Baru-baru ini tular berita seorang wanita yang kerugian RM4,200 gara-gara diperdaya Scammer kononnya seorang ‘menteri’ yang dikenali melalui laman sosial Facebook, awal bulan ini.
Mangsa yang bekerja sebagai guru tadika itu juga dijanjikan hadiah wang tunai RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce sekiranya bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu.
Berkongsi pandangan mengenai kes tersebut, Tengku Zafrul terkejut apabila ada pihak menabur janji manis dan yang mengaku sebagai ‘Menteri Kewangan’.
Beliau turut menasihatkan agar wanita tidak mudah terpedaya dengan janji manis orang yang tak dikenali.
“Saya terkejut bila baca ada wanita terpedaya dengan janji-janji manis scammer yang mengaku Menteri Kewangan sehingga menyerahkan wang sebanyak RM4,200.”⠀
“Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana. Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan. Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali.”ujarnya.⠀
Ayah kepada empat orang cahaya mata ini dengan nada lucu namun tegas menjelaskan dirinya tidak berminat untuk berkahwin lain. Bahkan tak perlu sama sekali menerima ‘tawaran cinta’ wanita lain untuk menjadi ‘isterinya’.
“Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2.” ⠀
Ads
“Pesanan ini juga khas untuk isteri saya,” ujar beliau.
Sekadar rekod, , Tengku Zafrul mendirikan rumah tangga bersama dengan Datin Sri Johanna, yang juga seorang kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan.
Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, pasangan ini juga dikurniakan empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.⠀
Lazimnya apabila semakin dekat Aidiliftri pelbagai persiapan bakal diadakan untuk meraikan kegembiraan bersama keluarga.
Pastinya sejumlah peruntukkan kewangan diperlukan untuk membuat persiapan termasuk membeli baju raya, kuih muih dan juadah hari raya.
Namun, akibat masalah kewangan, ramai yang menghadkan perbelanjaan. Menyedari akan hal ini, kerajaan telah mengumumkan khabar gembira semalam menerusi kenyataan media Pejabat Perdana Menteri bertarikh 22 April 2021 iaitu Bantuan Khas Kewangan Aidiliftri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah. Manakala golongan pesara juga menerima sejumlah RM250.00.
Bantuan khas ini akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara. Manakala, turut menerima ‘duit raya’ itu termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Perdana Menteri dalam kenyataan rasminya memaklumkan pemberian ini menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam.
“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini,” kata Muhyiddin dalam kenyataan rasminya.
PEMBAYARAN BANTUAN PADA BULAN MEI
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei ini.
Katanya lagi, pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.
“Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika ingin dingat-ingat, bila ye kali terkahir anda menghadiri majlis perkahwinan? Mungkin ada antaranya sudah setahun lebih tidak menerima undangan dek kerana SOP larangan mengadakan majlis perkahwinan bagi menyekat penularan Covid-19.
Sungguh lama rasanya bukan? Jadi tidak hairanlah hingga ada yang berasa teringin hendak merasai keenakan nasi kenduri.
Kalaulah dapat makan nasi minyak bergandingan pula dengan menu daging masak hitam, ayam masak merah, dalca dan acar. Kemudian ada pula air sirap ros sunquick yang sejuk sebagai pelengkap set hidangan di meja makan. Memang puas hatilah menu lauk kenduri kita. dapat makan di rumah sendiri, boleh makan bertambah ikut suka hati!
Oleh itu, apa kata hari ini anda sediakan sendiri menu istimewa nasi dan lauk pauk kenduri untuk dihidang kepada seisi keluarga. Menyediakan sendiri pastinya lebih puas hati, selain dapat tunaikan keinginan bolehlah juga kita anak beranak makan bertambah.
Resipi lengkapnya bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Nik Hanani ini.
Resipi Nasi Orang Kahwin
Daging masak hitam
Bahan-bahan:
– Daging 1 kilo
– 10 biji bawang merah + 3 biji bawang putih + 1 inci halia (blend)
– 2 batang serai (hiris)
– 4 sekawan
– lada hitam (tumbuk)
– jintan manis + jintan putih (tumbuk)
– kicap cair
– kicap pekat (yang saya buat ni tak letak sebab takde kicap pekat..tapi rasa tetap sama
– lada kering (blend)
Cara-cara:
– perap daging dengan kicap cair dan kicap pekat (kalau ada) serta lada kering. Perap 1 – 2 jam
– tumis bahan blend
– masuk 4 sekawan, serai,jintan manis, jintan putih, lada hitam. Tumis hingga pecah minyak
– masuk perapan daging. Tambah kicap cair + tambah sedikit air.
