Hakikatnya, penjagaan kecantikan dan kesihatan kulit bermula dari dalam menerusi apa yang dimakan. Pun begitu ramai antara kita mengeluh bila keadaan kulit tidak seperti yang diidamkan.
Telahan mereka dengan menggunakan produk kecantikan sudah memadai untuk mendapatkan kulit cantik sedangkan mereka lupa, anda adalah apa yang anda makan dan makanan juga sering dikaitkan dengan kesihatan dan kecantikan tubuh badan.
Bahkan Dr Rizal Abu Bakar turut berkongsi ada beberapa jenis makanan yang sebenarnya jika diambil boleh memberi kesan pada kulit dan disenaraikan ada 5 makanan yang perlu dielakkan diambil untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
5 MAKANAN PANTANG PADA KULIT
1. Gula putih – umpama baja untuk jerawat. Elakkan saka ini andai mahu kulit bebas jerawat dan jeragat.
Kill sugar before it kills your skin !
2. Minuman berkafein – kafein dehidrasikan kulit. Hilangkan air. Akibatnya kulit jadi kusam, berkedut dan gelebeh.
Ads
3. Tenusu – orang putih sebut dairy product. Ini juga punca munculnya bintik bintik merah pada wajah.
4. Processed Food – Wajib masukkan dalam kategori makanan haram makan.
Dalam processed food ada gula tersembunyi, pewarna, perasa tiruan, pelembut makanan, pengental makanan dan macam-macam ‘pe’ lagi yang sangat baik untuk burukkan kulit.
5. Shellfish – Cuba elakkan ambil makanan laut berkulit keras dan bercengkerang seperi ketam dan udang.
Bandingkan dengan zaman makan dahulu dengan selepas tidak makan. Lihat hasil.
Ads
Kecantikan terbina dari dalam. Apabila dalamnya baik, terserlah hingga ke luar.
Mahu cantikkan yang dalam, pastikan diet yang diambil sesuai dengan keperluan tubuh.
Indahnya sesebuah perkahwinan bila mana saling melengkapi. Bantu membantu dan hanya tahu menyerahkan bulat-bulat segala kerja rumah pada isteri.
Lebih-lebih jika isteri suri rumah. Usah jadikan itu satu alasan kerana kerja di rumah lebih berat dan penat berbanding di pejabat.
Sesekali apa salahnya biarkan bahu anda dijadikan tempat isteri bersandar, atau telinga untuk mendengar mungkin bebelan remeh namun mungkin itu boleh memberi ketenangan. Jangan ralit dengan kesibukan sendiri hingga terlepas pandang emosi si isteri.
Dan paling penting, jangan hanya tahu mengherdik atau mengeluarkan kata-kata kesat terutama sekali ketika bersama isteri di luar sana. Jagalah air muka dan perasaan si isteri yang telah banyak berkorban segalanya untuk anda.
Perkongsian oleh seorang guru bernama Ws Adli W Muhammad cukup sebak bila membacanya. Seorang isteri yang hanya mahu bergurau namun herdikan yang diperoleh, hati mana yang tak pilu kan.
Semoga kisah ini menjadi iktibar dan membawa mnafaat untuk semua!
