“Selagi ada kudrat, saya ikhtiar meneruskan kelangsungan hidup.” Demikian ungkapan dari wanita dan juga penyanyi terkenal era 80-an, Zaiton Sameon.
Pelantun lagu Menaruh Harapan ini mengakui, nasib dunia seninya tidak seaktif dan rezeki tak sekencang dulu termasuk ketidaktentuan ujian pandemik COVID-19.
Begitu pun, dia tidak mahu mengalah. Seperti mana orang lain yang bergelut mencari rezeki, Zaiton Sameon juga rancak mempromosikan jualan rendang air tangannya sendiri.
Bisnes rendang tersebut sudah diusahakan sekitar tiga tahun lalu. Namun ia terbantut seketika sebelum ini kerana beberapa situasi terduga termasuk keadaan terbatas di era pandemik.
Ulasnya lagi, apabila sektor ekonomi kembali beroperasi dan dibuka oleh kerajaan, dia enggan berlengah dan kembali meneruskan bisnes menjual Rendang Nasib Zaiton Sameon.
“Alhamdulillah, saya pun tak boleh terus berpeluk tubuh. Duit simpanan yang ada pun bukan semakin menggunung.
“Selagi ada kudrat, saya ikhtiar meneruskan kelangsungan hidup. Syukur juga permintaan rendang pun meningkat sebab ramai sudah keluar meneruskan rutin kerja atau harian sekalipun akur tetap kena patuh dengan prosedur operasi standard,” katanya yang tinggal bersama anak angkat bernama Ika.
Katanya lagi, rendang itu sudah menjadi air tangannya sejak sekian lama.
“Kalau ada yang tanya bagaimana rasanya, saya akan beri jaminan ia sedap seperti lagu Menaruh Harapan yang melonjakkan nama ini suatu ketika dulu.
“Nak buatnya bukan mudah. Proses nak kacau rendang pun makan masa lebih enam jam.
“Proses pembuatan dan menyediakannya dilakukan di rumah adik angkat saya di Kapar, Klang,” katanya.
Ads
Kata Zaiton lagi, perkataan nasib yang digunakan pada rendang jualannya bukanlah bermaksud yang seolah olah meratap hiba.
“Perkataan nasib itu sangat subjektif. Macam hidup dan nasib saya ketika ini, mungkin ia suratan dan kitaran yang harus dilalui.
“Tak mewah macam dulu, tapi tetap rasa bahagia apa adanya,” katanya.
Dalam masa sama, Zaiton juga tidak berkecil hati apabila ada cakap-cakap belakang mengatakan dia sudah tiada tawaran nyanyian.
“Ada yang mengata saya sudah tidak laku lagi selepas berniaga rendang di media sosial.
“Namun, saya langsung tak berkecil hati atau marah kerana setiap orang mempunyai pandangan masing-masing.
“Berkaitan tawaran nyanyian, semua pun tahu sejak Perintah Kawalan Pergerakan hinggalah ke fasa Pelan Pemulihan Negara, majlis atau acara berkaitan nyanyian tak dibenarkan. Jadi, secara tak langsung memang tiada tawaran.
Ads
“Apa-apa pun saya bersyukur, bisnes rendang saya tetap mendapat permintaan. Walaupun hasilnya tidaklah semewah bayaran undangan nyanyian, namun saya bersyukur masih dikurniakan rezeki dalam bidang lain,” jelasnya lagi.
Boleh layari laman Instagram @real_zaiton_sameon untuk pembelian.
Anak kepada pasangan selebriti Neelofa dan Pu Haris ini, Bilal ada sahaja yang menjadi perhatian.
Wajah Bilal ini memang pandang tak jemu. Lebih-lebih lagi gelagat Bilal ini ada sahaja yang mencuit hati. Paling geram bila lihat badannya yang ‘sado’. Buat orang geram melihatnya kecomelannya.
Selepas aksinya sewaktu majlis sambutan ulang tahun yang pertama menjadi perhatian, kini satu lagi gelagatnya yang sedang menggosok gigi sambil baring mencuri hati.
Bilal boleh disifatkan sebagai bayi yang bijak kerana sudah pandai berjalan walaupun usianya belum menjejak setahun dan boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti memanjat dan sebagainya yang mungkin masih tidak boleh dilakukan oleh bayi seusianya.
Cara Bilal mengimbang badan agar tidak terjatuh memang sangat bijak.
Ada juga yang memberi andaian bahawa kemungkinan proses pembelajaran yang dijalani oleh Bilal adalah sesuatu yang bagus kerana melihatkan barangan mainan miliknya sewaktu ibunya, Neelofa membuat live suatu ketika dulu.
