Kisah hidupnya cukup menarik dan boleh dijadikan ispirasi buat wanita bergelar ibu yang lain. Manakan tidak, daripada seorang suri rumah biasa, dia berjaya meletakkan aras baru dalam hidupnya apabila bergelar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi TAJ International College ( TIC) yang terletak di Perak.
Tina Dato’ Sri Hj Tajuddin, 43 tahun ketika itu merupakan seorang suri rumah telah memberanikan diri menggalas satu tanggung jawab yang berat apabila diminta oleh ayahnya untuk mengambil alih perniagaan keluarga.
Berkelulusan dalam bidang guaman dari universiti luar negara dan pernah berkhidmat seketika dalam bidang tersebut sebelum mengambil keputusan berhenti kerja kerana ingin tumpukan perhatian kepada keluarga.
Ulang alik naik bas KL-Ipoh
“Sebelum itu, kolej berkenaan diuruskan oleh abang saya. Tetapi disebabkan masalah kesihatan, jadi ayah minta bantuan saya. Bayangkan saya ketika itu berada di Kuala Lumpur perlu menguruskan kolej yang terletak jauh di Ipoh, Perak
“Ketika itu juga, saya baru sahaja melahirkan anak yang ketiga dan baru berusia 4 bulan dan masih menyusu badan. Bukan mudah sebenarnya kerana saya terpaksa berulang alik dengan menaiki bas pukul 4 pagi dan sampai ke rumah tengah malam.
Ads
“Untuk permulaan, saya terpaksa menaiki bas ekspress seawal jam 4 pagi dari Shah Alam ke Ipoh untuk pergi tempat kerja kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri. Selepas dua tahun barulah saya mengambil keputusan berpindah ke Ipoh.
“Tak mudah sebenarnya nak ‘start enjin’ dengan faktor anak tetapi saya ambil cabaran dan alhamdulillah daripada suri rumah akhirnya bergelar CEO. 13 tahun fokus dalam bidang ini dan daripada daripada aliran guaman, dan terkini berkecimpung secara serius dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Dari lot kedai ke kampus besar
Dari lot kedai ke Kampus besar Semangat keusahawanan yang kuat membolehkan dia mengusahakan sebuah kolej kecil sehingga berjaya memenangi anugerah di peringkat antarabangsa.
“Keberanian, keyakinan dan Ilmu perlu ada sebelum memasuki bidang bisnes. Persediaan untuk bergelar usahawan bukan sekadar mental dan fizikal tapi juga pengetahuan. Umur sekadar satu angka. Generasi Muda dan Golongan Wanita ada kekuatan, keberanian serta kreatif. Jadi kenapa nak bataskan kreativiti kerana tidak mahu berjinak-jinak dalam dunia perniagaan,” ujar ibu kepada 6 cahaya mata ini yang lebih dikenali sebagai #IamCEOMentor dilaman sosial.
Ads
Jadikan Saidatina Siti Khadijah ‘Role Model’
Ditanya akan pembahagian masa antara kerjaya dan rumah tangga, akui Tina suami banyak membantu dan mereka bergilir-gilir.
“Anak adalah keutamaan kami ditambah lagi anak yang kedua bakal menduduki peperiksaan PT3 tidak lama lagi. Saya jenis ibu yang tidak suka manjakan anak-anak dan atas sebab itu saya lebih tunjukkan kepada mereka tiada istilah jalan pendek untuk berjaya dan perlu keazaman yang tinggi serta tidak mudah berputus asa. Didikan yang terbaik apabila kita memberikan contoh yang baik didepan mata.
“Saya juga amat menitik beratkan nilai islamik dalam kerja dan mengambil inspirasi Saidinatina Siti Khadijah sebagai “role model” dalam bidang bisnes dan perjuangan Islam membantu Rasulullah. Kerana itu, saya menamakan satu- satunya anak perempuan saya dengan nama Nur Aira Khadijah. Ukhrawi dan Duniawi perlu diseimbangkan dalam dunia pekerjaan yang saya lihat sebagai ibadah.
