Tak Nak Salah Saiz Beli Online Untuk Kasut Anak, Buat Macam Peniaga Ni Kongsikan!

Share

Meskipun membeli pakaian untuk anak-anak secara dalam talian bolehlah dikatakan kita sebagai ibu ni pakar dalam membuat pilihan terbaik. Sama ada dari segi pilihan fesyen, material dan saiz yang bertepatan.

Namun  bila bab membeli kasut sering kali tersalah saiz. Maklumlah anak-anak sedang membesar, saiz kasut pun berubah juga seiring dengan tumbesaran anak-anak. Itu yang kadang-kadang kecewa juga jadinya dan terus fobia untuk membuat pembelian.

Namun tahukah anda, sebenarnya kita kena selalu ukur dan check sebelum beli untuk pastikan kasut yang dibeli itu tak terlalu kecil atau terlalu besar untuk anak.

Jadi melalui perkongsian Zuk Zuhaiza yang juga merupakan penjual kasut online, berkongsi cara paling mudah dan tepat untuk mengukur kaki anak bolehlah dijadikan panduan dan rujukan.

CARA UKUR SAIZ KASUT BUDAK DENGAN TEPAT & MUDAH

1.Lukis kaki anak di atas kertas. Bubuh kaki anak atas kertas kosong dan lepas tu kita tekapkan saja.2.Ukur

Bila dah dapat lukisan tu, barulah kita ukur guna pembaris. Kat mana nak ukur?

Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.

  1. Tambah 1 cm

Lepas tu kita tambah 1 cm daripada ukuran tu. Jangan tambah lebih-lebih tau!

Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.

 

  1. Rujuk Carta Saiz

Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ni.

Dari ukuran cm ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU.

Boleh save dalam handphone terus supaya mudah nak bila nak gunakan.

Cara Alternatif

Ok satu lagi cara mudah, katalah anak jenis susah nak bagi kerjasama atau anak tak ada depan kita untuk kita ukur sekarang – boleh guna cara ni.

Caranya, ambil kasut / selipar yang anak pakai (yang muat elok) dan terus ukur jarak terpanjang.

Kalau dah ada saiz kat belakang boleh rujuk terus carta tadi macam gambar di bawah ni.

Ok mudah kan?

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan saiz kasut anak yang tepat dan selesa.

 

Sumber : Zuk Zuhaiza

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club