Pernah tak hadapi situasi bila kita nak keluar atau nak masuk ke rumah, tapi terhalang dek kereta jiran di hadapan rumah kita. Kalau waktu tu kita tak urgent tak mengapa, tapi kalau waktu rushing, stress juga jadinya!
Kalau yang jenis kita tegur terus ubah sikapnya tiada masalah, tapi yang jenis ‘tak makan saman’ ni payah juga ye?
Yang mana buntu dengan situasi ini, jom ikuti perkongsian dari seorang Peguam Hartanah, Syazwan Mohd Jafri ini. Kita ‘ajar’ mereka guna cara undang-undang pula! Harap berubah sikap la ye lepas ni. Hehe
ADUHAI PENING DENGAN JIRAN ASYIK PARKING KERETA BLOCK PAGAR RUMAH! 😫😵 (Ketahui hak anda sebagai jiran teraniaya)
Jika anda menetap di taman perumahan (landed terutamanya), pasti PERNAH MENGALAMI masalah pagar rumah dihalang oleh kereta orang lain (selalunya kereta jiran lah). Pastinya juga menyusahkan, menyakitkan minda dan menyakitkan hati anda. Teguran secara baik tidak berkesan. Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.
HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (APJ 1987)
👉Seksyen 48(1) APJ 1987 menyebut – adalah menjadi kesalahan bagi pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan/menghalang pengguna lain. Jika didapati bersalah, boleh didenda minimum RM1,000.00 dan maksima RM5,000.00 ATAU penjara tidak kurang 1 tahun ATAU kedua-duanya.
Ads
HAK ANDA DI BAWAH AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKK 1955)
👉Selain APJ 1987, AKK 1955 juga ada menyebut tentang kesalahan letak kereta depan rumah orang. Seksyen 22 AKK 1955 menyebut – barangsiapa yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah, boleh didenda sehingga RM50.
JALAN TERAKHIR JIKA JIRAN MASIH TERUSKAN SALAHLAKU PARKING BLOCK PAGAR RUMAH
👉Ramai tidak tahu, sebenarnya di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987 – pihak berkuasa seperti pegawai polis/pegawai JPJ/pegawai majlis perbandaran, dibenarkan untuk CLAMP dan TOWING kereta yang menghalang/menyusahkan orang lain. Oleh itu, semasa membuat aduan, pastikan anda maklumkan akta ini Bila tahu kereta nak kena tow, pasti jiran tidak akan ulang kesalahan sama.
INFO TAMBAHAN
🟢Meletakkan kereta block rumah orang juga dikira sebagai kesalahan “TORT KACAU GANGGU PERIBADI”
🟢If all else fails, anda boleh saman di mahkamah dan dapatkan Perintah Injunction (Perintah halangan) agar pelaku tidak meneruskan lagi salah laku.
Ads
KESIMPULAN
👉Isu ini mungkin nampak remeh tapi hakikatnya memang banyak terjadi. Perkongsian kali ni pula bukan untuk menggalakan pergaduhan sesama jiran namun lebih kepada memberikan “awareness” tentang isu ini supaya semua pihak sama-sama elak dari lakukan kesalahan ini.
Sekian..
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Ads
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah tak kita alami masalah terlupa di mana letak telefon, atau tercicir daripada poket atau beg anda. Atau ada yang pernah kehilangan telefon , pasti situasi ini membuatkan anda stres kan.
Apa tidaknya, banyak benda yang disimpan di dalam telefon berkenaan. Nak ganti semula pun menyebabkan terpaksa keluar modal, belum bab nak mengupdate semua kenalan dan nota di dalam telefon baru. Memang leceh kan.
Bagi anda yang mengalami masalah telefon hilang dan sebagainya, jangan panik. Anda boleh cuba dapatkan kembali baik telefon android mahupun iPhone. Sebenarnya ada satu fungsi pada setiap telefon untuk tujuan memudahkan untuk mengesan telefon yang hilang.
Ini cara-caranya.
Ain hilang handphone di tandas R&R Gurun.
Kebetulan abang bawa laptop. Terus abang log in gmail account Ain. Lepas tu “track my device” guna acc google.
