Kesan habuk pada tubuh badan tentunya boleh menjejaskan kesihatan. Itu semua sudah maklum. Alahan habuk ini bukan sahaja terkesan pada kanak-kanak, malah orang dewasa juga tidak terkecuali. Paling dikhuatiri, boleh menjadi punca serangan asma yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas.
Nyata sekali, habuk ini jika tidak diberi tumpuan khusus untuk dibersihkan, akan membawa banyak masalah. Jadi ketahui bagaimana petua atau tip untuk membasmi habuk dan sekali gus mengelakkan rumah menjadi tempat habuk bersarang.
Cara Elak Rumah Berhabuk
2. Letakkan alas kaki. Satu di luar pintu dan satu lagi di dalam kediaman. Ini bertujuan untuk memerangkap habuk daripada di bawa masuk ke dalam kediaman.
3. Guna blind dari kayu, metal atau plastik yang mudah dibersihkan berbanding kain.
4. Penggunaan sofa jika materialnya daripada fabrik, pastikan mempunyai zip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk terus terperangkap.
5. Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkannya lebih memerangkap habuk.
Ekstra Info!
Kipas Punca Rumah Senang Berhabuk
Penggunaan kipas
Memang benar, tujuan kipas digunakan untuk memberi rasa nyaman dan keselesaan. Pun begitu, kipas adalah perangkap habuk terhebat. Oleh itu, pastikan anda membersihkan kipas sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Untuk itu selain perlu rajin membersihkan bilah kipas agar tidak berhabuk, disarankan juga gunakan bahan pencuci yang boleh dihasilkan sendiri dengan menggabungkan 3 bahan ini sebagaimana yang dikongsikan di akaun Alosnida Musa yang bertujuan untuk melambatkan habuk melekat. Nak tahu apakah itu jom semak.
Bahan-bahan:
Air, pelembut kain dan cuka
Cara penyedian:
1. Bersihkan kipas terlebih dahulu. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.
Kemudian, campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air. Semuanya dengan nisbah 1:1:1. Maksud nisbah 1:1:1 ni kiranya semua sama banyak. Kalau satu sudu, semua satu sudu. Kalau satu penutup, semua satu penutup.
* Kalau tak ada cuka di rumah, ada juga yang kata boleh gunakan campuran air dan pelembut pakaian sahaja. Ramai yang pernah cuba memang kata hasilnya tetap memuaskan, habuk lambat melekat.