Terbaharu, tular sebuah video telah dimuatnaik di aplikasi Tik Tok menunjukkan Bilal sudah pandai menggosok gigi sendiri.
Walaupun bukan lah sempurna seperti kanak- kanak yang lebih dewasa tetapi Bilal boleh dianggap pandai melakukannya bagi kanak-kanak seusianya.
“Dah la comel, cerdik pulak tu. Memang bagus ajaran Neelofa sejak kecil lagi mengajar Bilal berdikari.” – Netizen
Sejak beberapa bulan yang lalu, terdengar desas-desus mengatakan yang Bilal bakal menjadi ‘Abang’ apabila melihat perubahan penampilan Neelofa seperti wanita mengandung.
Tahniah diucapkan jika perkhabaran ini benar.
“Dah nak jadi abang, kenalah pandai gosok gigi sendiri.” komen salah seorang netizen.
Melalui perkongsian daripada Encik Rusyaidi ini diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak info buat kita sebagai ibu. Sekiranya terjadi anak kita terkunci di dalam bilik, tidaklah kita terus panik kerana kita sudah ada ilmu untuk membuka pintu tersebut walaupun kuncinya hilang entah ke mana.
Ayuh kita hadam sama-sama teknik dan skil untuk lakukan sesi menyelamat ini. Jom semak!
Tombol pintu sentiasa terkunci?
Pernahkah anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu “tersekat” di dalam, dan perlu sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walaupun sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.
Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol pintu ada 2 settings:
1. Keadaan sentiasa kunci, dan
2. Keadaan Normal.
Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkan punat kunci. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.
Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.
Kadang2, sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu berada dalam keadaan sentiasa kunci.
Kalau info ini bermanfaat untuk anda, sila kongsikan. Harap maklumat ini tidak disalahguna.
Bagi pelayar Instagram, pasti kenal dengan si cilik bernama Fatimah ini. Tagline ‘Jangan panggil Timoh, kalau panggil Timoh, panggil Fatimah semula’ cukup sinonim dengan Fatimah.
Walaupun tinggal di UK, namun si kecil ini cukup pekat dengan loghat negeri Kelantan.
Setiap video yang dikongsi di laman Instagram milik keluarga ini pasti mendapat perhatian ramai. Tidak hairanlah mereka cukup dikenali oleh orang Malaysia.
Terbaru posting berkenaan abang kepada Fatimah, Mukhtar yang berjaya menjadi salah seorang pelajar di sekolah terkenal dunia, King Edward’s School, Birmingham.
Bukan mudah nak tempatkan diri dan belajar di situ. Memang bertuah dan cukup hebat Mukhtar ni. Siap dapat tajaan biasiswa penuh tu. Bukan calang-calang orang ni!
Dalam usia 10 tahun Mukhtar sudah berangan untuk belajar ke sini dan seterusnya ke Universiti Oxford. Paling membanggakan dia antara yang mendapat tajaan penuh biasiswa di kalangan 125 orang pelajar sahaja. Memang hebat sungguh!
Hari yang paling dinanti-nantikan akhirnya tiba. Saya secara rasmi berjaya menjadi pelajar lelaki di King Edward! Saya sangat merendah diri dan teruja dengan perkara ini! Terima kasih Allah kerana makbulkan impian saya! Terima kasih Mak, Ayah dan seluruh keluarga kerana berada di sisi saya di hari bersejarah ini. Saya harap saya boleh buat korang terus bangga dengan saya!
Buat pengetahuan semua, Sekolah King Edward didirikan oleh King Edward VI pada tahun 1552 dan merupakan salah satu sekolah lelaki paling berjaya di negara ini. Sehingga tahun 1936 sekolah ini berada di New Street, Birmingham tetapi kemudiannya berpindah ke tapak lain yang kini 50 ekar lebih luas di Edgbaston. Kalau diikutkan sekolah ini lebih sudah melebihi 500 tahun.
Sekolah ini antara yang terbaik kerana prestasi akademik sekolah menempatkannya di antara yang terbaik di negara ini: 68% mendapat straight A’ s di GCSE pada 2015 dan 18 kanak-kanak lelaki ke Oxford dan Cambridge. Sekolah King Edward berpindah ke IB Diploma pada tahun 2010, menggantikan A-level sepenuhnya.
Diploma IB 2015 mencecahkan rekod sekolah apabila berjaya menghasilkan tiga markah tertinggi iaitu 45 – skor yang hanya dicapai di 160 buah sekolah di seluruh dunia. Sekolah ini juga mempunyai kehidupan kokurikulum yang sangat menarik kerana mempunyai pelbagai aktiviti seperti sukan, muzik, drama dan banyak lagi.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.