Isteri yang sedang sarat, tangan kiri memegang lengan suaminya, sambil tangan kanan pula memimpin anaknya berjalan perlahan di bahagian barangan elektrik, mengeluarkan suara “Abang, abang tengok tu. Tv tu besar. Siap abang boleh masuk sekali dalam tu, ni ha bawa sekali kakak ni. Abang dengan kakak kan suka tengok tv”. “Hahaha (gelak yang saja dibuat-buat, 2 kali). Gelaklah juga walaupun tak kelakar. Awak ingat kelakar ke tu?” serius suaminya berkata. Wajah isteri berubah. Nampak merah-merah mukanya. Muka dia malu sangat. Pandang ke kiri, ke kanan, bimbang-bimbang ada orang memerhati agaknya. Bila terpandang ke arah kami, lekas-lekas dia berjalan ke hadapan lebih 2-3 langkah dari suaminya, cepat dilepaskan pegangan tangannya di lengan suaminya. “Ha itulah. Buat lawak tak reti, kemudian merajuk. Dulu bolehlah masa kita berdua, ni anak nak masuk dua ingat nak layan sangat rajuk awak tu? Suka sangat buat lawak bodoh” kasar bebel suaminya, tanpa menghiraukan kami yang berada berhampiran.Isteri saya menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat secara langsung seorang suami memalukan isterinya. Kami beredar. Beralih ke lorong yang ada jual barang-barang aksesori kereta. Ralit kami melihat barang-barang di situ. Selesai , kami berpindah lagi ke lorong barangan lain. Sampai di satu lorong, kami lihat ada seorang perempuan sedang mengesat-ngesat matanya menggunakan tisu. Itulah perempuan tadi. Yang dikata suaminya suka sangat membuat lawak bodoh. Kasihan betul melihat suasananya. Anaknya yang dipanggil si kakak itu, sekadar memeluk kaki ibunya. Apalah yang dia tahu tentang perasaan sedih seorang isteri dalam umurnya sementah itu. Kami tidak pergi merapati dia. Tapi jarak tidaklah jauh sangat. Buat-buat pegang barang yang ada di depan mata. Nampaknya, macam kami nak membawang. Isteri saya mencuit pinggang saya, minta saya pasang telinga dengar apa perempuan tu berkata pada anaknya. Dia macam tak perasan kami ada di belakangnya. Saya dengar, sayu “Tak apalah dik, mama selalulah dah macam ni, adik jangan takut. Ayah tak pukul. Ayah cakap sahaja. Tak payahlah pegang kuat sangat kaki mama ni. Susah mama nak berjalan. Mari kita jalan tempat mainan sana, jom”. Dipimpin tangan anaknya, menghala ke bahagian mainan. Sambil-sambil masih juga dia mengelap matanya. Suaminya sudah tidak kelihatan. Ya Allah ya Tuhan. Tenangkanlah hati dia. Kurniakanlah dia kegembiraan. Sebenarnya, peristiwa seperti di atas sudah beberapa kali kami saksikan. Tetapi, rasanya inilah yang paling teruk. Ada lagi ayat-ayat bebel yang suami dia bagi pada isteri, saya tak masukkan. Apalah dosa si isteri berkata sekadar begitu, untuk melawak je pun. Suka-suka. Bukan menghina. Isteri anugerah emas dalam keluarga. Dia datang bukan sekadar menemani hidup seorang lelaki. Dia datang bukan sekadar tempat lelaki memuaskan nafsu. Dia datang, tinggalkan jauh keluarganya, sanggup berkorban apa sahaja yang dia ada untuk suaminya. Segala-galanya. Tenaganya, masanya, jiwanya, malah sakitnya. Kalian (termasuk saya), Selalu kita dengar orang lelaki tak tahan dengan orang perempuan yang kuat membebel. Tapi pernahkah kita terfikir, mampukah kita tahan sakit melahirkan anak sepertimana isteri telah lakukan dan rasai? Dia berhadapan dengan hidup dan mati. Dia sanggup keluarkan darahnya untuk zuriat kita. Tak henti-henti darah mengalir. Setelah lahir si anak, berbulan pula perlu bersabar menunggu jahitan, menanti luka kembali sembuh. Itupun masih terasa ngilu entah beberapa tahun lagi. Dia jaga anak dan suaminya sehabis baik. Sibuk dengan memasak, sediakan keperluan. Tak pernah mengeluh. Tak pernah menulis apa kerja dia buat hari ini. Tak pernah tampal kertas nota jadi tatapan suaminya apa yang dia dah lakukan