
Jaga anak ni memang penat, memang payah, memang mencabar.
Dia suka merajuk.
Dia suka mengamuk.
Dia suka berlari sana sini.
Tapi ketahui la.
Anak yang suka merajuk tu la yang banyak hiburkan hati kita.
Anak yang suka mengamuk tu la yang selalu datang peluk dan cium kita.
Anak yang suka berlari sana sini tu la yang banyak bawa kemeriahan dalam rumah kita.
Dan.
Tubuh kecil itu juga la yang banyak mendidik hati kita untuk lebih syukur & ikhlas dalam hidup.
Setiap hari kita belajar mencintai tanpa mengharap apa-apa.
Setiap hari kita belajar untuk ikhlas berbakti pada anak dan pasangan kita.
Setiap hari kita belajar untuk tidak mengeluh dan menerima segalanya seadanya semampunya.
Syukurilah.
Sesungguhnya penat menjaga anak adalah penat yang berbaloi.
Payah menjaga anak adalah payah yang banyak hikmah di sebaliknya.
Dan mencabar menjaga anak adalah cabaran untuk kita tambah baik kualiti hidup kita sendiri.
Rasa syukur,
Mendidik hati kita untuk lebih menghargai apa yang ada dan berhenti merungut untuk apa yang belum ada.
Dari syukur & ikhlas datang cinta sepenuh hati.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Salim
Anak Sulung Patah Tangan, Rita Rudani Dedah Sebab Bayar Sendiri Kos Rawatan

Hati ibu mana yang tidak sebak melihat anak cedera. Ibu sudah pasti akan melakukan yang terbaik buat anak tersayang.
Begitulah perasaan Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 48 apabila anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin berada di hospital hampir seminggu berikutan patah tangan.
Muat naik kecederaan anaknya dikongsi Rita sendiri menerusi akaun Instagram miliknya. Menurut Rita, dia berterima kasih kepada semua orang yang berada di sisinya sepanjang anaknya itu berada di hospital.
Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Hampir seminggu mommy dan adik berumah tangga di hospital. Terima kasih adik korbankan masa sekolah dan aktiviti untuk bersama mommy jaga abang Ryan.
Mommy selalu pesang kat anak-anak, kita senang sama-sama dan susah pun sama-sama. Kita kena sentiasa ada untuk masing-masing. Terima kasih ahli keluarga selalu ada untuk kami. Terima kasih cikgu, doktor dan jururawat.
Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi apabila terpaksa menanggung sendiri kos perubatan Airit Rayyan Rizqin akibat masalah pelan insuran.
Katanya lagi, pelan insurans Ryan yang sudah didaftarkan sejak kecil sudah tidak boleh digunakan kerana tamat tempoh selepas bapanya, Aidil Zafuan berhenti membuat pembayaran sejak 13 tahun lalu.
Kos rawatan Ryan dari mula patah tangan sampailah buka plate, mommy tanggung sendiri bukan insurans.
Bagaimanapun, katanya lagi dia berusaha membuka akaun baharu tetapi gagal apabila Aidil yang juga pemain bola sepak negara itu enggan menurunkan tanda tangan bagi menutup akaun insurans lama.
Sebelum ini Ryan ada insurans dari baby tapi Mommy tak pernah guna sebab mommy tak pegang. Insurans tu rupanya dah luput hampir 13 tahun sebab pembayarnya sudah berhenti bayar.
“Mommy ada ambil yang lain tapi dah luput masa PKP. Lepas itu mommy nekad buat yang baru dengan syarat akaun yang 13 tahun luput itu kena tutup dulu. Malangnya manusia yang buka akaun tu tak nak bagi kerjasama untuk tutup akaun walaupun tandatangan itu percuma. Walaupun ejen dah beri penerangan kepada manusia terbabit.”
“Jadi tak dapat mommy ambil insurans sama syarikat dengan mommy dan adik.”
Tambah Rita, dia akan memberikan yang terbaik buat kedua-dua anaknya itu meskipun berdepan dengan apa jua cabaran.
“Allah maha baik. Dia permudahkan segalanya. Allah hadirkan ramai yang sayang Ryan dan adik. Terima kasih atas doa.”
Sumber: IG ritrud727
“Terima Kasih Emak, Ayah, Doakan Dik Wan.” Raih 3 Emas, Dik Wan Buktikan Cerebral Palsy Tak Halang Lakar Kejayaan. Tahniah!

