Setiap kali Fiza Halim berkongsi wajah dua anak daranya, pasti mendapat perhatian. Manakan tidaknya, kedua-duanya memiliki wajah Yang cantik dan lembut, persis ibu mereka.
Tidak hairanlah Ada yang mengusik kononnya ingin menjadi menantu pelakon berkenaan. Menganggap kata-kata tersebut sekadar gurauan, pemilik nama sebenar Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 41 memberitahu belum tiba masanya untuk bercakap soal cinta memandangkan kedua-dua anak gadisnya masih berusia belasan tahun.
“Saya mahu mereka fokus kepada pelajaran dahulu dan menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Belum tiba masanya untuk fikir soal cinta.
“Kalau boleh saya tidak mahu mereka ulang kesilapan yang pernah saya lakukan dahulu.
“Apabila bercakap soal cinta ini, semua ibu bapa semestinya akan bersikap tegas untuk kebaikan anak-anak mereka,” kata Fiza ketika dihubungi mStar.
Bagaimanapun, Fiza sedar suatu hari nanti kedua-dua anaknya iaitu Feera Aryanna, 14, dan Feeya Adyrra, 13, pasti akan bertemu pilihan hati mereka sendiri.
Sebagai ibu, Fiza berkata, dia tidak meletakkan sebarang kriteria lelaki yang boleh mendekati anaknya, namun menjadi tanggungjawab buatnya untuk sentiasa memantau pergaulan mereka.
Ads
“Apabila mereka dewasa nanti, mereka akan ada kelompok rakan-rakan tersendiri dan mencari pilihan hati yang serasi dengan mereka.
“Saya tidaklah menetapkan sebarang syarat untuk mendekati anak saya, cuma sebagai ibu saya harus pantau pergaulan anak supaya mereka berkawan dengan orang-orang yang baik,” ujarnya.
Bercakap tentang perjalanan kerjaya, kata Fiza jadual hariannya sangat padat sehingga tiada masa untuk diri sendiri.
“Bukan hanya sibuk dengan penggambaran drama, saya juga terlibat dalam perniagaan hartanah selain membuat review dan menjual produk makanan Batang Buruk Asli.
“Jadual saya memang padat sehingga tak sempat hendak berehat panjang. Rumah pun dah jadi macam hotel yang hanya singgah sekejap untuk tidur dan mandi,” ujarnya.
Ads
Feera dan Feeya merupakan anak hasil perkahwinan pertama Fiza dengan bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin. Jodoh tak panjang, mereka kemudiannya bercerai pada November 2010 selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.
Kemudian bekas anggota kumpulan Elite ini berkahwin pula dengan penyanyi Adam pada September 2013 namun hubungan mereka juga tidak kekal lama.
Selepas itu, dia kembali berkahwin dengan seorang duda dua anak, Aizat Al Jefri pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Siti Aleena.Fiza dan Aizat kemudiannya bercerai pada Julai 2019.
Setiap pasangan suami isteri, hubungan yang mesra, penuh kasih sayang dan saling melengkapi amat penting untuk rumah tangga kekal bahagia dan harmoni.
Namun siapa sangka dalam tempoh itu ada juga dugaan yang mendatang. Salah satu puncanya adalah dikatakan berkaitan dengan perangkap dasim!
Ikuti lanjut apakah yang dikatakan sebagai perangkap Dasim yang menjadi punca pergaduhan suami isteri.
AWAS PERANGKAP DASIM!.
Perasan tak dalam rumahtangga ada ketika serba tak kena, kadang rasa nak marah tak tentu pasal, kerap prasangka buruk pada pasangan, isu kecil pun boleh jadi isu besar.Tengok muka pasangan pun rasa meluat, tapi dalam hati rasa sayang dan bila berjauhan rasa rindu! Hah, bila keadaan ini berlaku, salah satunya adalah berpunca daripada jin/ syaitan penghasut yang bernama “Dasim”.
