Tiada angin tiada ribut, peminat seni tanah air dikejutkan dengan berita pernikahan Selamat Kamal Adli & Uqasha Senrose. Pasangan sama cantik sama padan ini sah bergelar suami isteri pada 5 November yang lalu.
Memetik laporan menerusi portal Astro Gempak, Kamal sah bergelar suami kepada Uqasha dengan dua kali lafaz. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin disaksikan jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.
Kamal menyerahkan wang tunai sebanyak RM22.50 sebagai mas kahwin. Pengantin perempuan juga turut menerima tujuh dulang hantaran dibalas tujuh dari pihak pengantin lelaki pula.
Dalam majlis yang diadakan seawal 7.30 pagi itu, beberapa wajah popular turut menjadi saksi upacara pernikahan mereka antaranya adik-beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang.Pasangan pengantin kelihatan cukup cantik dan segak bergaya mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun.
“Alhamdulillah, kami sudah bernikah akhirnya. Selepas beberapa kali perancangan tertunda kerana situasi semasa pandemik COVID-19, ia akhirnya dipermudahkan.
“Hanya 100 orang saja tetamu yang hadir. Terima kasih juga kepada ahli keluarga kami yang menghormati permintaan kami kerana terikat dengan hak eksklusif Astro untuk perkahwinan ini. Tarikh asyik bertukar, tapi lega lepas satu beban.
“Saya doakan semoga sayang jadi isteri solehah, tahan dengan perangai saya. Sama-sama bina hubungan, jaga bahtera yang kita ini. Bukan mudah untuk sampai tahap ini. Harap kita boleh saling menghargai . I love you.” Ucap Kamal buat isteri kesayangannya.
Ads
Sementara itu, Uqasha mendedahkan tiada niat langsung mahu berahsia.
“Dengan prosedur operasi standard (SOP) dan tarikh bertukar tukar, memang stres jadinya. Nak ajak semua (tetamu) pun terbatas. Memang jemputan terhad.
“Terima kasih ambil saya sebagai isteri, saya janji akan dengar cakap, tak melawan dan cuba sedaya upaya untuk tak kurang ajar.” Tulus ucapan Uqasha buat suami tercinta.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
Kamal turut membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.
Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.
Pengorbanan seorang ibu membesarkan anak-anak bukanlah semudah yang dilihat pada pandangan mata kasar. Lebih-lebih lagi, anak-anak ramai dan kehidupan serba sederhana. Namun, kalau sudah namanya ibu apa sahaja sanggup dilakukan.
Bila anak-anak sudah besar, jelas terpancar kegembiraan dan bahagia seorang ibu. Dapat menghabiskan masa dengan anak-anak dan kehadiran cucu menceriakan lagi suasana.
Bagi anak-anak tiada yang lebih bermakna dari membalas jasa dan pengorbanan ibu mereka. Setiap masa doa dipohonkan supaya ibu sentiasa dalam keadaan sihat .
Bagi pelakon cantik manis Rozita Che Wan, dia bersyukur kerana ibu kesayangannya dikurniakan tubuh badan yang sihat walaupun sudah berusia 67 tahun.
Rozita atau mesra dipanggil Che Ta meluahkan rasa dalam satu perkongsian sempena ulang tahun kelahiran ibunya baru-baru ini. “Selamat hari jadi buat ibu saya yang cantik. 67 tahun, 7 orang anak, 21 cucu. Tapi mak masih sihat, kuat dan bertenaga,” tulisnya.
Sebelum ini tular isteri kepada pelakon, Harris Annuar yang juga pelakon, Asha Merican sepanjang kehamilannya mengidam macam-macam termasuklah gemar dengan bau simen di dinding.
Hari ini, Harris memuat naik bahawa isterinya telah selamat melahirkan anak sulung mereka pada malam semalam di laman Instagram miliknya. Cahaya mata perempuannya itu dilahirkan pada 11.51 malam tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Perlis.
Pada hantaran tersebut, Harris turut berkongsi nama puterinya itu kepada umum iaitu Aura Medina binti Mohd Harris.
Malah, Harris sempat bergurau dengan menyatakan anaknya itu merupakan baby lato-lato Asha kerana sebelum ini mengidam bermain lato-lato ketika sedang hamil.
“11.51PM, 26/3/23, 5 Ramadan. Alhamdulillah Ya Allah, Assalamualaikum wahai anakku Aura Medina binti Mohd Harris. 2.76KG Baby lato lato @ashamerican,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Malah, Harris dan Asha juga telah membuka akaun Instagram untuk puteri sulungnya itu dengan nama @aura.medina.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kelahiran puteri sulung mereka.
Sumber : Instagram @harrisannuar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang mengikuti pelakon jelita, Emma Maembong, mesti tahu bahawa sekarang ini dia sekeluarga sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci.
Semalam, di samping berkongsi gambar-gambar sesama di sana, Pelakon Emma ada berkongsi di bahagian kapsyen tentang kisah doanya pada tahun 2019 yang diangkat satu per satu mengikut permintaan diri.
Menerusi hantarannya di laman Instagram, Emma menyatakan bahawa dia memohon doa agar dipercepatkan jodoh pada tahun 2019 di hadapan Kaabah dan doanya diangkat pada tahun seterusnya.
Malah, sekali lagi, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Binti Ismail dijemput ke Mekah untuk menunaikan ibadah bersama suami, Muhammad Shazli Azhar dan anaknya, Shariq Gabriel.
Susulan daripada itu, pelakon tersebut meluahkan rasa syukur kerana doanya didengari dan dimakbulkan mengikut kemahuannya.
“2019 Emma berdoa depan kaabah untuk percepatkan jodoh , doa Emma nak kawin next year tu jugak, dan setahun kemudian 2020 alhamdulillah Allah makbulkan doa Emma, Emma kawin dan telah di kurnia kan anak dalam tahun yang sama seperti apa yg Emma doa kan.
“Dan tahun ni emma diberikan rezeki utk dtg balik ke kaabah bersama suami @shazli.a dan anak @shariqgabriel , Ya Tuhan Sekalian Alam, Tuhan Maha Mendengar Lagi Berkuasa, terima kasih kerana mengkabulkan doa ku, syukur ya rabb ❤️😭” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitip doa yang baik-baik untuk Emma dan sekaligus berharap agar Emma dan adik beradik yang lain kekal menutup aurat.
Sumber: Instagram @emma_maembongofficial
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...