Meskipun membeli pakaian untuk anak-anak secara dalam talian bolehlah dikatakan kita sebagai ibu ni pakar dalam membuat pilihan terbaik. Sama ada dari segi pilihan fesyen, material dan saiz yang bertepatan.
Namun bila bab membeli kasut sering kali tersalah saiz. Maklumlah anak-anak sedang membesar, saiz kasut pun berubah juga seiring dengan tumbesaran anak-anak. Itu yang kadang-kadang kecewa juga jadinya dan terus fobia untuk membuat pembelian.
Namun tahukah anda, sebenarnya kita kena selalu ukur dan check sebelum beli untuk pastikan kasut yang dibeli itu tak terlalu kecil atau terlalu besar untuk anak.
Jadi melalui perkongsian Zuk Zuhaiza yang juga merupakan penjual kasut online, berkongsi cara paling mudah dan tepat untuk mengukur kaki anak bolehlah dijadikan panduan dan rujukan.
CARA UKUR SAIZ KASUT BUDAK DENGAN TEPAT & MUDAH
1.Lukis kaki anak di atas kertas. Bubuh kaki anak atas kertas kosong dan lepas tu kita tekapkan saja.2.Ukur
Bila dah dapat lukisan tu, barulah kita ukur guna pembaris. Kat mana nak ukur?
Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.
Ads
Tambah 1 cm
Lepas tu kita tambah 1 cm daripada ukuran tu. Jangan tambah lebih-lebih tau!
Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.
Rujuk Carta Saiz
Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ni.
Dari ukuran cm ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU.
Ads
Boleh save dalam handphone terus supaya mudah nak bila nak gunakan.
Cara Alternatif
Ok satu lagi cara mudah, katalah anak jenis susah nak bagi kerjasama atau anak tak ada depan kita untuk kita ukur sekarang – boleh guna cara ni.
Caranya, ambil kasut / selipar yang anak pakai (yang muat elok) dan terus ukur jarak terpanjang.
Kalau dah ada saiz kat belakang boleh rujuk terus carta tadi macam gambar di bawah ni.
Ads
Ok mudah kan?
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan saiz kasut anak yang tepat dan selesa.
CPR atau “cardiopulmonary resuscitation” adalah gabungan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada. Tahukah anda bahawa wajah asal manikin CPR adalah seorang gadis. Bagi yang pernah mengikuti latihan pertolongan cemas CPR ini sudah tentu kerap menggunakan wajah patung ini.
Nak tahu lanjut mengenai misteri milik wajah patung ini, ikuti coretan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan untuk infomasi lanjut.
Sudah Lebih 100 Tahun Mati, Tapi Sehingga Kini, Gadis Ini Masih Cuba Diselamatkan
Sekitar tahun 1880, seorang gadis ditemui lemas di Sungai Seine, sebuah sungai yang merentasi kota Paris. Bagi tujuan pengecaman, mayat gadis ini dipamerkan di sebuah rumah mayat, dengan harapan ada orang awan yang boleh mengecam mayat tersebut. Malangnya, tiada siapa tampil untuk mengenal pasti identiti gadis berkenaan
Kisah gadis yang disyaki membunuh diri ini tidak berakhir di situ.
Gadis misteri ini, meskipun mati lemas, wajahnya yang tersenyum damai, seakan-akan wajah seseorang yang sedang lena diulit mimpi indah telah menawan hati orang ramai. Lantaran itu, acuan plaster wajah wanita rupawan ini telah dibuat.
Menjelang awal abad ke-20, arca patung berdasarkan muka gadis yang mempersonakan ini telah menghiasi ruang-ruang galeri seni terkemuka di kota Paris, bahkan menjadi ia menjadi satu fenomena di kota-kota eropah yang lain.
Wajah gadis misteri yang berjaya memukau warga eropah ini, telah diberi nama Inconnue de la Seine. Ada juga yang memberi jolokan “Mona Lisa Lemas”, mungkin kerana aura senyumannya setanding senyuman Mona Lisa — lukisan artis Renaissance; Leonardo da Vinci.
Inconnue juga tidak terlepas daripada menjadi subjek sastera; sajak, gurindam, novel, dan sebagainya. Karya-karya ini menyentuh tentang keanggunan, asal usul dan kisah disebalik kematiannya.
Setelah menghantui di tamadun seni Eropah selama 50 tahun, enigma gadis misteri ini telah menyelinap ke lapangan yang lebih luas.
Pada tahun 1955, seorang usahawan boneka patung yang terkenal di Norway, Asmund Laerdal telah menjumpai anaknya terapung tak bernyawa di dalam air. Namun, pantang maut sebelum ajal. Walaupun ketika itu teknik resusitasi kardipulmonari(CPR) belum wujud, anaknya itu berjaya diselamatkan.
