Tak Mampu Bayar Yuran KAFA, Budak Lelaki Nekad Simpan Duit Sekolah Demi Kawan!

Share

Di mana pun kita berada, semestinya walaupun tak ramai tapi mesti akan ada seseorang yang bernama sahabat akan ada dengan kita di kala susah atau senang. Lebih-lebih lagi ketika di bangku sekolah, hidup tidak akan menjadi hambar bila adanya sahabat. Menjadi sunyi bila sehari mereka tidak hadir ke sekolah. Apatah lagi buat selama-lamanya!

Itulah yang terjadi oleh seorang anak ini apabila teman rapatnya mahu berhenti sekolah sebab tak mampu untuk bayar yuran. Perkara itu dikongsikan oleh bapanya di Facebook miliknya, bahawa anaknya sanggup membuat simpanan untuk membantu membayar yuran tersebut.

Bayar yuran kawan

“Semalam Yusuf minta RM20, untuk genapkan simpanan dia selama sebulan yang dah capai RM80. Tujuannya nak bayarkan yuran kawan. Bulan lepas dia maklumkan sedih, ada kawan nak berhenti sekolah petang (kelas KAFA) sebab tak mampu bayar yuran.

“Menurut Nasaie Ismail , anaknya, Yusuf telah memaklumkan mengenai hasrat untuk membantu rakan sebayanya sejak sebulan yang lalu. Bagaimanapun, Yusuf tidak bercerita lanjut mengenai latar belakang rakannya itu.” tulisnya.

Gembira lihat anak ada niat murni untuk bantu insan memerlukan

“Dalam diam, Yusuf telah mengumpulkan duit perbelanjaan sekolah hariannya dan duit yang diberikan oleh ahli keluarga. Dapatlah RM80. Yuran nak dibayar RM100. Alhamdulillah petang ni InsyaAllah Yusuf akan bayarkan yuran untuk kawannya.

“Sebagai bapa, Nasaie meluahkan rasa gembira melihat anak lelakinya yang berusia 12 tahun itu mempunyai niat murni untuk membantu insan yang memerlukan.

“Kadangkala apabila tengok anak anak sebegini akan menyedarkan kita bahawa ukuran yang kita letakkan pada setiap anak-anak tidak boleh sama. Terutamanya dalam akademik. Bukan semua anak-anak mempunyai keupayaan yang sama. Tetapi setiap anak anak pastinya dijadikan dengan kelebihan tersendiri yang unik dan perlu diraikan kelebihan tersebut.” tambahnya.

Meneliti di ruangan komen, rata-rata memuji sifat baik adik yusuf kerana sanggup berkorban demi sahabat baiknya itu. Tidak kurang juga pujian diberikan buat ibu ayah yang berjaya didik anak ini sehingga mampu untuk membantu orang lain sehingga ke tahap ini.

Sumber: Nasaie Ismail

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini