Biasanya anak lelaki, ibu ayah akan cakap kena kuat dan berani. Jangan nangis nanti malu orang perempuan tengok. Tetapi gelagat seorang anak lelaki ini sungguh mencuit hati apabila ‘menyelamatkan diri’ daripada menerima suntikan imunisasi di sekolah.
Gelagatnya memang tak boleh ajak bincanglah! Apabila balik sendiri ke rumahnya dengan menggunakan basikal sepupunya. Rumahnya yang berdekatan dengan sekolah membolehkan dia berbuat demikian.
Pujukan ibu bapanya agar memujuknya membuka pintu tidak berhasil, sebaliknya berulang kali mengatakan tidak mahu dicucuk.
Malah video berdurasi 3 minit ni yang telah memcuit hati ramai ini telah viral. Lucu!
Ada budak lari dari sekolah weh takut kena cucuk , habis rumah dia kunci weh . Cikgu kejar naik kereta sampai . Adoi lawaknya , share weh . Kita Kasi viral
Menurut ibunya, Nurul Irrma Ryana Mohammad, 30, kejadian itu berlaku jam 11 pagi ketika dia sedang bekerja di sebuah kedai tidak jauh dari rumahnya.
Ads
“Waktu dia lari tu, dia cari saya di kedai, saya tanya kenapa? Dia cakap takut kena cucuk.
“Bila dia nampak kereta guru tiba di rumah, dia terus masuk ke dalam rumah kunci semua pintu.
“Semalam di sekolah, murid tahun satu perlu menerima suntikan awal iaitu vaksin kancing gigi. Sebelum ini, dia tidak fobia mana-mana suntikan tetapi mungkin semalam, Farid lihat kawan-kawannya menangis, tu sebab dia lari dari sekolah dan sembunyi di rumah.“
Jika ada antara kita beranggapan tugasan melipat kain adalah sesuatu yang membosankan, namun tidak bagi wanita ini. Tidak dinafikan kerja ini remeh, sehingga ramai suri rumahtangga mengaku diri ‘malas’ untuk berbuat sedemikian.
Menerusi facebook miliknya, beliau menjadikan melipat kain sebagai rezeki buatnya. Sungguh inspirasi!
Salam semua suri²….sy bieb, mama kpd 3 org anak perempuan..masing² umur 5y, 3y & 1y7m..dah 5thn bergelar suri rumah sepenuh masa..berhenti kerja lepas 3bln bersalin.
Start tahun lepas sy mula ambil upah lipat kain baju kt kwsn sekitar tmpt tinggal sy ni..saja suka2 buat duit jajan..isi masa lapang kt rumah sambil2 jaga anak. Ambil upah ni pun tak selalu dan bukan hari2..kalau ada yg perlukan servis, baru sy p collect baju, lipat n hantar.
Sy offer servis ni sbb pernah tertengok rancangan kt tv3..diorg offer servis lipat kain dr rumah ke rumah, collect, lipat n hantar semula..jd nya sy terinspirasi lepas tgk rancangan tu..majalah 3 klau tak silap sy..sy ni bukanlah rajin sangat lipat kain, tapi sy cuba cabar diri sy utk jd rajin..
Paling mencabar bg sy dlm servis ni adalah lipat baju budak2, dan kain baju jenis licin.. Utk baju budak2, kena cari pasangan baju n seluar kalau ianya sepasang..kalau kain baju jenis licin, sukar nak bg lipatan nya kekal elok..
Syukur suami tak halang apa yg sy buat..kalau sy busy lipat kain, suami tolong handle anak2 kalau dia ada kt rumah..sekian coretan sy, mungkin boleh jadi inspirasi buat suri² di luar sana.
Tahniah puan! Inilah yang dikatakan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Inpisrasi!
Sejak akhir-akhir ini kita lihat ramai rakan artis berkunjung ke tanah suci untuk menunaikan umrah.
Umumnya sebelum berangkat dikongsikan kepada peminat dan warganet akan keberadaan mereka untuk ke kota Mekah dan Madinah.
Pun begitu, dalam diam seorang lagi artis kesayangan ramai kini berada di sana. Meskipun tidak diwar-warkan di media sosial namun dapat di’hidu’ wargamaya dan sekali gus mencuri tumpuan.
Pelakon tersebut adalah Emma Maembong. Diam-diam buat umrah dan kini sudah berada di Tanah Suci bersama suami dan anaknya.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun zairachematt, dipaparkan pelakon tersebut yang sedang mendukung anaknya di Madinah.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa senang hati dengan sikap rendah diri Emma yang tidak menghebohkan kepada orang ramai bahawa dirinya akan menunaikan ibadah umrah.
