Tak Nak Bajet Lari Beli Keperluan Sekolah? Ikut Jer Cara Ini, Beli Terus Senyum, Anak-Anak Teruja Ibu Bapa Puas Hati

Share

Cuti sekolah hampir tiba, jadi inilah masanya untuk ibu bapa membawa anak-anak untuk membeli baju dan barangan sekolah. Termasuklah alat tulis dan sebagainya.

Kaedah yang selalu ibu bapa amalkan kalau ikutkan adalah beli yang tahan lasak dan boleh tahan sampai hujung tahun. Tetapi adakah pilihan anda itu tepat dan disukai oleh anak-anak?

 

Menyedari keperluan ibu bapa dalam menyediakan barangan persekolahan buat anak-anak, Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd kembali lagi dengan kempen promosi ‘Kembali Ke Sekolah’ di cawangan seluruh negara.

 

Kempen yang dinamakan Tesco Back To School (BTS) Beli Terus Senyum 2019 ini bermula 14 November ini sehingga 2 Januari 2020. Ibu bapa yang memiliki anak berumur 7 tahun dan ke atas yang bakal memulakan sesi persekolahan tak lama lagi, bolehlah berkunjung ke stor Tesco yang terpilih. Antara barangan yang ditawarkan pakaian seragam sekolah, beg sekolah, peralatan menulis dan sebagainya lagi.

Tampil dengan tema yang cukup cool, unik dan bergaya tahun ini sesuai dengan konsep K-Pop, anak-anak pasti terpesona dengan barangan yang ditawarkan di Stor Tesco yang terpilih. Pilihan warna-warna neon yang cukup memikat mata, membuatkan konsep yang ditawarkan ini lain dari yang lain.

Selain itu, di Tesco juga apa yang diperlukan oleh pelajar ada, semuanya cantik dan bergaya. Sesuai dengan trend barangan terkini yang diinspirasikan daripada imej dan warna unicorn menjadi kegilaan anak-anak.

Istimewanya, setiap stor Tesco yang terpilih tampil dengan item yang berbeza. Antaranya 4 in 1 Avengers, My Litle Poney dan Frozen 2 pada barangan keperluan sekolah termasuklah beg serbaguna, bekas pensel dan juga botol air. Memang cukup menarik dan pasti membuatkan anak-anak teruja dan tak sabar nak ke sekolah.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga berpeluang untuk berpeluang menyertai peraduan menarik Tesco BTS Dance Off Challenge yang ditawarkan di stor Tesco terpilih.

Bagimana nak sertai pertandingan ini? Mudah je dengan hanya berbelanja RM50, anda layak untuk menyertainya. Peserta perlu menyimpan bukti pembelian untuk tujuan pengesahan.

Selain berpeluang menang hadiah, dapat cungkil bakat anak-anak dengan. Sertai pertandingan ini dengan membentuk pasukan tarian sekurang-kurangnya 2 orang. Setiap peserta dikehendaki melengkapkan sekurang-kurangnya 30 saat jingle dan akan menari sepanjang video.

Muat turun jingle dari sini http://bit.ly/TescoBTSChallenge

.  Muat naik video anda di Facebook atau Instagram dan hashtag #TescoBTSChallenge bersama-sama dengan nama kategori untuk bertanding.

Kategori ditawarkan adalah, Koreografi Terbaik, Ibu Bapa & Tarian Anak-Anak Terbaik dan yang ketiga, Tarian Adik-Beradik Terbaik. Pemenang Hadiah Utama bagi setiap kategori bakal membawa pulang SATU (1) Set Nintendo Switch.

Selain itu, untuk 200 yang pertama menyertai pertandingan yang sah bakal menerima RM 5 E-Baucar. Beli terus senyum 2019, tunggu apa lagi jom ke Tesco untuk persiapan kembali ke sekolah.

Kalau anda nak dapatkan info lanjut atau terma & syarat tentang peraduan inianda boleh layari: https://www.tesco.com.my/Highlights/Contest/Dance-Off-Challenge/HighlightDetails/