sepanjang hari. Cukup dia sahaja simpan semuanya dalam hati, kekal beri senyuman kepada semua yang ada dalam rumah. Biar orang bahagia. Bahagian badan dia penat, seksa, sakit-sakit badan, malam nanti dia sapulah sendiri ubatnya tanpa menyusahkan suami untuk membantu. Apa kita tahu? Ada yang sorok segala sakit melanda diri, bimbang orang lain terlalu fikirkan diri dia. Cukup dia sahaja yang menanggung. Betapa besar pengorbanan seorang isteri. Alih-alih, bila dia bergurau, kita layan dia sambil lewa. Kita perli-perli, kita hina dinakan dia. Kata itu lawak bodoh, itu lawak tak bertempat, itu lawak hambar dan tiada apa untuk digembirakan, untuk diketawakan. Bila dia memasak, terlebih sedikit garam, termasuk lebih bawang, terlepas sedikit lada, kita riuh sebandar mengadu sana sini. Siap bagitahu pada kawan, makanan di rumah tadi tidak menyelerakan, isteri masak tak sedap, lauk tak kena rasa di lidah. Tak habis di rumah, kita aibkan dia di luar pula. Tidak seperti isteri. Kurus melidi macamana pun kita, dia bagitahu kepada kawan-kawan dia, betapa beruntungnya dia dikurnia suami yang gagah perkasa. Boleh angkat itu, boleh angkat ini, boleh dukungnya di dalam rumah. Tunjukkan betapa bahagianya dia hidup bersama kita. Gemuk besar (macam saya) bentuk badan suaminya, dia akan bercerita, suaminya itulah dulu-dulu menjadi kegilaan makcik-makcik bawang untuk dibuat menantu, jadi kegilaan gadis-gadis kampung untuk bersuamikan suaminya. Untungnya kata dia, lelaki yang jadi buah mulut orang itu adalah milik dia, peneman hidup dia. Orang lain melepas sahajalah. Untung sangat-sangat. Senyum sepanjang jalan. Itulah si isteri. Tak pernah dia malukan kita, tak pernah dia tenyeh-tenyeh peribadi kita di telinga orang lain. Dia buat lawak, tak kelakar, kita gelaklah macam biasa. Macam kelakar sungguh. Jangan kecilkan hati dia dengan gelak yang dibuat-buat kita. Layanlah cerita dia. Buat-buat tanya, bercakap baik melayan kata-kata seronok dia. Yang kita kena pegang, dia bukan juara raja lawak mana-mana siri dalam televisyen. Masuk bertanding pun tidak. Seharian dia penat menguruskan segala, seminggu dia ralit dengan tugasnya di rumah, sebulan dia bersusah payah tanpa mengira letih dirinya dalam menguruskan segala makan pakai, segala keperluan seorang suami dan anak-anak. Apalah sangat nak berkira-berkira dengannya apabila dia mahu menceriakan dirinya dengan caranya. Sampailah tahap bila dia membebel, selagi dia tak sakitkan jantung kita, tak ganggu gula-gula dalam badan dan tak tinggi-tinggikan darah kita sampai memancut keluar, biarlah dia berkata-kata melepas segala, itulah caranya dia nak melapangkan segala yang mengganggu kusut dirinya. Bukan lama pun. Sekejap sahaja begitu. Ada sikit-sikit perselisihan, selesailah cara baik. Semua dah tua. Tak perlu nak panjang-panjang. Nak buat sesuatu benda yang menyakitkan pasangan masing-masing, fikirlah dulu baik buruknya, fikirlah mana syurga mana neraka. Yang penting, sama-sama senyum, sama-sama bahagia. Sehingga syurga. WS Adli W Muhammad, Suami penyejuk jiwa. Hihi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika ada masalah angin yang terlalu banyak di dalam badan seseorang wanita itu, secara tidak langsung ia akan menjejaskan kelancaran ibu untuk melakukan tugas-tugas harian di rumah.
Apa tidaknya bila perut sentiasa meragam, ketika itulah kita akan rasa senak perut malah hingga membawa kepada rasa hendak dan semua ini membuatkan sesiapapun akan rasa tidak selesa.
Jika ingin dirawat dengan menggunakan kaedah tradisi, ramai yang mengatakan halia adalah ramuan yang terbaik. Ada orang akan makan halia begitu sahaja dan ada juga yang dicampur ramuan lain untuk dijadikan minuman herba bagi mengatasi masalah angin dalam badan.
