Tak Makan Usia Wajah Lucy ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’, Umur 56 Tahun Angeline Tan Kekal Awet Muda!

Share

Meskipun sudah menjangkau usia 56 tahun, namun wajah pelakon cantik yang sinonim dengan nama Lucy atau nama sebenarnya Angeline Tan Yoke Yeah tetap maintain awet muda.

Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik.

Biarpun sudah hampir tiga dekad sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu berlalu, nama Lucy tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.

Cantik pada usianya, ayuh kita kenali Angeline Tan;

1. Merupakan anak sulung daripada tujuh beradik pada awalnya bekerja di sebuah syarikat produk kecantikan.

2. Angeline Tan mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.

3. Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an.

4. Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.

5. Aktif berlakon dalam drama Melayu dan Mandarin, Angeline merupakan antara pelawak yang sering membuat kemunculan sebagai pelawak pentas di RTM.

6. Sitkom Melayu pertamanya berjudul Pak Din KK kemudian dalam ‘Cam Ni Cam Tu’ dan barulah dia sertai Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1993.

Memang terbukti wanita ini kekal cantik dan awet muda, seperti koleksi foto terkini Angeline Tan di akaun media sosialnya. Masih jelita!

Berikut komen warga maya;

“Tak kira umur berapa anda tetap cantik.”

“Beautiful, always with a lovely smile.”

“Looking gorgeous as always, keep it up girl.”

“Tak pernah tak lawa kak Lucy.”

“U are still 25 year’s… pi mai pi mai tang tu Lucy.”

Sumber: Instagram @angelinetanyy Via Sinarplus