“Bagus cara Emma, tak perlu heboh pun.. tau-tau dah sampai sana.
“Patutlah dalam live 2 hari lepas cakap tak live 2 minggu, senyap-senyap je dia pergi umrah, humble betul.
“Emma pergi senyap-senyap,” antara komen warganet
Pun begitu, tidak kurang juga ada segelintir wargenet yang menyatakan rindu untuk melihat Emma mengenakan hijab semula selepas melihat video tersebut dan memujinya cantik mengenakan jubah dan bertudung.
Mempunyai adik-beradik muka kembar sememangnya unik. Kembarr dua atau tiga tentunya akan mencuri perhatian ramai.
Begitu juga dengan kembar tiga, Siti Aminah, Siti Khadijah dan Siti Aishah Hisamudin atau dikenali Triplet Hisham menarik perhatian pengikut TikTok setiap kali mereka bersiaran langsung di platform berkenaan.
Mana tidaknya, sambil berinteraksi dengan pengikut, mereka yang menetap di Taman Sri Jaya, di sini, sempat menyiapkan burger pesanan pelanggan.
Nyata, keunikkan mereka itu tidak hairan jika kembar tiga berusia 22 tahun itu mampu mengumpul lebih 138,000 pengikut di TikTok
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Memetik Harian Metro, Siti Aminah mewakili Triplet Hisham berkata, mereka bertiga adalah anak keenam, ketujuh dan kelapan dalam keluarga daripada lapan beradik.
“Kami hanya ‘budak’ lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja dan tak sanggup berpisah, disebabkan itu ambil keputusan bekerja selepas tamat sekolah.
“Ikutkan, kami bertiga ada pekerjaan lain pada sebelah pagi, namun jadi pembantu gerai selepas Aidilfitri lalu.
“Gerai diberi nama ‘Sofia Burger’ itu adalah milik abang ipar dan kami menawarkan diri untuk membantu selepas gerai abang ipar kembali stabil selepas dua tahun terkesan akibat Covid-19,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Siti Aminah, mereka bertiga pada awalnya menjual burger seperti peniaga lain dengan menunggu pelanggan datang ke gerai atau mengambil pesanan menerusi WhatsApp atau aplikasi Grab.
Memandangkan gerai burger abang ipar mereka itu sudah dibuka sejak 2015 maka ada pelanggan tetap yang masih datang membeli.
“Itu cara berniaga pada awalnya sehingga satu hari apabila salah seorang daripada kami cadangkan supaya siaran langsung di TikTok kerana mahu cari kelainan.
“Selain muat naik video, kami turut aktif bersiaran langsung di TikTok dan percubaan itu berhasil kerana dapat pelanggan baru sejak ketengahkan diri di situ.
Siti Aminah berkata, kebanyakan pelanggan yang datang ke gerai pasti terkejut dan keliru apabila melihat mereka bertiga.
Katanya, ia reaksi biasa yang mereka dapat lihat daripada pelanggan sejak bekerja sambilan di gerai burger berkenaan.
“Kami sudah bahagikan tugas masing-masing, saya letak sayur dan sos, Dija (Siti Khadijah) ambil pesanan manakala Isha (Siti Aishah) pula akan masak burger.
“Jadi, setiap kali ada pelanggan datang, mereka akan nampak Isha dulu yang sedang masak dan terkejut apabila nampak dua lagi iaitu saya serta Dija.
“Ketika siaran langsung pula, ada yang suka dan sebaliknya. Segelintir kecam kerana tidak suka dengar suara kami nyaring namun kami tidak ambil hati malah moderator iaitu adik-beradik lain akan bantu balas di ruangan komen,” katanya.
Siti Aminah berkata, selagi belum berkeluarga, mereka akan terus bersama kerana tidak dapat bayangkan malah berasa sunyi hidup tanpa satu sama lain.
“Hubungan kami sangat rapat dan jika gaduh pun tidak lama malah lebih suka bercerita dengan satu sama lain berbanding orang luar termasuk ahli keluarga lain.
“Keluarga pernah berpesan supaya kami bertiga belajar untuk bergerak sendiri tetapi lebih selesa bersama, pernah berpisah pun ketika berlainan kelas ketika di sekolah kecuali tingkatan lima.
“Walaupun sudah dewasa, kami kini masih tidur di satu bilik yang sama dan akan kekal begini selagi belum berumah tangga,” katanya.
“Kami juga bersyukur kerana ada dalam kalangan pelanggan membeli burger untuk diinfaq,” katanya.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengumumkan bantuan tunai RM10,000 kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya dalam tragedi letupan paip gas di Putra Heights pada 2 Syawal lalu.