
Tip mengalih atau memindahkan anak pokok dari tempat semaian pun ada caranya. Ini dikongsikan untuk info bagi memudahkan kita yang baru berjinak-jinak menanam di laman rumah.
Ketahui caranya sebagaimana yang dikongsikan ini.
CARA-CARANYA
1. Pastikan Media Tempat baru untuk mengalih anak pokok telah di gembur dan disuburkan..
2. Lembabkan media/tanah anak pokok yang hendak dialihkan..siram dengan air..
3. Bila Berdaun 4…Tarik anak benih perlahan-lahan atau bersama media/tanahnya sekali..Pastikan tidak memutuskan akar..Jika putus..Anak pokok akan stress dan lambat membesar atau mati.
4. Masukkan anak pokok ke dalam media/tanah baru yang telah di suburkan tadi…timbus akar dan tekan pelahan-pelahan media supaya mampat sedikit..Tujuannya untuk akar tidak mempunyai ruang kosong dalam tanah..kalau ada ruang kosong..pokok akan Stress..bantut dan mati juga..
5. Terus siram anak pokok dengan air selepas menanam..
Tanam satu..siram..Tanam satu..siram..jangan tunggu selepas habis tanam kesemuanya..baru nak siram..Tujuannya bagi menghidari pokok stress..
PERINGATAN
Waktu yang paling afdal ialah seawal pukul 4.30 petang hingga menjelang senja..
Nak tanam pada awal pagi atau tengah hari.. tanpa ikut masa di atas…Boleh..Tapi…Bersedialah dengan pokok yang akan stress dan layu..
Sumber : D’pro Ana’s via Berkebun D Rumah
Tanam Terung Tepi Rumah, Berbuah Lebat Sampai Tak Habis Makan. Ni Tipsnya, Mudah Sangat!

Sesiapa pun boleh manfaatkan kawasan laman rumah yang terhad untuk melakukan aktiviti berkebun bersama keluarga. Paling mudah, mencuba untuk menanam sebatang dua pokok terung seperti mana yang dilakukan oleh Encik Azuan Abdullah ini.
Siapa sangka, dengan hanya 2 batang pokok tersebut hasil sayur terung yang dituai bukan sahaja dapat dinikmati olehnya sekeluarga, malah turut dikongsi bersama jiran-jiran di kediamannya.
Jadi tentu kita ingin tahu apa yang dilakukannya hingga membuatkan tanaman terungnya berbuah lebat. Untuk itu, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Tips Nak Bagi Terung Buah Lebat Sampai Tak Habis Makan!
“Pokok terung ni saya tanam suka-suka tepi rumah. Jenis antabogal. Tanam dua pokok je, buahnya memang tak habis makan. Okey. Ni cara-cara saya tanam dan jaga dua pokok terung ni.
Patutlah masa ambil benih hari tu, kawan kata terung jenis ni boleh capai 15 kg sepokok. Masa tu was-was lagi. Betul ke ni? Ke sembang je lebih!
Bila dah tanam sendiri ni, rasanya cakap member tu boleh percaya la sebab dah lebih 30 biji saya petik terung ni dari 2 pokok yang saya tanam. Buah kat pokok sekarang ada lebih kurang 20 biji lagi.
Memang kami tak habis makan walaupun tanam dua pokok. Siap pokok terung ni dapat berbakti lagi untuk 6 buah rumah saudara kami. Alhamdulillah.“-Azuan Abdullah
Langkah-langkahnya :
- Tanam dalam petak tanaman. Guna tanah campuran sebagai media tanaman. Jarak antara pokok 3 kaki.
2. Tanam anak benih masa umur 35 hari lepas semai.
3. Lepas tanam terus sembur dengan kawalan organic buatan sendiri. Semburan juga dibuat pada hari kedua dan ketiga lepas tanam. Sembur pada awal pagi.
4. Siram dengan air kosong pada hari pertama dan kedua lepas tanam. Siram pada waktu pagi dan petang. 1 liter setiap kali siram.
