Tak Mahu Kalut Ketika Bersahur, Ibu Sila Buat Menu Tanpa Perlu Dimasak!

Share

Bersahur sebenarnya cukup dengan sajian yang ringkas dan apa yang lebih penting menu yang dipilih perlulah mampu membekalkan tenaga untuk tubuh sepanjang hari.

Umumnya, ibu-ibu akan memasak bagi memastikan hidangan yang disajikan berkhasiat dan segar kepada keluarga tercinta. Pun begitu, ini memerlukan ibu-ibu bangun lebih awal bagi menyediakan persiapan tersebut. 

Untuk lebih memudahkan ibu-ibu, apa kata sediakan menu yang istimewa ini tanpa perlu dimasak. Cukup mudah, hanya perlu sediakan sebelum masuk tidur dengan hanya memakan masa 2 minit dan kemudian boleh dinikmati ketika bersahur.

Menariknya menu ini, ia kaya dengan khasiat dan mampu membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh anda dan seisi keluarga untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang berpuasa.

Ingin tahu resipinya, di sini telah dikongsikan oleh Tengku Asmadi yang cukup dikenali dengan program dietnya. Begitu juga resipi daripada Mitz Suez ini sesuai untuk dicuba.


Menu sahur ringkas sedap dan mudah 2 minit siap

Ini antara amalan saya bila berpuasa bersahur dengan menu yang ringkas tapi berkhasiat. Resepi pun campak-campak kisar telan, semudah itu anak-anak pun wajib suka.

Bahan-bahan


4 biji kurma bergantung pada jenis dan saiz kurma

Segelas susu segar dalam 200ml

3 sudu oat biasa saya guna rolled oat

1 biji pisang berangan atau pisang emas

Cara buat :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
  2. Kisar sahaja seperti biasa sampai sebati dan serasi bersama.

Mudahkan ini 30 saat pun siap. InsyaAllah boleh tahan seharian sebab serat dari kurma oat dan sumber protein dari susu segar.

sumber :  Tengku Asmadi


Ini pula cara Mitz Suez menyediakan overbight oats yang tidak kurang lazat juga nampaknya. Penyediaannya juga cukup ringkas dan mudah. Jom semak.

“overnight oats” ni..sesuai utk yg nak sarapan ringkas, cepat, kenyang dan menyihatkan. Sesuai juga utk bersahur terutama yg nak kurangkan pengambilan nasi/makanan berat semasa bersahur nanti. Raya boleh pakai kebaya pinggang 18 inci”- Mitz Suez

bahan-bahan:

Madu, rolled oats, oat granola, susu, chia seed, mentega kacang, buah-buahan dan yogurt.

cara buat :

Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan semalaman.