“Tak Mahu Anak-Anak Ulangi Kesilapan Saya.” Fiza Halim Mahu Anak Fokus Pelajaran, Belum Masanya Untuk Bercinta

Share

Setiap kali Fiza Halim berkongsi wajah dua anak daranya, pasti mendapat perhatian. Manakan tidaknya, kedua-duanya memiliki wajah Yang cantik dan lembut, persis ibu mereka.

Tidak hairanlah Ada yang mengusik kononnya ingin menjadi menantu pelakon berkenaan. Menganggap kata-kata tersebut sekadar gurauan, pemilik nama sebenar Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 41 memberitahu belum tiba masanya untuk bercakap soal cinta memandangkan kedua-dua anak gadisnya masih berusia belasan tahun.

“Saya mahu mereka fokus kepada pelajaran dahulu dan menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Belum tiba masanya untuk fikir soal cinta.

“Kalau boleh saya tidak mahu mereka ulang kesilapan yang pernah saya lakukan dahulu.

“Apabila bercakap soal cinta ini, semua ibu bapa semestinya akan bersikap tegas untuk kebaikan anak-anak mereka,” kata Fiza ketika dihubungi mStar.

Bagaimanapun, Fiza sedar suatu hari nanti kedua-dua anaknya iaitu Feera Aryanna, 14, dan Feeya Adyrra, 13, pasti akan bertemu pilihan hati mereka sendiri.

Sebagai ibu, Fiza berkata, dia tidak meletakkan sebarang kriteria lelaki yang boleh mendekati anaknya, namun menjadi tanggungjawab buatnya untuk sentiasa memantau pergaulan mereka.

“Apabila mereka dewasa nanti, mereka akan ada kelompok rakan-rakan tersendiri dan mencari pilihan hati yang serasi dengan mereka.

“Saya tidaklah menetapkan sebarang syarat untuk mendekati anak saya, cuma sebagai ibu saya harus pantau pergaulan anak supaya mereka berkawan dengan orang-orang yang baik,” ujarnya.

Bercakap tentang perjalanan kerjaya, kata Fiza jadual hariannya sangat padat sehingga tiada masa untuk diri sendiri.

“Bukan hanya sibuk dengan penggambaran drama, saya juga terlibat dalam perniagaan hartanah selain membuat review dan menjual produk makanan Batang Buruk Asli.

“Jadual saya memang padat sehingga tak sempat hendak berehat panjang. Rumah pun dah jadi macam hotel yang hanya singgah sekejap untuk tidur dan mandi,” ujarnya.

Feera dan Feeya merupakan anak hasil perkahwinan pertama Fiza dengan bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin. Jodoh tak panjang, mereka kemudiannya bercerai pada November 2010 selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.

Kemudian bekas anggota kumpulan Elite ini berkahwin pula dengan penyanyi Adam pada September 2013 namun hubungan mereka juga tidak kekal lama.

Selepas itu, dia kembali berkahwin dengan seorang duda dua anak, Aizat Al Jefri pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Siti Aleena.Fiza dan Aizat kemudiannya bercerai pada Julai 2019.

Sumber: mStar & fizahalimofficial


ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club