Perlu Tahu Mengenai “Dasim” 1.Dasim adalah iblis yang tak suka suami isteri & keluarga aman dan bahagia. Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.
2.Selalunya kes rumahtangga Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.Dasim akan cuba mengapi-apikan lagi suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tak tak sefahaman tanpa sebab!
3.Si Dasim ni, kerja dia suka buat pasangan terasa hati, dia akan buat orang tu takkan diam diri, bila terasa hati sikit je terus akan turut berperang mulut, keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras.Kesannya rumah tangga yang dibina tu akan jadi suram, tawar dan ianya akan tak tenteram.
4.Dasim suka menghasut terutama pada wanita yang datang bulan, baru lepas bersalin atau sedang mengandung, yang sering alami emosi tidak menentu.
5. Dasim ni terlalu jahat hingga dia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita yang marah, sampai rumah tangga kita hancur lebur tanpa sebab. Pergaduhan dan perselisihan didalam rumahtangga memang hasutan dan kerja syaitan, namun kita suami isteri juga perlu kuat dengan mendekatkan diri pada Allah, buat perkara-perkara baik yang mana boleh menjernihkan kembali rumah tangga. Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dengan hasutan ini.
6 TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM
1. Bila tengah marah pada pasangan MENGUCAP DAN BERISTIFAR banyak-banyak, tarik nafas dan cari tempat yang menenangkan dalam rumah. Marah bagaikan api, redakan ia dengan air, mengambil wuduk dan tunaikan solat sunat dua rakaat. 2. Bila salah faham cepat-cepat MOHON MAAF pada pasangan dan jangan tunggu lama-lama. Ia akan menghilangkan prasangka dan rasa marah dalan diri. 3. Amalkan makan dan solat jemaah bersama-sama, BACA DOA SAMA- SAMA. 4. Ramai tak sedar benda ni. Bilik kosong yang dibiar lama, tambah-tambah yang ada katil & selimut akan buatkan iblis menumpang dalam selimut. Sebab tu Rasullah juga pernah berpesan “ketuk/libas” selimut bantal sebelum naik atas katil/tempat tidur & kerapkan juga solat & berzikir di dalam bilik-bilik yang tak berpenghuni tu. Buka pintu.. biar bila azan/ zikir/ mengaji Quran pun suara kita boleh didengar sampai ke bilik bilik kosong tu. 5. Jangan lupa memberi salam setiap kali masuk ke rumah, walaupun tiada orang didalam rumah.Rumah yang tidak diberikan salam, memudahkan ‘Dasim’ melakukan kerja dan hasutannya didalam rumahtangga. 6. Kerap baca yassin dalam rumah, bacalah setiap malam jumaat dan kalau nak lagi baik BACA AL-QURAN. Kalau suami tak sempat, isteri buat, kalau dua-dua tak sempat, galakkan anak-anak buat, kalau memang semua tak sempat, pasang MP3 pun ok. Biar ayat-ayat suci berkumandang dalam rumah kita! Iblis dan syaitan laknatullah ni tak akan tenang selagi rumahtangga yang dibina tu hancur! Dari hari pertama kita nikah sahaja dia sudah menangis terpekek lolong! kalau kita bercerai-berai dia akan berpesta gembira! Selamatkanlah rumahtangga kita, semoga dijauhkan daripada godaan syaitan dan iblis. Moga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah! Amin.
Kredit : Mohd Atuf Usamah via Pusat Rawatan Islam Al Maliki Syifa Group via
Usah pandang ringan jika anak anda tersedak setiap kali minum susu atau menjamah makanan kegemarannya. Jangan kata bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga berisiko mengalami masalah ini.
Banyak kematian melibatkan bayi tersedak susu dicatatkan di negara kita. Hal ini membuktikan masalah anak tersedak dan tercekik makanan adalah masalah yang tidak boleh dipandang ringan.
Apa yang perlu anda lakukan jika anak kecil anda tercekik dan tersedak serius yang serius?
