Nak berniaga ni, kena ada kegigihan dan ketahanan mental dan fizikal yang kuat. Mana tidaknya, nak menghadapi titik jatuh bangun tu bukannya mudah. Yang betul-betul kental sahaja mampu untuk hadapinya.
Baru-baru ini tular sekeping gambar pelawak dan pelakon Amir Raja Lawak sedang meniaga air jagung mendapat pujian peminat.
Menerusi satu ciapan yang dikongsikan seorang pengguna laman sosial Twitter, Akeem Sharyzal yang memuat naik semula posting dari sebuah portal telah memuji sikap pelawak itu yang dianggap merendah diri.
“Contoh artis terbaik dalam mencari rezeki, tidak pernah mengeluh ketika tiada job dan tidak merasa malu berniaga di jalanan. Tahniah Amir Raja Lawak,” tulisnya pada kapsyen.
Aku pun macam tetiba nak share dekat twitter aku, sebab aku tau struggle nak meniaga tu macam mana, semoga murah rezeki. pic.twitter.com/0M7zsqSvhl
— keem (@AkeemSharyzal) July 12, 2022
Menjenguk ke ruangan komen Twitter tersebut, orang ramai tidak terlepas memberikan kata pujian malah ada juga yang berbangga dengan sikap Amir.
“He’s kind person, sebab pernah bantu buat review untuk produk saya dulu, semoga Allah Rahmati dia.
“Baguslah, hidup tak perlu mengeluh. Setiap manusia ada jalan rezekinya, teruskan semangat berniaga Amir.
“Pelawak legend ni, semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
“Ikon yang sebenar”, antara kata-kata manis yang ditinggalkan wargamaya.
Sumber :
A To Z Lelaki Ni Kongsikan Cara Tanam Kunyit Hinggalah Tuai & Hasilkan Serbuk Kunyit Sendiri. Hebatlah!
Berkongsi ilmu menanam kunyit hinggalah boleh menghasilkan serbuk kunyit sendiri daripada saudara Akmal Al Yahya ini dapatlah kiranya dimanfaatkan.
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebelum kita ke perkongsian kali ini,
izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu.
Saya lebih mesra dikenali dengan panggilan Akmal dan buat masa ini sedang mengusahakan sebuah kebun kecil bersebelahan dengan rumah saya yang saya nama kan dengan nama ‘Kebun Lokal’.
Di Kebun Lokal, tiada sebarang Racun Kimia Rumput/Racun Kimia Serangga dan Baja berunsur Kimia (termasuk baja kopi dan Baja AB) yang kami gunakan.
Dan itulah tujuan asalnya saya mula berkebun, iaitu untuk menghasilkan sebuah bank makanan bagi keluarga kecil saya.
Baiklah.
Jom kita ke tajuk utama perkongsian kali ini ya. Kami menanam kunyit berdekatan dengan Green Cone Compost saya.
Lebih mudah kerana tanah sekitar Green Cone Compost telah dibekalkan dengan tanah kompos secara semula jadi, hanya dari bahan lebihan dapur.
Ini lah hasil tuaian yang lepas.
Alhamdulillah. Kalau tak salah, ada juga dalam 8-12 bulan baru sesuai di tuai hasilnya.
Perlu diingatkan, jika tuan/puan suka menuai daun kunyit maka rizom yang terhasil akan lebih kecil berbanding dengan pokok kunyit yang tidak selalu dituai daunnya.
Berdekatan dengan pokok Kunyit, kami tanam juga halia dan kacang tanah secara bersilang-silang.
Alhamdulillah, nampak gayanya mereka menjaga adik beradik mereka dengan baik.
Untuk mendapatkan daun kunyit yang besar dan menghijau. Kami tanamnya di tempat yang teduh, seperti berdekatan dengan pokok yang besar supaya cahaya matahari tidak terus ke kawasan tanaman kunyit kami.
Rizom yang telah mengeluarkan daun kami keratkan dan asingkan untuk disemai semula bagi tanaman akan datang.
Dengan cara ini, kami mampu menjimatkan masa untuk semaian kunyit dan mengurangkan peratusan semaian daripada gagal bertunas.
Ini lah rupa rizom kunyit yang telah mengeluarkan daun.
Mengikut pengalaman kami, rizom yang telah berdaun perlu dikerat dalam sebesar ibu jari dari rizom asal agar tumbuh dengan baik.
Baik, ini pula proses untuk membuat serbuk kunyit.
Pertama, bersihkan rizom kunyit dari tanah yang melekat, sebersih-bersihnya. Kami gunakan berus gigi tau, licin semuanya di kerjakan.
Langkah seterusnya adalah rizom kunyit tadi direbus/dikukus dalam jangka masa 45 minit. Kemudian dipotong halus-halus bagi memudahkan proses jemuran kelak.
Mengapa perlu rebus/kukus?
Jika kita tanam sendiri maka kita tahu baja yang kita gunakan.
Proses rebusan atau kukus ini bertujuan untuk melucutkan segala macam jenis kandungan baja yang tertinggal.
Jika baja kimia mungkin tak berapa kita geli. Tetapi kami khuatir jika baja tersebut daripada baja urea, baja tinja ayam, kambing atau lembu yang diproses masih ada pada rizom.
Jika tuan/puan nak skip bab rebus/kukus ini boleh sahaja. Terpulang lah ye.
Kunyit yang telah dipotong tadi, dijemur pula.
Elakkan dari jemur terus di bawah sinaran matahari, paling baik di bawah pokok atau garaj kereta.
Lebih baik begitu. Oh daun kunyit tadi jangan pula dibuang ya.
Daun kunyit ini sama ada tuan/puan boleh masukkan ke dalam rendang atau pun balut sahaja pada ikan atau daging yang hendak dikukus atau dibakar. Aroma daun kunyit ini memang menaikkan selera. Percaya lah. Harga daun kunyit di pasaran juga boleh tahan.
Setelah 5 hari, ini lah rupa kunyit yang telah dikeringkan.
Masukkan ke dalam pengisar, kisar sehingga betul-betul lumat.
Tapiskan dan ayak kunyit yang telah dikisarkan tadi.
Serbuk kunyit yang terhasil adalah serbuk kunyit paling baik digunakan kerana tiada sebarang pengawet malah tiada sebarang pewarna tambahan juga pada serbuk kunyit ini
Simpan serbuk kunyit tadi di dalam balang yang kedap udara, jika ada balang kaca jauh lebih baik dari balang plastik.
Ini pula rizom yang berdaun tadi. Kami lebih suka semai dahulu sementara menunggu batas untuk sedia untuk digunakan.
Kami dapati ada beberapa rakan menanam kunyit menggunakan kaedah hidroponik tetapi lebih kepada penghasilan daun kunyit berbanding rizom kunyit.
Walaubagaimana pun, terpulang pada tuan/puan tentang aplikasi kaedah tanaman pilihan masing-masing ya. Sehingga di sini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sumber : Akmal Al Yahya
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rezeki Jual Kopi, Bagaikan Mimpi, Jumpa Anak Raja Datang Beli, Bikin Netizen Kagumi.
Menikmati secawan kopi ais waktu tengah hari panas memang sedap. Nak rasa lebih kaw tambah pula dengan susu pekat manis, minum segelas memang tak cukup.
Selain buat sendiri, membeli kopi dikedai dengan bancuhan daripada yang pakar tentu rasanya lagi sedap.
Namun siapa sangka, hanya menjual kopi kedai biasa di tepi jalan seorang penjual kopi tidak menyangka salah seorang pembelinya adalah keturunan raja.
Begitulah pengalaman yang dilalui oleh lelaki ini yang dikenali sebagai Muhammad Zulkhairie ini .
Beliau tidak menyangka kedainya dikunjungi oleh Tunku Mahkota Johor Tungku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan anakanda kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
Bercakap soal dekat di hati rakyat, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail atau juga lebih dikenali dengan gelaran TMJ (Tunku Mahkota Johor) sememangnya tidak asing lagi di kalangan rakyat di Malaysia.
Nyata tidak hairanlah baginda disenangi rakyat dan pengikut di media sosial kerana sikap rendah diri dan sifat kepimpinannya yang berjiwa rakyat.
Bagaikan mimpi TMJ datang beli kopi
Rezeki yang tidak ternilai, tak terucap dengan kata-kata. Diatas kesudian Tunku Mahkota Johor HRH Crown Prince of Johor mencemar duli datang singgah dan rasa kopi hasil daripada air tangan saya 😭😭. Sangat humble, beratur bersama rakyat, dan menunggu giliran. Semoga Allah merahmati Tunku Dunia dan Akhirat. Saya abadikan semua ini sebagai kenangan yang paling hebat dalam hidup saya. Juga kepada abang Azman Naim 44 Mantra, terima kasih kerana selalu menghiburkan kami dan juga datang bersama-sama Tunku untuk rasa Kopi Rakyat 🙏🏻. Semoga Allah juga merahmati abang dunia dan akhirat. (Tak sempat nak bergambar 🥲)
Ikhlas dari saya founder Kopi Rakyat JB
Sudi follow kopirakyat_jb di Instagram
Salam
Terdahulu, seorang pengguna di facebook telah ‘tag’ TMJ untuk merasa kopi berkenaan. Siapa sangka ia mendapat perhatian Tuanku.
Apa yang menjadi perhatian, sikap ‘down to earth‘ TMJ membuatkan netizen memuji sikap rendah diri Tunku Mahkota Johor itu.
Sumber: Muhammad Zulkhairie dan Raimie Hamdan
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Jaga Pokok Orkid Untuk Lebih Subur & Berbunga Lebat Lagi Mudah Bila Buat Trik Ni!
Terdapat begitu banyak spesis orkid yang terlihat cantik dan unik malah pelbagai warna bunga-bungaanya. Bunga orkid ini juga walau tidak mempunyai bau yang harum, namun orkid punya tarikannya yang tersendiri hingga berjaya mencuri tumpuan ramai.
Jadi tidak hairanlah, buat peminat pokok bunga akan ada sepasu dua pokok orkid ini sebagai penyeri laman kediaman. Tambahan pula dikatakan menanam pokok orkid ini mudah dan aspek penjagaannya juga tidak memerlukan penjagaan rapi.
Contohnya untuk memastikan pokok bunga lebih subur dan berbunga lebat, di sini dikongsikan tip yang boleh dibuat dengan cara yang cukup ringkas, malah modalnya juga cukup murah.
Nak tahu bagaimana tips tersebut, ini dikongsikan oleh Saudara Roslan Sidek untuk manfaat bersama. Jom semak.
Tips murah untuk penjagaan orkid gantung agar hidup subur dan In sha Allah mampu mengeluarkan bunga yang sihat,cantik dan berseri.
1. Gunakan tisu dan bubuh 1 sudu baja khususnya baja organik ( Silicon Fire 70 ) ke atas tisu tersebut. Bungkus baja tu pun ok guna tisu tu. Ia berfungsi mengekalkan kelembapan.
2. Siram 2-3 hari sekali ( jika musim hujan ) dan siram 2 kali sehari dimusim panas. Pastikan baja tidak terpelanting masa siram.
3. Disamping itu gunakan racikan sabut kelapa berserta arang untuk dijadikan medium tanaman.
In sha Allah selamat mencuba.Pokok orkid saya hidup subur dan gemok gemok.Tunggu bila ia berbunga nanti
sumber : Roslan Sidek via Kelab Peminat Bunga