“Tak Mahu Terlalu Seronok, Lebih Tenang & Hati-Hati.” Ini Sebab Fasha Enggan Bercerita Tentang Kehamilan Kali Ini

Share

Umum mengetahui figura seni bernama Fasha Sandha kini diuli bahagia apabila bakal bergelar ibu tidak lagi lagi. Baru habis pengambaran drama dua takdir cinta 65 episod untuk astro, jelas isteri kesayangan Mohd Aidil Abdul Aziz ini, biarpun ada beberapa tawaran tetapi dia memilih untuk rehat sebentar.

Sementalah itu adalah permintaan dari suami supaua dia berehat dan tak terlalu aktif. Jadi sekarang saya lebih banyak berehat dan tidak bekerja sehingga selamat melahirkan kelak.

“Sekarang kandungan saya memasuki trimester kedua. Saya kurang mahu bercakap tentang kehamilan kali ini kerana sebelum ini pernah beberapa kali keguguran, jadi tidak mahu terlalu seronok, saya mengambil langkah untuk lebih tenang dan berhati-hati sehingga saya selamat melahirkan.

“Tambahan pula,alahan kali ini amat teruk mungkin kerana usia semakin banyak tapi tak mengapa, saya tak mengeluh malah saya bersyukur,” ujar Fasha yang memberitahu suami dan anak-anak adalah orang yang paling gembira apabila mengetahui dirinya hamil.

Anak adalah harta yang diamanahkan oleh Allah jadi jagalah amanah itu sebaiknya, Itu antara ketegasan yang diungkapkan oleh Fasha. Malah, dia juga tak kisah walaupun suaminya, Aidil mahukan 3 anak bersama, lebih-lebih lagi anak lelaki.

 

“Kalau ikutkan plan memang suami nak lagi tiga manakala saya tak kisah. Selepas melahirkan nanti, saya memilih pantang secara tradisional.

“Tapi penjagaan, cara moden je.Tu pun sebab mama paksa cara tradisional tu,” seloroh Fasha sambil memberitahu akan fokus kepada anak dahulu, mungkin lepas berhenti menyusukan anak baru aktif sekiranya suami mengizinkan.