
Inilah yang dikatakan anak cerminan ibu bapa. Gelagat anak Hanis Zalikha dan pelakon Hairul Azreen sungguh beradab apabila sanggup berjalan senget semata-mata tak nak karpet kotor.
Kapysen ringkas, ‘ tak nak kotorkan karpet ker tu’ telah menarik perhatian netizen.
Jelas membanyangkan Yusuf Iskandar seorang yang diajar tentang tertib dan adab. Walaupun masih kecil, sudah tahu tentang kebersihan.
Gelagat comel ini dirakan oleh , Hairul Azreen secara diam-diam yang melihatkan Yusuf berjalan ‘senget’ apabila dipanggil Hanis Zalikha untuk mengambil barang di dalam beg.
View this post on InstagramA post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on
Dalam pada itu, diruangan komen, para netizen terhibur dengan aksi lucu yang dilakukan Yusuf dengan cara spontan.
Sumber: Instagram theyusufiskandar
“Wah Nampak Baby Bump…”-Ruang Komen Heliza Dihujani Ucapan Tahniah!

Baru-baru ini Heliza Helmi, penyanyi dan aktivis kemanusiaan dan juga merupakan isteri kepada Datuk Seri Mahadi didakwa sudah berbadan dua oleh peminatnya berikutan video yang dimuat naik olehnya menampakkan ‘baby bump’.
Spekulasi ini timbul apabila Heliza dan Datuk Seri Mahadi memuat naik sebuah rakaman video di laman IG milik mereka.
Video tersebut memaparkan Datuk Seri Mahadi dan Heliza sedang menjalani sesi rakaman fotografi untuk sebuah produk.
Dilihat Mahadi sedang beraksi di hadapan kamera sambil memegang raket tenis. Selepas memukul bola dengan raket, Mahadi terus mengipas wajahnya dengan tangan menunjukkan dia sedang kepanasan.
Namun apa yang mencuri tumpuan, adalah tiba-tiba Heliza masuk ke ruang rakaman tersebut sambil membawa kipas tangan elektrik untuk mengipas suaminya. Pun begitu apabila Heliza menyerahkan kipas kepada suaminya dan mengambil raket daripada tangan suaminya, mata netizen ‘tertangkap’ sesuatu.
Aksi mencuit hati itu juga telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat. Pasangan itu kelihatan manis apabila mengenakan busana sedondon serba putih.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat mendakwa Heliza sedang hamil. Ujar netizen, perut Heliza kelihatan seperti ‘baby bump’.
Cute…nmpk baby bump tu..😍😍
Waahh npk Baby bump😍🤲🤲
Ahaha comel je 😍
nampak dah perut babybam Kak Jah
Heliza MCM.pregnant
Kita doa kn saja
Alhamdulillah
Sumber Ig : @mahadibz
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Terbangun Je Tengah Malam, Sekurang-kurangnya Amal Baca Doa Ni Agar Hajat Termaqbul!

Terjaga dari tidur pada waktu tengah malam itu perkara lumrah terjadi pada kita. Biasanya bila terjaga, kita akan menarik selimut dan menyambung tidur semula.
Namun alangkah bagusnya sekiranya waktu kita terjaga itu tidak dibiarkan sia-sia. Andai berkemampuan, dirikanlah solat-solat sunat. Namun andai terasa tidak mampu untuk mengerjakannya cukuplah sekurang-kurangnya membaca sepotong doa ini.
Berikut perkongsian daripada puan Farhana Muhammad yang boleh dijadikan info buat kita semua.
Duhai ibu, jangan disia-siakan saat anak kecil ‘mengejutkan’ si ibu pada waktu malam!
Apabila bergelar ibu, lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai anak-anak kecil, pasti pada waktu malam si kecil ‘mengejutkan’ ibunya. Mungkin kerana lapar atau mungkin kerana lampin basah.
Jadi, jangan biarkan ‘aktiviti di tengah-tengah malam’ berlalu begitu sahaja tanpa si ibu memanfaatkannya sambil-sambil menyusukan anak atau menukar lampin yang basah.
Apa kata usai menukar lampin atau ketika menyusukan anak, si ibu berdoa sebegini;
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ.
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
سُبْحَانَ اللَّه وَِ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ.
ثُمَّ قَالَ: “اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي” أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلاَتُهُ.
“Tidak ada Tuhan yang disembah kecuali Allah semata, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan untukNya segala pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar. Dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Kemudian diucapkan: “Ya Allah ampunilah aku” atau dia berdoa nescaya akan dimakbulkan untuknya. Apabila dia berwuduk nescaya diterima solatnya.” (HR: Muslim)
Doa ini diajar oleh Ustazah Norhafizah Musa dalam salah satu kuliahnya di Masjid Hulu Kelang. Kata ustazah, apabila kita terjaga di tengah malam, seeloknya baca doa demikian dan disusuli dengan doa yang kita sendiri hajatkan. InshaaAllah, doa tersebut akan dimaqbulkan. Lebih elok lagi sekiranya kita mampu bangun menunaikan solat selepas membaca doa tersebut.
Mungkin bagi si ibu yang anaknya suka mengempeng, bangun menunaikan solat di tengah malam satu mujahadah yang cukup besar. Ditambah lagi dengan rasa kantuk, bersengkang mata dengan karenah si kecil memang menjadi bertambah sukar. Setidak-tidaknya, ibu boleh memanfaatkan berjaga malam itu dengan membaca doa sedemikian.
Ummu Haura’
Ingatan buat diri sendiri.
sumber: Farhana Muhammad
Belum Lafaz Syahadah, Ibu Maryam Sedang Belajar Mengenali Islam. Luah Hasrat Nak Menetap Di Malaysia!