5. Siram dengan baja subur pada hari ketiga lepas tanam. Kadar pencairan adalah 10 ml larutan stok baja subur untuk 1 liter air. Siram 1 liter satu pokok pada waktu pagi. Sebelah petang siram dengan air kosong sebanyak 1 liter 1 pokok.
6. Siram dengan air kosong pada hari yang kita tak siram dengan air baja. 1 liter pagi dan 1 liter petang.
7. Siram dengan air baja subur dua kali seminggu sehingga pokok ini berumur 14 Hari Lepas Tanam (HLT). Saya siram pada umur 3 HLT, 7 HLT, 10 HLT dan 14 HLT. Kadar pencairan adalah 10 ml larutan baja subur untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter 1 pokok. Petang siram dengan air kosong 1 liter 1 pokok.
8. Bila pokok 17 HLT, 20 HLT, 24 HLT, 27 HLT dan 30 HLT, guna pencairan 15 ml larutan stok baja subur untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter satu pokok. Petang siram dengan air kosong, 1 liter 1 pokok.
9. Sembur dengan kawalan organic buatan sendiri pada setiap hari kita siram air baja. Sembur awal pagi. Sembur pada pucuk dan daun muda hingga basah lencun.
10. Pastikan tiada rumput di kawasan pokok kita sebab rumput ni rumah bagi serangga perosak. Bila tiada rumput, risiko serangan perosak pun kurang dan nak kawal pun mudah.
11. Boleh start siram dengan air baja buah bila pokok dah 34 hari lepas tanam. Kadar pencairan adalah 15 ml untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter 1 pokok. Petang siram dengan air kosong, 1 liter 1 pokok.
12. Ulang langkah diatas dua kali seminggu hingga pokok umur 60 hari lepas tanam.
13. Bila pokok dah start berbuah dan boleh kutip hasil, buang daun yang tak berfungsi setiap minggu.
14. Bila pokok umur 64 hari lepas tanam, saya siram dengan baja buah antara 1.5 – 2 liter sepokok. Siram pada waktu pagi dan kadar pencairannya juga adalah sama. Petang siram dengan air kosong, juga antara 1.5 – 2 liter setiap pokok.
sumber : Azuan Abdullah
Persiapan Nak Raya, Tandas Pun Kena Bersih & Berkilat Tau. Barulah Tetamu Selesa!

Ibu-ibu pernah dengar tak, orang kata kalau nak tahu tuan rumah tu pembersih atau tidak lihat sahaja pada bilik airnya. Kalau tandasnya cantik, bersih dan selesa digunakan itu menandakan tuan rumah rajin orangnya dan semestinya pembersih dan jika keadaan bilik airnya menjijikkan, itu sah-sah dikatakan pengotor!
Jadi pastinya pada hari raya nanti, akan ada ramai tetamu yang bertandang berhari raya ke rumah meminta izin untuk menggunakan bilik air. Jadi sebelum tetamu menilai di tahap mana diri kita, ada baiknya kita lancarkan aktiviti mencuci tandas bersama-sama keluarga pada hujung minggu ini. Cara ini akan pastikan bilik air terlihat bersih bersinar seakan di hotel lima bintang. Malah dengan praktis 7 teknik ini, tugas mencuci lebih mudah tanpa perlu menyental. Jom semak!
7 TIPS MUDAH BERSIHKAN TANDAS DENGAN CEPAT TANPA MENYENTAL
1. GUNAKAN AIR SUAM
Isikan baldi berisi air suam dan bilas lantai atau dinding menggunakannya. Juga berkesan jika dicurah pada sinki serta tab mandi dalam bilik air.
2. PEMBASMI KUMAN & AGEN PENCUCI SEMULAJADI
Caranya mudah, campurkan saja kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes. Kemudian, sapukan pes ini pada lantai, dinding, atau mana-mana bahagian tandas. Biarkan selama 15 minit dan selepas itu bilas dengan air bersih. Mudah!
