Tiada angin tiada ribut, peminat seni tanah air dikejutkan dengan berita pernikahan Selamat Kamal Adli & Uqasha Senrose. Pasangan sama cantik sama padan ini sah bergelar suami isteri pada 5 November yang lalu.
Memetik laporan menerusi portal Astro Gempak, Kamal sah bergelar suami kepada Uqasha dengan dua kali lafaz. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin disaksikan jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.
Kamal menyerahkan wang tunai sebanyak RM22.50 sebagai mas kahwin. Pengantin perempuan juga turut menerima tujuh dulang hantaran dibalas tujuh dari pihak pengantin lelaki pula.
Dalam majlis yang diadakan seawal 7.30 pagi itu, beberapa wajah popular turut menjadi saksi upacara pernikahan mereka antaranya adik-beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang.
“Alhamdulillah, kami sudah bernikah akhirnya. Selepas beberapa kali perancangan tertunda kerana situasi semasa pandemik COVID-19, ia akhirnya dipermudahkan.
“Hanya 100 orang saja tetamu yang hadir. Terima kasih juga kepada ahli keluarga kami yang menghormati permintaan kami kerana terikat dengan hak eksklusif Astro untuk perkahwinan ini. Tarikh asyik bertukar, tapi lega lepas satu beban.
“Saya doakan semoga sayang jadi isteri solehah, tahan dengan perangai saya. Sama-sama bina hubungan, jaga bahtera yang kita ini. Bukan mudah untuk sampai tahap ini. Harap kita boleh saling menghargai . I love you.” Ucap Kamal buat isteri kesayangannya.
Sementara itu, Uqasha mendedahkan tiada niat langsung mahu berahsia.
“Dengan prosedur operasi standard (SOP) dan tarikh bertukar tukar, memang stres jadinya. Nak ajak semua (tetamu) pun terbatas. Memang jemputan terhad.
“Terima kasih ambil saya sebagai isteri, saya janji akan dengar cakap, tak melawan dan cuba sedaya upaya untuk tak kurang ajar.” Tulus ucapan Uqasha buat suami tercinta.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
Kamal turut membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.
Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club