Hampir setiap kali apabila orang bertanya kepada saya, apakah cara terbaik untuk mengekalkan semangat dan motivasi untuk menyimpan emas, saya akan beri jawapan yang sama.
Menyimpanlah emas ala Pandora. Ini saya kongsikan buktinya. Pada bulan Jun yang lalu, saya mula berjinak-jinak dengan idea mengumpul emas. Sudah tentunya saya dipengaruhi oleh isteri saya pada waktu itu. ilmu memujuk dia memang hebat. Korang kena belajar dari dia.
Tetapi, sejujurnya saya selalu memandang sesuatu dari pelbagai sudut dan ada dua sudut utama dalam mengumpul emas iaitu memberi kegembiraan serta kebahagiaan dan menyimpan duit yang ada supaya tidak digunakan.
Kenapa? Kerana seperti yang kita sedia maklum, sewaktu COVID-19 mula melanda, hampir kesemua dari kita mendapat manfaat dari Moratorium. Selain dari membeli barang keperluan pada waktu itu, saya terfikir apakah benda lain yang saya boleh buat untuk menyediakan diri dan keluarga apabila moratorium tamat nanti?
Jika saya simpan di dalam bank, hampir pasti ia akan digunakan. Masa duit tiada, keperluan untuk membeli peti ais baru seperti tidak terdetik langsung. Tetapi apabila apa duit, tiba-tiba ianya menjadi satu perkara yang “perlu” (walaupun sebenarnya tidak).
Faham kan maksud saya? Apa yang kita rasa ok sebelum ini akan rasa tidak cukup dan boleh tambah atau tukar apabila ada sedikit duit.
Di sini datangnya orang putih kata “perfect timing” dalam kebijaksanaan si isteri. “Kenapa tidak beli emas?” Soalan itu berlegar dalam kepala saya sambil dihidangkan jenis-jenis emas yang panas pada waktu itu.
Ada beberapa jenis sahaja yang saya dan isteri berkenan. Tetapi ada satu jenis emas yang saya nampak sangat berpotensi untuk jangka masa panjang. Kita bukan hanya nak menyimpan pada waktu moratorium sahaja, saya pandang lebih jauh lagi supaya ianya menjadi satu kebiasaan untuk menyimpan emas.
Saya dapat semua itu dengan emas rekaan ala Pandora ini. Perkara yang paling mudah yang membuatkan saya sangat tertarik ialah dari segi cara kita menambah emas itu. Tak perlu banyak terus. Selama ini kita fikir, emas = berat = mahal. Bila sebut emas, kita terbayangkan kilauan emas yang berat-berat.
Ads
Tetapi tidak dengan rekaan ala Pandora ini. Kita boleh tambah sebiji-sebiji dan beratnya tidak melampau iaitu sekitar 1 hingga 3 atau 4 gram sahaja. Ada juga yang di bawah 1 gram. Nampak tak apa yang saya nampak?
1 gram = RM270 la katakan. Selalunya beads atau dangle ini ada upah kerana saiznya yang kecil dan margin dia tidak besar serta ditambah dengan rekaan yang halus. Kalau upah pun hanya RM35 sebiji kalau di Gull Jewellery, jumlah ialah RM305.
1 bulan 1 biji = RM305
2 bulan 1 biji = RM152.50
Angka ni nampak boleh capai kan? Inilah yang saya fikirkan selepas ini. Kalau tak dapat sebulan sebiji, dua bulan sebiji pun tak mengapa. Dalam setahun saya akan ada paling kurang pun 6 gram tambahan.
Dan di gambar yang saya kongsikan ini ialah bukti bagaimana rekaan barang kemas ala Pandora ini memberi motivasi kepada kami untuk menyimpan duit dan membeli emas.
Ads
Yang dahulunya bermula dengan seketul dangle Paris seberat hanya 1.09 gram (gambar pertama), sekarang dia sudah ada ramai kawan dan yang paling saya suka ialah Loket Love Demuk tu. Memang menjadi penambah seri pada koleksi Pandora.
Love Demuk itu ialah sebiji loket dan sebenarnya bukan dicipta sebagai dangle untuk Pandora, tetapi walaubagaimanapun, ianya boleh digunakan di mana-mana rantai tangan yang sesuai termasuklah rantai tangan Pandora untuk menyerlahkan lagi rantai tangan tu.
Jujur saya katakan yang ianya “rare’ iaitu agak susah untuk dijumpai. Kalau ada pun, orang itu pasti takkan jual. Cuma perlu hati-hati kerana ia mudah calar disebabkan permukaannya yang besar.
Tidak kira anda suka jenis yang mana, ada yang suka ada warna dan ada batu. Ada juga yang sukakan full gold dan chrome seperti isteri saya. Asalkan ala Pandora, anda akan terus bermotivasi.
Itu sahaja sedikit sebanyak perkongsian mengenai emas kali ini. Selalunya orang berkongsi apabila Pandora tu dah penuh, tapi saya kongsikan perjalanan untuk sampai jadi penuh itu. Memang jauh lagi perjalanan ini tetapi yang penting, kami telah mulakan langkah pertama.
Ads
Langkah yang saya maksudkan ialah dengan membuang mentaliti yang emas ini hanyalah kegilaan wanita untuk berhias semata-mata. Apabila kita dapat tukar mentaliti sebegitu, kita akan nampak yang emas ialah satu pelaburan yang sangat baik.
Itu sebabnya saya adakan #CabaranRM3 dengan menyimpan RM3 setiap hari sehingga 180 hari. Cabaran ini sudah masuk hari yang ke 97. Kepada sesiapa yang mengikuti cabaran ini sepatutnya sudah mempunyai sekurang-kurangnya RM291 di dalam tabungan masing-masing.