3. MENCUCI CELAH JUBIN
Sekiranya tandas jarang disental atau lama ditinggalkan, lantai dan dinding boleh berkulat. Sesetengah kesan ini sukar ditanggalkan walaupun telah diberus.
Untuk menanggalkannya, cuba campurkan cecair peluntur dengan cuka dalam sebuah botol spray. Kemudian, semburkan dan biar ia mengering (penting) sebelum membilas. Jika kesan masih tidak tertanggal, gunakan baking soda yang dilarutkan dalam sedikit air dan gunakan berus gigi terpakai untuk memberusnya.
4. BABY OIL SEBAGAI PENGILAT PILI
Untuk mencuci kepala pili, anda boleh menggunakan sabun pencuci atau baking soda. Satu tips untuk menjadikannya lebih kilat adalah dengan menyapukan sedikit minyak bayi atau baby oil. Boleh berkilat macam cermin. Cubalah!
5. CARA BERSIHKAN LUBANG TANDAS
Spraykan larutan cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan beberapa minit sebelum menggosoknya. Kalau nak lebih wangi, tambahkan sedikit tea tree oil atau perahan lemon. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, bilas seperti biasa.
6. LEMON & GARAM
Selain cuka, anda juga boleh menggunakan lemon dan garam sebagai agen pencuci yang berkesan. Taburkan garam dan scrubkan bahagian kotoran dengan menggunakan lemon yang dibelah 2.
7. SPAN UNTUK MENCUCI HOS GETAH
Perasankah anda, bahagian dalaman hos getah juga boleh berkulat jika tidak dicuci. Tapi, ia bukan kerja mudah kerana bahagian tersebut amat kecil dan sukar dicapai.
Untuk mencucinya, sumbatkan beberapa keratan span basuh pinggan dan masukkan ke dalam hujung hos. Kemudian, pasangkan air dan biar span tersebut keluar melalui satu hujung lagi.
sumber : Azzieyah Mustapa
“Ada Yang Suruh Saya Cari Hati Unta Kering” – Anak Hidap Asma Kronik, Isteri Lan Solo Minta Ibu-Ibu Kongsi Petua.

Ibu mana yang tak risau kan bila anak-anak sakit. Apa lagi kalau penyakit tersebut berisiko.
Demikian juga dengan isteri penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim yang baru-baru ini memuat naik perkongsian mengenai anak ketiganya.
Menurut Sheila, anaknya, Muhammad Akid Qassyaff, 3, disahkan menghidap penyakit Asma Kronik.
Justeru, Sheila bertanyakan petua atau pengalaman ibu-ibu yang mempunyai anak menghidap penyakit yang sama untuk sama-sama berkongsi.
“Doktor sahkan Akid ada cronic asthma. So sehari kena neb dua kali minimum. Mommy-mommy kat luar sana ada tak petua-petua lain?
“Ada yang DM saya suruh cari hati unta kering. Tumbuk dan campurkan dekat setiap makanan Akid.
“Ada juga yang suruh mandikan dengan lemon. Kalau boleh saya nak cari solution supaya Akid kurang bergantung dengan neb dan ubat-ubatan yang berpanjangan. Any ideas mommy?” tulisnya.
Kata Sheila, dia mahu mencari penyelesaian lain berhubung penyakit anaknya supaya tidak bergantung dengan ubat-ubatan untuk tempoh yang berpanjangan.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mula membantu dengan memberikan tips berguna selain berkongsi pengalaman yang sama dengan Sheila.
“@nurul_koji Cubalah guna hati unta, sebab anak kakak saya pun dah cuba. Alhamdulillah, anak dah tak bergantung pada neb.
@eishanie79 Betul tu hati unta paling mujarab, sebab anak saya juga Asma Kronik. Saya buat salai bagi anak saya makan hati saja campur nasi putih. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT anak saya pulih.
Selain Akid, pasangan ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, dan Nur Amna Quxandra yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.
Foto: Instagram @sheilarazlan & astro gempak