sosial penghujung Tahun lepas, Namun empunya diri menafikan dan meminta peminatnya mendoakan yang baik-baik buatnya.

Namun selepas pulang dari bercuti baru-baru ini, Pasangan ini kemudiannya mengumumkan berita bakal menimang cahaya mata Sulung tidak lama lagi.

Mira kini sedang hamil dan kini kandungannya memasuki trimester ketiga.

“Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami. Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

As with everyone who have wishes and plans to build a family, we also have our own personal experience of the highs and lows throughout our own journey so far. Let it be known that we feel and pray only the good for everyone too. But surely it is only with Allah’s knowledge and ultimate wisdom, lies what is good and best for each one of us, in time and in place. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang.

Dalam pada itu, Mira turut mengucapkan terima kasih atas dia yang dititipkan selama ini buat dirinya dan rumahtangga yang dibina bersama Wan Emir.

Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, aamin amin YRA.

“Rabbij’alni muqimas salati wa min dhurriyati rabbana wa taqabbal du’a”

(Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku)

Surah Al-Ibrahim: Ayat 40

Pasangan sama cantik sama padan ini memuatnaik berita gembira tersebut bersama sekeping gambar berdua berserta alat kehamilan.

Rata-rata termasuklah rakan selebriti mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga dipermudahkan urusan buat Mira sepanjang kehamilannya.

lisasurihani MasyaAllah Tabarakallah!!! Congratulations! So happy for u both and the fam! 💙
dayahbakar Alhamdulillah❤️❤️❤️😍😍😍 Semoga dipermudahkan semua urusan, diberikan keselamatan untuk mommy and baby ❤️
irine_nadia Alhamdulillah tahniah Mira😍😍😍😍😍😍 moga dipermudahkan urusan mengandung hingga bersalin nanti❤️
ctdk Alhamdullillah, jaga diri & kandungan baik baik.❤️
ali_jawahiriy Xnmpk baby bump tau² 7 bulan… Neelofa pun kantoi🔥
cheenta.my Omggg tak sabar nak tengok baby emiramirah mesti comel gilaa kan kan mcm parents dia😍😍
lala_0mar Alhamdulilah, dah agak sbb mira nampak kurus maybe morning sickness teruk. Congrats miwa & husband❤️
aries_huda89 Alhamdulillah… Kenapa mira kurus dh terjawab kan guys..doa semoga dipermudahkan urusan bersalin nya nanti

Sumber: Mira Filzah


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami