Tak Makan Saman! Puas Tegur, Jiran Masih Degil Block Kereta Depan Rumah. Peguam Ini Kongsi Cara Penyelesaiannya

Share

Pernah tak hadapi situasi bila kita nak keluar atau nak masuk ke rumah, tapi terhalang dek kereta jiran di hadapan rumah kita. Kalau waktu tu kita tak urgent tak mengapa, tapi kalau waktu rushing, stress juga jadinya!

Kalau yang jenis kita tegur terus ubah sikapnya tiada masalah, tapi yang jenis ‘tak makan saman’ ni payah juga ye?

Yang mana buntu dengan situasi ini, jom ikuti perkongsian dari seorang Peguam Hartanah, Syazwan Mohd Jafri ini. Kita ‘ajar’ mereka guna cara undang-undang pula! Harap berubah sikap la ye lepas ni. Hehe

ADUHAI PENING DENGAN JIRAN ASYIK PARKING KERETA BLOCK PAGAR RUMAH! 😫😵

(Ketahui hak anda sebagai jiran teraniaya)

Jika anda menetap di taman perumahan (landed terutamanya), pasti PERNAH MENGALAMI masalah pagar rumah dihalang oleh kereta orang lain (selalunya kereta jiran lah). Pastinya juga menyusahkan, menyakitkan minda dan menyakitkan hati anda. Teguran secara baik tidak berkesan. Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.

HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (APJ 1987)
👉Seksyen 48(1) APJ 1987 menyebut – adalah menjadi kesalahan bagi pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan/menghalang pengguna lain. Jika didapati bersalah, boleh didenda minimum RM1,000.00 dan maksima RM5,000.00 ATAU penjara tidak kurang 1 tahun ATAU kedua-duanya.

HAK ANDA DI BAWAH AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKK 1955)
👉Selain APJ 1987, AKK 1955 juga ada menyebut tentang kesalahan letak kereta depan rumah orang. Seksyen 22 AKK 1955 menyebut – barangsiapa yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah, boleh didenda sehingga RM50.

JALAN TERAKHIR JIKA JIRAN MASIH TERUSKAN SALAHLAKU PARKING BLOCK PAGAR RUMAH
👉Ramai tidak tahu, sebenarnya di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987 – pihak berkuasa seperti pegawai polis/pegawai JPJ/pegawai majlis perbandaran, dibenarkan untuk CLAMP dan TOWING kereta yang menghalang/menyusahkan orang lain. Oleh itu, semasa membuat aduan, pastikan anda maklumkan akta ini Bila tahu kereta nak kena tow, pasti jiran tidak akan ulang kesalahan sama.

INFO TAMBAHAN
🟢Meletakkan kereta block rumah orang juga dikira sebagai kesalahan “TORT KACAU GANGGU PERIBADI”
🟢If all else fails, anda boleh saman di mahkamah dan dapatkan Perintah Injunction (Perintah halangan) agar pelaku tidak meneruskan lagi salah laku.

KESIMPULAN
👉Isu ini mungkin nampak remeh tapi hakikatnya memang banyak terjadi. Perkongsian kali ni pula bukan untuk menggalakan pergaduhan sesama jiran namun lebih kepada memberikan “awareness” tentang isu ini supaya semua pihak sama-sama elak dari lakukan kesalahan ini.
Sekian..

Sumber : Syaz.MJ
Peguam Hartanah Anda

Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!

Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/