Ads
“Alhamdulillah, setiap jumaat dipejabat sudah menjadi budaya 30min kuliah Dhuha dan malam Jumaat bersama pelajar- pelajar Kolej saya dalam aktiviti Pusat Islam yang saya terlibat sebagai penasihat. Kelas membaca Al Quran juga dititikberatkan dan semua warga TIC akan mengikuti kelas
“Kemahiran Membaca AlQuran UM yang dibuat secara mingguan di Kolej. Memandangkan jadual saya terbatas untuk ke kuliah agama dimasjid, oleh itu kami anjurkan seberapa banyak aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat disini. “ ujar Tina yang seringkali dijemput sebagai penceramah motivasi Di sekolah.
Bersama suami dan anak-anak yang cukup memahami.
Hilangkan stress dengan memasak
Kelazimannya dia akan turun masak sendiri sebagai Chef utama kerana itu salah satu minatnya selain menghilangkan stres.
“Saya hilangkan stress dengan memasak. Hujung minggu memang saya akan masak mengikut permintaan anak-anak. Mereka ibarat ‘customer’ tetap saya di rumah,” ujar Tina sambil berseloroh yang merupakan peminat setia rancangan MasterChef dan mengakui mempunyai wawasan untuk membantu lebih ramai golongan wanita yang berkeluarga agar sentiasa berusaha mewujudkan keseimbangan antara famili, kerjaya dan juga agama.
Sumber: Majalah Keluarga Nov-Dis 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tular baru – baru ini sebuah video di lam sosial yang memaparkan aksi pelakon Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa sedang menari.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Ain menerusi sebuah posting di TikTok.
Menerusi video tersebut, Ain sedang mendukung anaknya sambal menari ‘shuffle’ bersama Amirul.
Apa yang lebih mencuit hati peminat, gelagat Amirul membuat tarian ‘shuffle’ tersebut hanya dengan menghentakkan kaki sahaja.
“Aku sambal angkat Soraya pun boleh shuffle. Mirul ni apa entah dia buat,” tulis Ain di ruangan kasyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet terhibur melihat gelagat Amirul menghentak kaki malah ada yang mengatakan dia sedang kawad kaki.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang mempersoalkan ain sepatutnya menggunakan lagu ‘Semut Berkawad’ untuk tarian Amirul.
Video ini meraih lebih 3.6 juta tontonan dan lebih 280,000 tanda suka.
Untuk rekod, Ain Edruce telah mendirikan rumah tangga dengan Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Soraya.
Mendidik anak di zaman ini sememangnya cukup mencabar. Mana lebih tepat, mahu berlembut dengan anak atau tegas tetapi anak memberontak. Payah bukan?
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, elakkan sama sekali Permissive Parenting kerana ia memburukkan keadaan anak. Jom ikuti perkongsian beliau.
Tolong jangan samakan ‘berlembut’ tu dengan Gentle Parenting. Gentle Parenting tak membesarkan manusia yang entitle. Sebab dalam Gentle Parenting masih ada ketegasan. Masih bergantung pada peraturan yang tegas.
Berlembut adalah Permissive Parenting. Terlalu berlembut dengan anak sampaikan takut untuk kecewakan anak. Biarkan anak buat sukati. Tanpa letak sempadan/ kawalan / peraturan.
Ya. Permissive parenting berisiko melahirkan anak yang perangai diva. Serba betul. Narsisistik. Dan rasa diri entitled.
5 kesalahan dalam mendidik anak
Sehingga berisiko melahirkan anak yang entitle.
1. Memberi apa saja yang anak inginkan
Tak salah nak gembirakan anak. Saya pun bagi aje. Takut jugak kalau tak bagi apa dia nak, anak belajar panjang tangan.
Cuma, kita beringat. Kita berpada. Terlalu banyak dapat benda yang diingini, lama-lama anak makin hilang rasa menghargai.
Terlalu memewahkan membuatkan anak melihat dunia dari aspek material semata-mata. Kalau boleh letakkan ini sebagai reward atas kerjasama anak yang baik selama ini. Bukan anak yang letak syarat sampai pandai mengugut kita.
2. Tak ada kawalan/ sempadan/ peraturan
Anak nak buat apa, buatlah. Asal bahagia. Asal tak menangis mengamuk. Itu yang paling utama. Sehingga mak ayah takut nak letak peraturan pada anak.
Anak yang begini pandai memanipulasi mak ayah dengan rajuk dan tangisnya. Tanpa peraturan yang jelas, anak tidak belajar untuk menghormati peraturan. Sampai besar dia rasa dia berhak buat apa saja.