Lepastu pilih “ring my phone”. Walaupun phone kita dah SILENT tapi tetap google boleh deringkan ia kuat-kuat selama 5 minit. So masa tengah handphone berdering tu, abang tekan “locate my phone”. Location menunjukkan phone ain masih lagi di R&R Gurun.
Abang terus berlari meredah hujan mencari di location tersebut. Ia menunjukkan parking di bahagian belakang. Ain pula berdoa dalam hujan dengan sepenuh hati semoga abang pulang dengan hasil. Ain bukan sayang phone ni tapi ain sayang semua gambar, data and files dalam ni. Handphone Ain ibarat laptop dan buku nota. Semua kerja mary jardin Ain selesaikan dengan smartphone ni. Masa ni la marah kat diri sendiri kenapa tak buat back up ke google acc semua benda dalam phone tu. Dalam keadaan cemas, bingung, sedih, Adam pulak nangis sekuat hati. Ain masa tu tengah pegang laptop tengok kalau-kalau location berubah. Orang bawa lari ke apa ke an. Cepat2 Ain tenangkan diri sebab kalau serabut tak membawa faedah pun. Bila Ain dah tenang. Automatik Adam pun Ain boleh tenangkan dengan jayanya. Selesai tidurkan Adam, Ain nampak kelibat Abang yang pulang dengan hampa. Kemudian kitorang nampak location phone beralih ke ramly burger. Kami terus gerak dan park di depan ramly burger. Abang type mesej “please call 017******* dan mesej dihantar melalui google acc tersebut. Mesej ni memang akan terpapar di muka depan screen. Last resort, ain memang nak “consider erasing your device” dah. Tapi ain sabar je dulu sebab button ni memang pilihan terakhir. Kalau tekan yang tu memang tak dapat recover balik semuanya. Saat ain hampir berputus asa, tetiba satu panggilan masuk ke phone abang. Mungkin dia baca mesej yang dihantar. Alhamdulillah. Orang yang ambil phone tu memang bercadang mahu pulangkan semula. Katanya tengah solat tadi. Dan kami jumpa di depan ramly burger. Sungguh Allah mendengar doa hambanya yang meminta dengan bersungguh ketika turunnya hujan rahmat. Kejadian ini membuatkan Ain insaf, kalau waktu macam ni Allah dengar permintaan kita, apalagi kalau kita meminta dengan bersungguh di waktu tahajjud. Melalui post ini, Ain cuma mahu sampaikan cara untuk mencari phone yang hilang sekiranya tiada apps. Atau mungkin anda semua boleh download sahaja apps sebelum kes macam ni terjadi. Wallahualam. #ainwrites
Hari konvokesyen sememangnya saat paling istimewa bagi setiap mahasiswa yang berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah dan biasanya diraikan bersama keluarga dan orang tersayang.
Bagaimanapun kita hanya mampu merancang dan adakalanya perancangan itu tidak kesampaian.
Sebagaimana dikongsikan Ayeesha Hisham, 25 menerusi Instagram, dia terpaksa meraikan hari bahagia itu tanpa kehadiran keluarga tersayang.
Video linangan air mata ketika membuat panggilan video bersama ibu tersayang pada hari konvokesyennya Julai lalu cukup menyentuh hati netizen.
Ayeesha berjaya menamatkan pengajian dalam bidang psikologi di Universiti Bangor, United Kingdom.
“Kejadian ini berlaku dalam masa kurang dua bulan sebelum mama meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru yang didiagnos pada Mac.
“Ia merupakan hari penuh dengan emosi bagi saya. Saya menunggu dua tahun untuk majlis istimewa ini tetapi tiada seorang pun daripada ahli keluarga boleh datang sebab mama tengah sakit.
“Pihak universiti membuat pengumuman mereka mengadakan majlis itu beberapa hari selepas kami tahu mama sakit. Dia berkeras memaksa saya untuk pergi,” ujar Ayeesha.
Untuk rekod sepanjang pengajian Ayeesha belajar secara hibrid dengan mengikuti pembelajaran di rumah dan hanya menghadiri kuliah secara fizikal selama enam bulan terakhir di universitinya.
Bagaimanapun Ayeesha bersyukur apabila teman lelaki serta ibunya hadir memberi semangat pada hari graduasi berkenaan.
Bercerita lanjut, Ayeesha berkata keadaan ibunya yang tidak menentu pada ketika itu membuatkan dia berasa takut untuk berjauhan walaupun untuk beberapa hari.