Sebelum ini, pempengaruh media sosial Maryam Younarae ada memua naik di laman Instagramnya bahawa ibunya menunjukkan minat untuk mendalami agama Islam. Malah sebelum pulang ke Korea, ibunya turut membawa pulang telekung untuk digunakan di sana.
Rentetan dari itu, baru-baru ini Maryam ketika ditemui di sidang media filem Mat Tudung Begins memaklumkan ibunya sendiri menyatakan hasrat dan kemahuan untuk belajar solat serta mengenakan hijab ketika berkunjung ke Malaysia, baru-baru ini.
“Ketika ini, ibu sedang cuba belajar mengenai Islam. Kami hanya menyokong dan tidak pernah memaksa. Bila ramai berikan komen positif, saya dapat melihat betapa sayangnya Allah pada kita.
“Melalui saya, Allah nak tunjuk sebenarnya ramai yang sayang sesama manusia lain walaupun berbeza agama. Mereka turut mendoakan yang baik-baik dan tidak memaksa.
“Ibu mungkin ada terdetik nak memeluk agama Islam sebab ketika saya mula mengenakan hijab, dia juga cuba nak pakai hijab,” ujarnya memetik laporan dari Gempak.
Dedah Maryam, ibunya juga sudah mula mengelakkan diri daripada memakan daging khinzir selain kini sudah berpakaian tertutup dan membawa telekung pulang ke Korea.
“Dia kini sudah mengenakan pakaian tertutup. Lagi tertutup daripada saya. Saya pun tak sangka, dia pun nak bawa balik telekung ke Korea. Saya pernah bawa ibu ke masjid untuk solat Subuh dan dia minta saya untuk mengajarnya cara solat,”ujarnya lagi.
Tambah isteri kepada Ryzal Ibrahim, ibunya masih belum melafazkan syahadah meskipun kini sudah pun belajar mengenai Islam.
Sementara itu, ibu kepada seorang cahaya mata mengakui seronok apabila ibunya berkunjung ke Malaysia dan memberitahu hasratnya mahu menetap di negara ini.
“Selepas pulang (ke Korea), dia telefon dan beritahu seperti mahu berpindah rumah ke Malaysia. Dia sangat puas hati di sini.
“Lebih-lebih lagi dia tengok orang Malaysia ini sangat tenang dan gembira. Budaya di Korea, mereka lebih selesa meluangkan masa bersama kawan-kawan berbanding keluarga.
“Ibu pun teruja melihat bagaimana rakyat Malaysia sangat menyayangi saya. Dia berpuas hati. Jadi, kalau ibu betul-betul nak berpindah, saya akan menyokongnya,”luah Maryam.
Untuk rekod, Maryam dan Ryzal telah mendirikan rumah tangga pada pada 2019. Sekitar tahun 2020, mereka telah kembali ke Tanah Air dan memulakan kehidupan sebagai selebriti apabila kerap berkongsi kebersamaan dalam saluran YouTube DurianKimchi.
Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun, pasangan tersebut telah dikurniakan seorang cahaya mata dikenali sebagai Rina.
Sumber: Gempak , Instagram @maryamyunrrr