– masuk garam, gula, asam keping
– masak sehingga daging jadi lembut & kuah jadi pekat
Dalca
– rebus kacang dal hingga empuk
-potong terung, kacang panjang, carot, ubi kentang
– 10 biji bwg merah + 3 biji bwg putih + 1 inci halia (blend)
– 1 biji bwg merah besar hiris
– 1/2 inci halia hiris
– 4 sekawan
– daun kari (kalau ada)
– rempah kari daging (sy guna babas)
– santan
Cara-cara :
– Tumis bahan blend + bwg merah (hiris) + halia (hiris) + 4 sekawan + daun kari hingga naik bau..nak nampak kuah cantik, guna minyak lebih sikit masa menumis.
– masuk rempah kari + semangkuk air..tumis sehingga pecah minyak
– masuk santan..masak sehingga kuah menggelegak
– masuk carrot, kacang panjang, ubi kentang , terung
– masuk garam + gula + asam keping
– masuk kacang dal
– dah masak tutup api
Ayam masak merah
– ayam (letak kunyit garam goreng)
– 10 biji bwg merah +3 biji bwg putih + 1 inci halia (blend)
– bwg merah hiris
– lada kering (blend)
– sos cili
– sos tiram
– kicap
Cara-cara:
– tumis bahan blend + bwg merah hiris
– masuk lada kering..tumis hingga naik minyak
– masuk kicap + sos cili + sos tiram
– garam + gula
– masuk ayam & gaul
Nasi minyak
Bahan-bahan:
– 3 cawan beras basmati panjang (rendam 15 minit
– 6 biji bawang merah (hiris) + 3 biji bawang putih (hiris) + halia (hiris)
– 4 sekawan
– 2 sudu besar minyak sapi + 2 sudu besar minyak masak
– 1/2 cawan susu cair
– 3 cawan air biasa
– daun ketumbar
– kiub pati ayam
– kismis
– badam
Cara-cara
– tumis bawang merah, bawang putih, halia, 4 sekawan dengan minyak sapi
– masuk badam dan kismis
– tuang bahan tumis ke dalam beras yang di toskan
– masuk 3 cawan air + 1/2 cawan susu cair
– masuk 1 kiub pati ayam + sedikit garam
(nasik tak nak pecah, jgn kerap kacau)
– masak nasi macam biasa
– dah separuh masak masuk daun ketumbar
– dah masak nasi boleh tabur daun bawang
Acar
– timun barang (buang tengah potong panjang)
– carrot (potong panjang)
– bawang merah (hiris)
– cili merah/hijau besar (potong bulat)
– cuka
– garam gula
Cara-cara:
– gaul sebati semua bahan kat atas
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Tiada orang yang mampu berikan kasih sayang seiklas ibu yang mengandungkan kita dari dalam alam rahim hinggalah dewasa. Tanpa mereka, siapalah kita. Kan?
Baru-baru ini, ada seorang pengguna di laman Facebook berkongsi momen menyentuh hati apabila didatangi seorang wanita cina dan meminta izin untuk memeluk ibunya.
Menurut Anis, dia yang sedang menikmati makanan tengah hari bersama kedua ibu bapanya itu telah didekati oleh seorang wanita berbangsa Cina. Pada mulanya, dia seperti teragak-agak untuk bertanya sekiranya boleh memeluk ibunya.
“Wanita ini datang kepada ibu saya, meminta untuk dipeluk dan kemudian menangis. Ketika waktu makan tengah hari dengan keluarga saya di Sri Karak, PJ New Town. Ibu sedang menikmati makan tengah harinya sambil kami semua memesan hidangan kegemarannya (baca: kari kepala ikan).
Wanita itu datang kepadanya: “Mak cik, saya sangat seronok melihat awak makan. Anda sangat seronok, ah
Ibu: “Ya, ya. Makanannya sedap. Sebab itu saya suka.” (Tersenyum)
Puan: “Baik, bagus. Makcik. Maaf. (terkedu) Boleh saya peluk awak?”
Ibu: (terkejut tetapi kembali okay) “Sure, sure.”
Wanita itu peluk ibu dan mula menangis. Rupanya dia teringat pada ibunya yang kini tidak mampu untuk makan sendiri dan hanya makan melalui tiub sahaja.
“Ibu saya berumur 93 tahun. Dia tidak boleh makan. Hanya makan melalui tiub. Sebab itu saya seronok melihat awak menikmati makanan dan makan awak. Saya teringat ibu saya.” katanya.
“Tangisannya berterusan. Ibu memeluknya erat.” tulis Anis Ramli di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata yang membaca kisah itu meluahkan rasa sebak dan sedih dengan wanita yang berbangsa Cina itu. Mereka mendoakan agar ibunya sentiasa diberikan kesihatan yang baik.