“Tapi mama sentiasa minta saya pergi untuk hari konvokesyen. Tak kira apa pun.
Ayeesha menamatkan pengajian dalam bidang Psikologi Universiti Bangor, sebelah utara Wales.
“Saya akhirnya memutuskan untuk pergi apabila tahap kesihatan dia bertambah baik pada pertengahan Mei. Tetapi apabila kesihatan dia merosot semula pada Jun, saya kembali rasa teragak-agak untuk pergi,” katanya lagi.
Difahamkan ibu Ayeesha meninggal dunia sekitar September lalu.
Mengenai video yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini, Ayeesha berkata ia merupakan momen paling bermakna dan akan diingati sampai bila-bila.
“Waktu itu mama tak ingat di mana saya berada, jadi saya terpaksa jelaskan perkara itu setiap kali saya bercakap dalam telefon dengan dia.
Ayeesha (tengah) bersama Arif dan ibunya.
“Tetapi panggilan singkat saya dengannya selepas saya terima ijazah saya ini terpahat di minda dan hati saya. Saya senang hati apabila perbualan menerusi panggilan video (VC) ini saya berjaya dirakamkan.
“Saya rindukan senyumannya. Saya rindukan dia sangat. Semoga Allah merahmatimu dan menempatkan mama di syurga tertinggi. Saya sayangkan mama. Al-fatihah,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.
Bila dah meningkat dewasa ni, barulah kita sendiri tahu susahnya nak mencari duit. Waktu itulah baru kita terkenangkan bagaimana ibu bapa kita nak memenuhi segala kemahuan dan keperluan kita anak-anaknya ini sedari kecil.
Jadi, bila dah ada kerja, inilah masanya untuk kita membahagiakan mereka pula dengan menghulurkan sedikit dari gaji kita untuk menyenangkan mereka.
Misalnya seperti yang ingin dilakukan oleh seorang wanita ini yang berhasrat untuk memberikan sedikit dari gajinya untuk ibu tersayang. Tetapi hampa apabila niatnya itu tidak kesampaian gara-gara tersalah melakukan transaksi wang kepada orang lain.
Tersalah ‘transfer’ ke akaun orang lain
Kisah itu diceritakan sendiri oleh gadis tersebut dalam sebuah video di laman Tiktoknya, Fahadi Bistari. Menurutnya, dia berniat mahu membuat kejutan dengan berkongsi hasil gaji pertamanya bersama ibu tersayang. Namun siapa sangka, disebabkan tidak menyemak butiran penerima terlebih dahulu, dia akhirnya tersilap memindahkan wang tersebut ke akaun milik orang lain.
Hari ni dapat gaji pertama. Tak banyak mana lah kan, baru beberapa hari kerja. Lepas tu aku bank in lah dekat mak aku. Nak jadi cerita, tersalah bank in dekat orang lain.
Dia mula menyedari kesilapannya itu selepas menghantar resit pemindahan wang kepada ibunya. Si ibu mendakwa tidak menerima sebarang wang seperti yang diberitahu anaknya itu. Selepas menyemak butiran, ternyata dia tersalah memindahkan wang tersebut ke akaun bank orang lain, yang merupakan milik individu yang pernah berurusan dengan keluarganya sebelum ini.
Lepas tu mak pun bagi la nombor telefon pemilik akaun tu. Dah hubungi dia tapi tak dapat respon. Dia cakap, kak sedekah je lah dapat pahala. Aku bukan tak nak sedekah, tapi gaji aku sikit je dan memang niat nak bagi mak. Walaupun sikit, tapi banyak sebab aku percaya kalau bagi mak, nanti aku akan dapat lebih lagi.
Dalam kesempatan itu, Fahada berharap agar wang tersebut dapat dikembalikan semula. Fahada menganggap apa yang terjadi ini adalah ujian diberikan Allah SWT kepadanya. Bukan itu sahaja, ianya juga boleh dijadikan pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati sewaktu membuat transaksi bank.
Meninjau di ruangan komen, ramai terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh individu yang Fahada tersilap transfer duit itu. Malah ada yang berhasrat untuk ganti semula duit yang gadis ini tersilap transfer ke akaunnya semula.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.