Tak Nak Orang Terasa, Elak Buat 5 Benda Ini Waktu Ziarah Raya!

Share

Pejam celik lagi beberapa hari sahaja lagi kita nak menyambut bulan Aidilfitri. Perasaan teruja nak beraya tu sangat kuat dek dua tahun tidak bersua muka.

Dalam seronok hendak menyambut Aidilfitri jangan lupa, adab dan topik yang sesuai untuk berbicara.

Ini 5 larangan waktu ziarah raya yang boleh dijadikan panduan:

#1 Jangan sembang pasal fizikal orang

Bila lama tak jumpa pasti ada perubahan fizikal terutama perkara paling sensitive untuk ditegur adalah bentuk badan yang semakin berisi. Haaa, jangan sesekali bertanya atau menegurnya ya. Alamatnya memang itu raya last lah korang berjumpa!

#2 Jangan bandingkan anak orang

Ini rasanya budaya lama yang sampai sekarang masih wujud lagi. Ibu bapa tak usahlah bandingkan anak korang. Kanak-kanak pun ada perasaan, daripada seronok nak beraya mesti mood dorang kelaut dan terus ajak balik sebab malu dibandingkan.

#3 Jangan suap bayi lain makanan tanpa izin

Ini banyak kes dah terjadi, bila ibu berang anak mereka especially bayi baru lahir disuap makan. Kita tak tahu apa makanan yang sesuai untuk bayi tiba-tiba pergi suap kuih raya tanpa pengetahuan ibu bapanya kalau jadi apa-apa kan dah susah.

#4 Jangan pertikaikan pekerjaan orang

Nak beraya tu tak payah lah pilih bulu bersembang dengan orang yang ada pekerjaan professional atau yang kaya raya sahaja. Raya kan masa kita untuk mengeratkan sialturahim, kalau korang tanya fasal kerja dan kebetulan orcang tu baru sahaja diberhentikan kerja kan dah buat dia terasa.

#5 Jangan tanya kenapa belum dapat anak

Haa..ini paling sensitif! Terutama buat pasangan yang dah lama menantikan cahaya mata serta dah berusaha macam-macam untuk mendapatkannya. Kita tak tahu kesusahan dan kepayahan mereka, jadi janganlah tanya apa-apa mengenai anak, pasti terasa!

Sumber : Astro Gempak