Di sini disertakan resipi untuk anda menyediakan jeruk halia agar dapat di simpan lebih lama dan boleh dimakan pada bila-bila masa.
Bahan-bahan diperlukan:
200g halia muda
1 sudu kecil garam
1 cerek air panas
1 cawan (200ml) cuka
70g gula (kalau tak mahu gunakan gula boleh gantikan dengan 1 biji buah epal atau pear)
Cara menyediakan dan memasak:
Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk. Kacau sehingga gula hancur.
Didihkan 1 cerek air.
Potong nipis-nipis halia. Lagi nipis lagi sedap.
Letakkan halia ke dalam penapis. Curahkan air panas ke atasnya.
Semasa masih panas, masukkan terus halia ke dalam cuka masam manis tadi. Halia akan berubah jadi warna pink.
Biarkan beberapa hari. Lagi lama lagi rasa sedap.
Pun begitu, jika ada yang tidak boleh terus mengambil halia secara langsung ada baiknya anda jadikan minuman ini sebagai amalan sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Norliza Mohd Salleh ini. Minuman herba ini nampak lebih enak dan pastinya menyihatkan.
“Rebusan selepas habis haid, boleh ringankan badan & buang angin. Awet muda, sihatkan rahim. Milk booster untuk bf mom dan melawaskan”-Norliza Mohd Salleh
Resepi
1 sudu besar halba
2 helai daun pandan wangi
2 serai diketuk
1 ruas halia
1 ruas ibu kunyit
Cara penyediaan : Rebus dengan 4 gelas air jadi 1 gelas. No gula ok..
Istilah menjemur tepung untuk memastikan tepung lebih ringan dan elok digunakan untuk tujuan penyediaan kek atau sebagainya mungkin hari ini jarang kita dapat lihat.
Pun begitu, teknik mengeringkan tepung ini boleh dilakukan dengan cara lebih mudah dan ringkas sebagaimana yang dilakukan oleh Norulrafidah Omar. Disebabkan tepung yang dibeli berketul-ketul keadaannya walau tarikh luput masih lama lagi.
Nyata, melihat perkongsian tentang teknik merawat tepung tersebut memang mudah!
Ini perkongsiannya.
Saya cuma nak kongsikan rawatan tepung,
pernah tak antara kawan-kawan yang alami macam saya.Tepung yang baru dibeli dan dibuka bungkusan melihat tepung seakan bergentel dan berat.
Bila dilihat pada bungkusan usia tepung masih baik dan belum expired.
Sebenarnya tepung juga ada lembapan. Gentelan tu terjadi kerana Malaysia ni humidity yang tinggi memberi kesan even bungkusan tepung masih belum pernah dibuka atau digunakan.
Sebenarnya tepung Itu tak rosak.
Orang dulu-dulu mereka menjemur tepung.
Agar tepung sentiasa dalam keadaan baik.
Tapi hari Ini budaya menjemur tepung tidak lagi di amalkan kerana ia agak rumit dan remeh.
Ni akak nak share macamana selalu akak rawat jika dapat tepung yang macam tu.
1) Pertama keluarkan tepung dan letakkan di dalam dulang pembakar atau loyang.
2) Mengeringkan tepung dengan kaedah memasukkan ke dalam oven dengan suhu yang paling rendah selama 10minit.
3) Ulang proses kedua sebanyak 2 atau 3 kali mengikut kondisi tepung. Bagi mengenali tepung yang sudah okay diaduk dengan sudu atau senduk dan dapat merasakan tepung akan menjadi lebih ringan.
4) Keluarkan tepung yang sudah kering, ayak supaya mendapatkan tepung yang licin dan tidak bergentel lagi.
5) Pastikan suhu tepung yang siap di ayak atau di tapis benar-benar suhu bilik sebelum di simpan.
6) Setelah tepung benar-benar sejuk / suhu bilik bolehlah disimpan ke dalam storage container untuk kegunaan seterusnya.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...