Biasanya anak lelaki, ibu ayah akan cakap kena kuat dan berani. Jangan nangis nanti malu orang perempuan tengok. Tetapi gelagat seorang anak lelaki ini sungguh mencuit hati apabila ‘menyelamatkan diri’ daripada menerima suntikan imunisasi di sekolah.
Gelagatnya memang tak boleh ajak bincanglah! Apabila balik sendiri ke rumahnya dengan menggunakan basikal sepupunya. Rumahnya yang berdekatan dengan sekolah membolehkan dia berbuat demikian.
Pujukan ibu bapanya agar memujuknya membuka pintu tidak berhasil, sebaliknya berulang kali mengatakan tidak mahu dicucuk.
Malah video berdurasi 3 minit ni yang telah memcuit hati ramai ini telah viral. Lucu!
Ikuti perkongsian oleh Nur Izzaty Mohammad
Ada budak lari dari sekolah weh takut kena cucuk , habis rumah dia kunci weh . Cikgu kejar naik kereta sampai . Adoi lawaknya , share weh . Kita Kasi viral
Menurut ibunya, Nurul Irrma Ryana Mohammad, 30, kejadian itu berlaku jam 11 pagi ketika dia sedang bekerja di sebuah kedai tidak jauh dari rumahnya.
“Waktu dia lari tu, dia cari saya di kedai, saya tanya kenapa? Dia cakap takut kena cucuk.
“Bila dia nampak kereta guru tiba di rumah, dia terus masuk ke dalam rumah kunci semua pintu.
“Semalam di sekolah, murid tahun satu perlu menerima suntikan awal iaitu vaksin kancing gigi. Sebelum ini, dia tidak fobia mana-mana suntikan tetapi mungkin semalam, Farid lihat kawan-kawannya menangis, tu sebab dia lari dari sekolah dan sembunyi di rumah.“
Sumber: Nur Izzaty Muhammad dan Sinar Harian