Tiga pingat emas berjaya dikutip oleh Atlet paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam Sukan Para Asia 2018 di Jakarta baru-baru ini.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan ‘Dik Wan’ dalam kalangan rakan sepelatihnya, mengakui, ibu bapanya iaitu Mohamad Puzi, 58, dan Lailah Salleh, 50 menjadi antara individu penting yang mendorongnya untuk terus mengharumkan nama negara di pentas sukan antarabangsa.
“Doa dan sokongan padu ibu bapa serta ahli keluarga menjadi azimat terbaik untuk mencipta kejayaan luar biasa
“Dik Wan nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada ibu bapa, ahli keluarga dan rakan sepasukan di atas kejayaan cemerlang ini.
“Tidak dilupakan staf Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) yang banyak membantu Dik Wan sepanjang berada di Jakarta.
Bapa Dik Wan dalam pada itu mengakui cukup berbangga dengan pencapaian cemerlang yang diraih anaknya pada temasya sukan berkenaan.
“Pakcik rasa amat bersyukur kepada Allah S.W.T di atas kejayaan cemerlang anak saya pada Sukan Para Asia dan kami sekeluarga berharap dia dapat kekalkan kecemerlangannya pada mana-mana kejohanan selepas ini,” jelas Mohamad Puzi yang tiba di KLIA selepas selesai mengerjakan umrah bersama isterinya di Mekah.
Mohamad Ridzuan mempamerkan aksi luar biasa setelah meraih tiga emas pada Sukan Para Asia 2018 selain turut mencipta satu rekod dunia.
Dia memenangi emas pertama dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) dengan catatan masa 11.87 saat, sekali gus memadam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013.
Ridzuan meraih emas kedua dalam acara 400m lelaki T36 dengan catatan masa 59.36 saat.Anak jati Perlis itu meneruskan aksi cemerlangnya setelah memenangi emas ketiga dalam acara lompat jauh T36, dengan catatan rekod baharu temasya iaitu 5.49m.
Ridzuan sebelum ini mencipta fenomena baharu sejarah sukan negara apabila muncul sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016.
Dik Wan disahkan doktor menghidap cerebral palsy sejak berusia setahun. Namun kekurangan tersebut bukan penghalang untuk dia mencipta kejayaan dalam bidang sukan.
Menurut laman web Paralympic.org, Mohamad Ridzuan mula menceburi sukan ini untuk satu acara perlawanan antara sekolah di Perlis. Bakatnya dicungkil pada 2004. Dik Wan membuat kemunculan pertama sebagai atlet profesional dalam Sukan Para ASEAN yang diadakan di Solo, Indonesia pada 2011.
View this post on InstagramA post shared by Ridzuan Puzi (@ridzuan.___) on
Sumber: Bernama & IG ridzuan.___
Apa Kita Buat 1 Jam Selepas Subuh, Itu Ada Kesannya Untuk Sepanjang Hari!

Kita selalu dengar, mulakan hari dengan semangat dan perkara-perkara positif, agar sepanjang hari yang dilalui menjadi lancar dan mudah.
Pun begitu jika permulaan hari diisi dengan perkara-perkara yang kurang baik, akan memberi kesan yang sebaliknya.
Jadi jika ditanya, apakah perkara terbaik untuk kita seisi keluarga lakukan setiap pagi agar menjadi permulaan hari yang terbaik untuk Kita semua.
Hal ini telah dikongsikan di akaun fb Abu Hurairah Asifa dan ini katanya.
1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita. Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
Sumber : Abu Hurairah Asifa