Penderitaan adik kecil bernama Nishka mendapat perhatian ramai. Selain warga net, selebriti juga tidak ketinggalan melahirkan rasa simpati dan mendoakan kesejahteraan buat bayi comel ini.
Malah, kisah adik ini pernah dikongsikan oleh Majalah Keluarga sebelum ini. Klik di sini
Kyfa Nishka Al Kautsar Mohd Farham. Baru 3 bulan usianya. Namun menghadapi ujian yang sedemikian besar. Nishka didiagnos dengan kanser otak, Medullablastoma ketika baru berusia 21 hari, menjadikan dia mungkin pesakit termuda di wad onkologi pediatrik di HUSM, Kota Bharu.
Dugaan yang menimpa bayi perempuan ini bertambah pilu apabila disahkan mempunyai ketumbuhan di buah pinggang kiri sepanjang dua sentimeter (sm) ketika berusia tiga bulan.
Selain Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Mawar Karim juga antara yang memuat naik kisah adik Nishka di laman instagramnya. Malah, ibu kepada Wan Maryam ini turut melawat Nishka di hospital baru-baru ini.
“Unplanned trip to Kelantan. Ya Allah sembuhkan baby Nishka. Semoga ada sinar dalam hidup baby Nishka,tabah menghadapi dugaan n lawan segala sakit. Ya Allah baby Nishka sangat cute 👶🏻,strong girl.
“Rezeki sy dapat berjumpa baby Nishka. Sejujur nya sy tidak rancang untuk datang Kelantan hari ini asal nya next week tapi Alhamdulillah kita sebaik2 rancang Allah tentukan. Dah berapa hari asyik teringat baby Nishka. Tanpa fikir panjang sy terus datang melawat.
Dalam pada itu, Mawar turut menggagumi akan ketabahan dan kecekalan yang ada dalam diri ibu Baby Nishka.
“Setiap ujian di hadapi berbeza2. Cuba kita letakkan diri kita sebagai ibu baby Nishka. Ibu Nishka masih tersenyum walaupun masih simpan seribu suka duka. Sy sendiri tidak mampu melihat baby secomel ini menanggung derita kesakitan. –
“Semoga baby Nishka sembuh, kembali ceria, macam baby lain. Insyaallah selagi kami boleh membantu kita usaha kan. ( No acc Cimb 7002814262 Khairiah bt Kamarudin ) –
(#pleaseshareforbabynishka #prayforbabynishka )
Sumber: IG mawar_karim