Pada jumaat lalu, sepasang suami isteri berbangsa cina telah melafazkan dua kalimah syahadah selepas selesainya solat Jumaat. Jelas pasangan ini, keputusan tersebut dibuat kerana melihat kedua-dua orang anaknya telah memeluk islam sejak lapan tahun lalu.
Kedua-dua anak mereka, Mitchelle Nur Alya telah memeluk Islam terlebih dahulu pada tahun 2011, kemudian diikuti pula oleh adiknya Vincent Choo sekitar tahun 2013.
Melihat perubahan yang baik pada anak-anak, akhirnya Michael Choo Hock Eng dan isterinya, Verginia Pacolba Gaco Choo memutuskan untuk mengikut jejak langkah tersebut.
Alhamdulillah, esok lengkaplah satu keluarga memeluk Islam. Bermula dengan Mitchelle Nur Alya (setiausaha Alumni PSDK) yang kembali kepada Islam pada 2011, kemudian diikuti pula adiknya Vincent Choopada 2013.
Dan selepas bertahun-tahun melihat kedua-dua anak sendiri mengamalkan Islam dan melihat perubahan yang baik melalui agama yang membawa rahmat itu, akhirnya *Michael Choo Hock Eng* dan *Verginia Pacolba Gaco Choo* bakal ‘dilahirkan’ semula dalam keadaan fitrah. Kedua-duanya bersatu hati untuk mengucap kalimah suci syahadah
Demikian perkongsian menerusi facebook saudara Muhammad Syafiq Azman.
Empat orang ahli keluarga ini lengkap sudah memeluk Islam. Sama-sama kita doakan semuanya agar berjalan lancar, dipermudah urusan dan diberi keteguhan iman serta istiqamah dalam membuka lembaran baharu dalam kehidupan.
Pasangan ini awalnya menentang hasrat anak sulungnya mahu memeluk Islam pada usia 12 tahun. Namun selepas menunjukkan perubahan yang baik, pasangan suami isteri ini kemudiannya memberi kebenaran kepada anak bongsu mereka memeluk Islam pada usia 16 tahun.
“Alhamdulillah, satu famili dah bersatu, syukur sangat. Dan tak mudah untuk satu famili untuk bertemu di jannah. Nak cari mak ayah kat mana. Itu yang saya selalu minta pada Allah, sekarang dah satu familli bersatu dan insyaallah akan datang kita ‘repair’ apa yang mampu.
“Kami sebagai anak-anak menunjukkan teladan yang baik dan itu adalah asbab kepada perubahan ibu bapa kami. Hidayah kepada ibu bapa hadir melalui agam Islam sebagai rahmat untuk semua. namun hidayah ini datang bersama tanggung jawab besar untuk memastikan ibu bapa kami mendapat pendedahan yang baik,” ujar Mitchelle Nur Alya lagi.
Sumber: Alumni PSDK, Muhammad Syafiq Azman, TV Alhijrah.