Dalam keletihan mengurus anak-anak dan urusan rumahtangga, ada nilai yang sangat mahal dan takkan mampu dimiliki dengan wang ringgit.
Segala pengorbanan dan penat lelah wanita bergelar suri rumah berbayar bila melihat wajah-wajah kesayangan gembira. Lebih bahagia apabila pasangan menghargai selain mendapat bonus pahala dari Nya.
Tak kurang wanita yang bekerjaya, biar sibuk dengan urusan kerja namun tanggung jawab dan status sebagai isteri dan ibu tidak diabaikan. Pulang dari kerja, lengan baju diselingsing untuk menguruskan keperluan suami dan anak-anak biar penat hanya Tuhan yang tahu.
Perkongsian dari pelakon dan juga bekas penyanyi kumpulan Elite ini cukup menarik perhatian. Azza Elite atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari menerusi laman instagramnya menyatakan kekaguman terhadap pengorbanan ibu menyusu, wanita bekerjaya, suri rumah.
semenjak my husband bekerja saya juga part time go shop host ,team parodi meletop ada meniaga sendiri jual bedak sejuk,jual makeupbase jual #eudrasirehbyazzaelite jual blause azza elite.
seminggu yg lalu saya take over sepenuh masa s suri rumah.. sb keje blm start.. tanpa bantuan sesiapa saya jaga sendiri didam #ustazadam hehe mencabar sgt.
Huru hara 1st day???nk memerut pun x da dah masa me time dlm tandas?klako?m proudly saying m a housewives.. agh gitchiuu ??tp apa yg saya blajar..
kerja rumah ialah ibadah.Mudahnya mengutip pahala dirumah.
Membasuh dan menyidai kain baju suami supaya ianya bersih dan boleh digunakan untuk solat dan berkerja. lbadah yang mulia tak terkira.
lstimewa bergelar Muslim bilamana segalanya dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim,
dapat pahala dengan senang dengan cara menyenangkan orang.
Indah! masak kan makanan untuk family .. pahala besaq.. . Salam hormat saya buat semua ibu menyusu, wanita bekerjaya, suri rumah yang saya kagumi.
Mereka juga perlu me time.. trust me..
Tahniah suri rumah!
“Sebab tu jugak saya buat bisnes review dapat lah bantu pendapatan dari rumah ..insyaAllah Allah akan hantar rezeki dengan tidak kita sangka sangka .. jangan perlekeh suri rumah.. sayangku! nampak macam boleh curi rehat. Tidak ya.. masa anak ko tido masa tu la ko nak cuci baju,cuci kain dan masak bila baby bangun masa tu ko kena main dengan mereka pulakk?hehehe.
“Yang paling tak xley bla masa nk membuang takda lagi ketenangan??kecuali mereka tido.. hik hik tp i do enjoy every second of my life rite now.. gile doe!! tapi happy bila tengok ur baby dah kenal org dan nk ikut ko je ???sebab dia tau mak dia yg huru hara ni duk suap susu suap mkn basuh berak main dgn dia calm down kan dia bila dia teghiakkkk
gambo didam nk jln jln kt seming pool 2 minit ja lepas tu ngantukkk??u know la bila baby u ngantuk mengamuk la chuols.. hik hik hik #kisahustazadam #didam
Perkongsian Azza ini mendapat komen dari netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan tersebut. Tak kurang ada yang berkongsi pengalaman sendiri dalam menguruskan rumah tangga.
Kerja bukan 1 tapi semua kerja rumah
Nikmat jika kita menghargai
Penat tapi bahagia
Sumber: IG azzazawari