Jika anak belum diberi kejayaan, jangan sedih atau kecewa kerana setiap anak-anak itu perkembangannya berbeza. Menurut coretan Khairul Hakimin Muhammad di laman facebooknya anak yang cemerlang dalam peperiksaan mungkin boleh jadi asbab anak berjaya. Namun tak semua anak-anak boleh ditolak jadi begitu. Apa yang pasti, anak tak naik pentas takpe, yang penting anak sentiasa nak belajar. Hari-hari terakhir last pun anak masih excited nak pergi sekolah. Ikuti selanjutannya corentan bapa ini.
______________________________________________________________________
Saya duk baca banyaknya komen dan tulisan tentang hari kecemerlangan anak-anak yang ada kata wajar diadakan, ada kata tak. Dari perbincangan elok-elok di media sosial, akhirnya jadi gaduh dan perli-perli.
Emak-emak, ayah-ayah yang ada anak pandai, pergi cakap gitu gini ke emak ayah yang ada anak kurang cemerlang. Dan yang tak berapa nak cemerlang ini pula, lawanlah sampai pengsan kata A tak penting mana begitu begini.
Inilah emak ayah zaman ini. Untuk anak, memang kita berusaha nak jadikan semuanya baik-baik belaka. Namun kawan-kawan, perbuatan perli, menyakitkan hati, berkata kasar tetap tak baik.
Saya hantar anak saya ke sekolah sekitar umurnya 4 tahun lebih. Memang ya, beliau tak cemerlang macam anak orang lain. Kami ada alasan tersendiri kerana si kecil kami ini perlu consume ubat yang agak lama menjadikan beliau kurang fokus, hyper dan sering sahaja bosan kepada 1-1 hal. Namun setiap kali ada anugerah apa-apa, dia akan tanya beribu-ribu kali, berulang-ulang kenapa dia tak dapat hadiah?
Saya berusaha cari jawapan untuk semua ini dan bolehlah kata dia ok selepas ini yang kami duk buat.
1. Cerita sahaja benda betul. Contohnya, ada hari keusahawanan. Yang mana dia perlu hias kedai dia, perlu jaga kedai dan sebagainya. Namun dah jenis tak fokus, dia berlari sana sini, hilang sahaja pergi melepak di gerai kawan, akhirnya dia tak menang apa-apa. Cakap benda yang benar. Dan beritahu dia yang dia boleh menang sekiranya dia buat abc sampai z. Dia akan faham.
2. Selesai majlis, bawa dia terus pergi makan di luar. Tak boleh balik rumah dahulu atau nak buat apa-apa yang lain. Walau dia tak naik pentas ambil hadiah, kita raikan kejayaan dia bersama-sama keluarga sendiri. Dia akan ok dan rasa sangat dihargai. Biasanya dia akan peluk kita siap pejam-pejam mata. Waktu ini, kau akan dapat lihat anak kau punya perasaan. Deep weh. Very deep.
3. Semasa dia sedang berusaha. Kau beri hadiah. Sebagai contoh, dia nampak struggle sangat dalam peperiksaan. Ada ja stressnya, nak belajar nak itu nak ini. Ha beli sahaja yang biasa atau yang senang dapat, bungkus, kasi ke dia dan ucap “good luck”. Dia akan sangat-sangat ok lalu senyum pada setiap hari nak ke sekolah (walau sekolah dah nak habis) haha.
4. Tak perlu ulang banyak kali salah dia jika dia gagal atau tidak cemerlang seperti yang lain. Dia tahu dan dia perlu baiki sahaja. Hanya beritahu mana yang wajar diperbuat dan duduk sekali dengannya untuk sama-sama berusaha.
Ibu bapa yang dapat duduk semeja dengan anak-anak sekurang-kurangnya 3 kali seminggu akan dapat special bond dalam hal-hal peperiksaan.
5. Berusaha untuk anak-anak ini lebih banyak aktiviti di luar berbanding di dalam rumah. Apabila mereka ini sukar untuk fokus belajar, tidak cemerlang dalam peperiksaan, aktiviti luar akan kurangkan stress, akan perbanyak nilai kreativiti kepada mereka.
Ini yang saya buat. ‘Ain akan masuk darjah 1 tahun hadapan. Walau dia baru sahaja boleh membaca. Baru juga boleh mengira dan masih belum dapat fokus sepenuhnya dengan apa kita cakap dan beritahu, dia semakin ok bab bertanya dan ingin tahu itu ini.
Ikutkan, 17hb itu hari ada hari persembahan beliau. Namun, pihak sekolah terpaksa tukar ke 24hb ini kerana tiada lokasi. Dan paling menyedihkan, saya tak dapat bersama beliau.
Yang buat saya happy ialah, setiap hari kami Facetime, saya tanya bagaimana persediaan untuk hadap orang ramai atas pentas nanti, dia jawab “abah jangan risau, ‘Ain akan buat yang terbaik . ‘Ain tahu abah busy, abah buat semua tu untuk ‘Ain. ‘Ain pun sayang abah.”
Anak kita, kita yang kenal
Kawan-kawan,
Cemerlang dalam peperiksaan mungkin boleh jadi asbab anak kita berjaya. Namun tak semua anak-anak boleh ditolak jadi begitu. Sukarnya nak beri orang lain faham tentang anak kita.
Dan para guru, kena layan semua anak-anak itu sama. Mereka buat kerja habis daya untuk anak-anak kita.
Ya, Anak kita, kita yang kenal. Jadi kita kawal, kita bantu, kita dorong supaya dia jadi manusia dahulu sebelum semua itu.
Memanusiakan manusia adalah perkara yang memperseimbangkan kebijaksanaan dan tidak. Ia adalah kebaikan yang semua orang boleh ada. Ingatlah ini, nak dapat hormat, bukan dengan sijil, namun dengan adab, dengan merendah diri dan menjadi orang yang bahagia melihat orang lain bahagia.
Begitulah.
Anak kita, tengok kita.
Khairul Hakimin Muhammad,
Good luck semua anak-anak, salam dari Osaka.