Sebelum saya terlupa, apabila ingin bermula beli emas ala Pandora, pastikan saiz rantai tangan ditambah 2cm untuk memberi ruang kepada beads dan dangles yang akan ditambah nanti.
Semoga dapat mencelikkan mata dan mendetikkan sesuatu. Kongsikan jika anda rasa penulisan ini memberi inspirasi.
Jom belanja gambar Pandora Emas yang anda miliki untuk memberi semangat kepada yang lain.
Jemput follow saya Akhtar Syamir dan isteri Nora Azni. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan, emas dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wargamaya Titip Doa, Maya Karim Hampir Lemas, Terpaksa Sedut Oksigen.
Rupanya bergelar pelakon ini bukan suatu yang mudah. Tambahan pula terpaksa melakukan babak di kawasan yang bahaya hingga boleh menjejaskan keselamatan diri.
Setiap babak yang dirasakan bahaya, kebiasaan production penggambaran akan menyediakan anggota perubatan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak dingini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Siapa sangka, kejadian yang tidak dingini berlaku kepada aktres terkenal, Maya Karim apabila mengalami serangan anxiety secara tiba-tiba di lokasi pengambaran filem Telaga Suriram.
Menerusi hantaran di Instagramnya Maya kelihatan sedang dirawat oleh unit perubatan yang memberikan bantuan oksigen kepadanya.
“Dan kebimbangan melanda saya lagi malam tadi semasa merakam adegan bawah air.”
“Saya terpaksa berehat seketika pada pukul 3 pagi dan mengambil oksigen tambahan.”
“Nasib baik ada medic on set. Itu yang pelik, bukanye saya tak boleh berenang, ataupun tak biasa dengan air.”
AKUI TERLALU PENAT
Pelakon cantik yang berusia 43 tahun ini juga mengakui kejadian yang menimpanya barangkali disebabkan dirinya keletihan akibat kesibukan dengan kerja.
“Rasa-rasanye antara punca semalam adalah terlalu penat akibat perjalanan kerja yang sibuk di Singapura dan terus ke set untuk penggambaran malam di dalam air.”
“Badan dan minda saya keletihan dan otak saya masuk ke zon beku. Otak macam jem gila bila nak selam, tahan nafas dan berlakon tengah2 malam. Saya tidak boleh bernafas!”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata menitipkan doa buat Maya Karin. Malah rakan artis turut menasihatinya menjaga kesihatan diri.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k
Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bulan lalu, banyak sekolah yang meraikan hari istimewa ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik termasuklah tema kerjaya.
Pada hari tersebut, anak-anak bebas untuk memilih kerjaya yang mereka sukai dan harus memakai pakaian mengikut tema tersebut. Ada yang memilih kerjaya sendiri, malah ada yang menjadikan kerjaya ibu ayah mereka sebagai inspirasi.
Sama seperti anak ini yang memilih untuk menjadikan kerjaya ayahnya sebagai tema kerjaya pilihannya.
Perkara ini dikongsikan oleh ayahnya sendiri, Mohd Anuar di laman Tiktok miliknya yang dari awal menyuruh si anak untuk memilih pakaian seragam atau kerjaya lain, tetapi anaknya tetap berkeras mahu menyarungkan ‘pakaian seragam’ bapanya untuk diperagakan.
“Hari kanak-kanak sedunia. Tema kerjaya.
“Aku suruh dia cari baju lain, dia pilih baju kerjaya ayah juga,” tulisnya di ruanga kapsyen perkongsian tersebut.
Jika diteliti pada ‘kostum kerjaya’ yang dipakai, bapanya merupakan kakitangan di sebuah majlis perbandaran di Perak.
Malah, anaknya juga turut mengatakan bahawa kerjaya ayahnya ini sumber kepada rezeki mereka sekarang.
“Alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal….” tambahnya yang memuat naik beberapa foto anaknya yang lengkap berpakaian sama seperti dirinya ketika bertugas.
Meninjau di ruangan komen, ramai memuji cara didikan si ayah yang berjaya mendidik anak yang baik pekerti seperti ini. Tak kurang juga pujian yang diberikan kepada si anak kerana tidak memandang kerjaya.
Teruja menanti kehadiran insan baharu sebagai penyeri rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu, pasangan ini teruja bakal menimang cahaya mata perempuan. Pengumuman berkenaan jantina anak Amar Baharin dan Amyra Rosli dibuat semalam oleh pasangan ini dalam satu majlis ‘Baby Shower. Dalam majlis tersebut, Amar mengakui terkejut kerana menyangka akan menerima anak lelaki. Menurutnya lagi, Amyra terlebih dahulu mengetahui jantina anak mereka. Manakala dia memilih untuk menanti sehingga majlis ‘baby shower’ untuk mengetahui jantina anaknya.
"Saya betul-betul terkejut sebab ingatkan bakal timang anak lelaki tapi rupanya Amyra sengaja nak buat kejutan.
"Selama ini saya teman Amyra ke kedai buku dia selalu beli buku mengenai lelaki.
"Malah kalau ke klinik untuk membuat pemeriksaan pun dia tak bagi saya teman untuk masuk ke dalam bilik untuk berjumpa doktor.
"Jujur saya gembira dengan pengumuman ini kerana saya bakal menerima cahaya mata perempuan dan cukup la sepasang dalam keluarga kami," katanya lagi.
Sementara itu, Amyra memohon doa agar segala proses berjalan dengan lancar dan selamat.
"Anak pun masih dalam kandungan lagi dan dijangka lahir pada Februari tahun depan.
"Tolong doakan semoga urusan bersalin saya dipermudahkan," katanya lagi.
Terdahulu, sempena ulang tahun Amar yang ke-34 Ogos lalu, Amyra membuat kejutan terindah apabila dia mengumumkan berita kehamilannya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...