Hanya 3 tahun selepas itu, seorang doktor Hungary, Dr. Peter Safar, menformulasi teknik CPR. Dr. Safar memerlukan patung yang direka khas bagi tujuan latihan dan penyebaran teknik ini, maka melalui seorang rakan, beliau telah diperkenalkan kepada Laerdal.
Pucuk dicita, ulam mendatang. Laerdal yang masih terkesan dengan tragedi yang menimpa anaknya, bersetuju bekerjasama dengan Dr. Safar.
Dr. Safar dan Laerdal sangat teliti dalam aspek teknikal patung ini. Ia mempunyai salur pernafasan mirip manusia, lengkap dengan lidah dan dada yang boleh menganjal jika diberi tekanan. Selain itu, Laerdal juga memberi tumpuan kepada nilai estetika patung ini.
Baginya, wajah patung ini perlu realistik tetapi tidak terlalu mengerikan. Memandangkan patung itu perlu “dicium” oleh pelatih CPR, Laerdal berpendapat wajah wanita adalah lebih sesuai digunakan. Agak-agak beliau pilih wajah siapa?
Ya! Wajah Inconnue de la Seine!
Sedikit perubahan pada wajah Inconnue perlu dilakukan agar boleh digunakan pada patung resusitasi ini kerana patung tersebut memerlukan mulut yang terbuka. Jadi senyuman manis Inconnue terpaksa dikorbankan. Selain daripada itu, semua ciri Inconnue dikekalkan.
Pada tahun 1960, seiring dengan pengenalan teknik CPR kepada umum, patung resusitasi ini turut diperkenalkan. Kursus-kursus CPR mula diajar kepada petugas kesihatan, bomba, polis, tentera, malah di syarikat-syarikat dan sekolah-sekolah, termasuk kolej dan universiti.
Resusci Anne.
Itulah nama timangan yang diberi untuk patung latihan CPR ini. Ada mengatakan nama “Anne” berasal dari kependekkan “mannequin”, dan ada pula mendakwa ia diambil sempena nama Sungai Siene di mana mayat Inconnue dijumpai. Kini, dianggarkan seramai 400 juta orang pernah dilatih menggunakan patung Resusci Anne, dan salah seorang daripadanya adalah selebriti terkenal, Michael Jackson.
“Annie, are you OK? Are you OK, Annie?”
Serius. Menurut dokumentari “Bad 25” yang berkisar tentang album pembikinan album Bad, lirik korus lagu “Smooth Criminal” yang dinyanyikan oleh Raja Pop ini, merujuk kepada salah satu frasa yang diajar ketika latihan CPR.
Namun begitu, di Malaysia kita tak diajar frasa tersebut semasa kursus latihan CPR. Di sini kalau kita panggil Anne, nanti pelayan di kedai mamak yang menyahut. Kahkahkah!
Apapun, teknik asas kemahiran CPR perlu dipelajari setiap lapisan masyarakat. Jika berhadapan dengan situasi dimana jantung atau pernafasan terhenti, prosedur ini boleh menyelamatkan nyawa!
Inilah yang dikatakan mukjizat ayat Al-Quran. Nampak biasa aje tetapi hanya dengan satu ayat sahaja dapat menghalang penglihatan perompak sehingga tidak dapat menemui jalan keluar setelah pecah masuk ke dalam rumah keluarga berkenaan. Nyata ayat itu memasung seorang perompak dari melarikan diri sehingga 3 hari berada dalam rumah itu.
Ayat 9 dari surah Yasin
Perkongsian ini telah tular dengan 35.5k retweets dan 27.6k likes ketika artikel ini ditulis.
Menurut perkongsian tersebut, kejadian itu berlaku ketika beliau serta suami meninggalkan rumah untuk bercuti selama seminggu bersama anak-anak.
Ikuti perkongsian tersebut.
Saya nak share sesuatu yang saya rasa dapat memberi manfaat. Saya ibu kepada 2 orang anak. Saya dan suami bekerja syif (perhotelan). Kami bekerja nun di atas bukit Genting. Tapi kami tinggal di Batang Kali. Setiap hari kami berulang 30-35 minit. Cara bekerja di Genting ni lain. pic.twitter.com/jQEZSDacGB
Melalui posting Dr Zubaidi Hj Ahmad ada berkongsi info menarik yang telah diberikan oleh Dr Hamid Arshat tentang merawat penyakit batu karang dikilang hempedu.
Menurut Dr Hamid, bahawa ada satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu (Gall Bladder Stones).
Ini petuanya
1) Minum 4 gelas apple juice setiap hari selama 5 hari berturut-turut.
2) Hari ke-6, jangan makan malam (dinner).
3) Pada pukul 6 petang, makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulfat) yang boleh dibeli di farmasi.
4) Pukul 8 malam, ulang kembali makan garam Epsom.
5) Pukul 10 malam, campurkan 1 cawan (250 ml) minyak zaitun (olive oil) atau minyak bijan (sesame oil) dengan jus lemon. Kemudian minum.
6) InsyaaAllah, keesokan paginya, sewaktu buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.