3. Overprotective
Lawnmower parenting adalah antara ciri mak ayah yang overprotective. Terlalu takut anak susah dan gagal. Sampai mak ayah jadi tukang buatkan semua untuk anak-anak.
Kehidupan anak terlalu senang. Hasilnya, anak tak belajar untuk menghadapi cabaran dan belajar bersusah-susah sikit untuk capai sesuatu.
4. Tak diajar tanggungjawab
Anak perlu diajar untuk membantu kerja-kerja rumah. Supaya mereka belajar bekerjasama dan menyumbang tenaga dalam hidup bekeluarga.
Pun begitu, jangan sampai deligate kebanyakan kerja di rumah. Sampai anak hilang kehidupan kanak-kanak dia. Ada beza parentified kids dengan responsible kids.
5. Puji berlebihan untuk usaha anak yang sedikit
Anak akan lihat apa saja yang dibuatnya adalah sesuatu yang betul. Anak tak rasa mereka perlu berusaha. Sebab mereka tak belajar bahawa untuk dapat sesuatu, kita perlu berusaha keras.
Kelima-lima ciri ni sebenarnya adalah ciri-ciri mak ayah Permissive. Penting untuk kita jadi mak ayah yang bijak. Iaitu mak ayah penyayang dan berlembut. Tapi ada sempadan dan peraturan yang jelas.
Ini untuk ingatan saya sebagai ibu yang tak sempurna. Jangan biarkan anak-anak kita membesar dengan rasa entitled tanpa rasa tanggungjawab.
Dengan pendekatan yang seimbang, kita boleh membantu anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan menghargai setiap usaha yang dilakukan.
Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang memberi kasih sayang dengan penuh bijaksana.
Anak-anak ini jika diberi peluang dapat mandi kolam memang seronok tidak terkata.
Pun begitu ketika PKP ini, mana mungkin boleh dibawa anak-anak ke taman tema untuk bermandi manda.
Di sebabkan itu juga seorang ayah ini telah membina kolam mandi seluas 60 kaki persegi di tepi rumah dengan menggunakan bahan-bahan lebihan sektor pembinaan sekali gus tiada sebarang kos digunakan untuk membina kolam renang tersebut.
Jom baca perkongsiannya itu.
KOLAM 60 KAKI PERSEGI DIY ZERO COST
Salam Sahabat semua.. Uncle nak kongsi skit cara buat kolam ni..
Normal Baru sekarang, Uncle dah tak boleh bawa anak-anak bercuti ke sana sini.. Anak-anak lagi tertekan sebenarnya.. Perangai pun dah makin menjadi..
Untuk meredakan keadaan, Uncle kena buat sesuatu yang jimat dan berbaloi untuk gembirakan si anak Uncle ni..
So, projek di mulakan setelah persetujuan semua di buat.. Kena minta izin dulu Mak Mertua selaku tuan tanah..
Kemudian, Uncle rembat plastik biru di banglo belakang rumah yang hampir siap.. Plastik biru ni digunakan dalam pembinaan bangunan.. Uncle x taw nama dia apa.. Tukang2 dalam group ni mungkin lebih arif..
Uncle rembat juga bata di banglo itu.. Dah alang2 rembat kan.. Hehe..
Sebenarnya, banglo tu milik kakak ipar Uncle.. Dah mendapat keizinan sebenarnya sebab barang ni semua lebihan dari projek depa.. So jimat la duit dengan zaman2 la ni kan..
Kemudian, Uncle bersihkan tapak dulu.. Bagi betul2 bersih dari segala batu..
Hamparkan plastik biru tu mengikut saiz tanah dan lantai.. Lipat di bahagian yang hendak di sendal bata..
Masukkan bata.. Susun 3 lapis bata sesuai dengan anak.. Nanti tinggi sangat, lemas plak.. Tetap kena ada pemantauan.. Jangan biaq depa main sorg2 nah..
Dah naik bata, plastik pun dah hampar elok2, masukkan air..
Sendal dinding dengan botol air untuk mengelakkan plastik tadi turun..
Nak elok, kolam ini perlu di sandarkan pada 2 bahagian dinding sekurang2nya.. Baru kukuh..
Dah siap kolam ZERO COST kami..
So sapa2 nak try boleh ja.. Murah dan senang.. Lagi pun anak2 ni cepat jemu.. Dah rendam 3-4 kali dah bosan.. So simpan lah dulu.. Tak bazir ratusan ringgit..
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...