#Langkah 1 – Halakan Kepala Ke Bawah
Bagi bayi di bawah umur 1 tahun, sebaiknya anda menepuk di belakang badan menggunakan tapak tangan sehingga lima kali sehingga bayi anda mengeluarkan sendawa.
Dengan menggunakan lengan dan paha anda, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah dan tepuklah sebanyak lima kali.
#Langkah 2 – Elak Keluarkan Objek
Jika anak-anda tersedak atau tercekik, tetapi masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada. Ketika ini jangan cuba mengeluarkan objek atau makanan yang tersekat kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam lagi.
Apa yang perlu anda lakukan adalah mencuba untuk anak kecil anda batuk dengan sendirinya sehingga dia benar-benar pulih. Biarkan dia bernafas seperti biasa.
#Langkah 3 – Menekan Perut
Jika kanak-kanak itu masih dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bernafas atau bercakap atau mukanya sudah mula menjadi biru, apa yang perlu anda lakukan adalah menggunakan teknik menekan perut. Namun anda harus melakukan teknik yang tepat.
Sebagai ibu, tidak salah jika anda mempelajari teknik ini supaya mampu menyelamatkan anak kecil anda.
#Langkah 4 -Minta Bantuan Kecemasan
Namun jika anak anda sudah tidak boleh bernafas, ada baiknya anda segera meminta bantuan kecemasan.
Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan seperti nombor hospital terdekat atau ahli keluarga dan jiran yang dirasakan mampu membantu anda. Sementara menunggu bantuan kecemasan tiba, kaedah paling tepat adalah melakukan kaedah CPR kepada anak kecil anda.
Kanak-kanak?
Bagi kanak-kanak pula, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memeluk anak dari belakang dan letakkan tangan di bawah dadanya atau di atas perut.
Kemudian tarik atau ‘sentak’ sedikit kuat supaya makanan yang tersangkut terkeluar dengan sendirinya. Lakukan beberapa kali supaya keadaan anak kembali pulih. Buat dengan yakin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sesungguhnya rindu yang paling sakit ialah rindu pada yang sudah tiada lagi. Kerinduan kepada yang telah pergi menghadap Ilahi. Bagaimana kuat pun kita cuba bersabar dan menerimanya dengan reda, namun sekali sekala pasti juga rasa rindu itu tetap singgah di dalam hati hingga membuatkan terasa teramat pilu.
Bahkan perasaan ini bukan hanya boleh dirasai oleh orang dewasa, malah kanak-kanak turut melalui detik sukar untuk menerima sebuah kehilangan insan tersayang. Apatah lagi jika insan tersebut adalah orang yang paling rapat dengannya.
@amiesya2 26.12.2022 tarikh yg xkan smpai bila2 mama lupakan🥲..Al-fatihah buat suamiku md zulfikal ami bin abdul rahman..pergimu tiada ganti..gelak tawamu..senyummu..sikapmu yg terlalu baek dgn semua org buatkan ramai yg mengingati mu dan mendoakan mu papa♥️#sygsuamiduniaakhirat❤️#rindu♬ bunyi asal – ..bungabiru
Demikianlah situasi yang terpaksa dihadapi oleh seorang kank-kanak bernama Luth ini.
Menurut perkongsian di TikTok @amiesya2, suaminya telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Meskipun sudah hampir sebulan pemergiannya ke negeri abadi, namun anak sulung daripada dua beradik itu seolah-olah masih merasakan kewujudan ayahnya di rumah tersebut.
Lebih memilukan apabila Luth tidak dapat menahan rasa terlalu rindu kepada susuk tubuh ayahnya hingga menyebabkan dia menangis teresak-esak sambil memeluk tuala yang sering digunakan oleh ayahnya.
Allahu…dari semalam dia gelisah..xtido..asyik bangun je kuar bilik..bila mama tanya kenape2 dia bg alasan nk caj fon nk kencing nk makan..nak tido tepi mama..dia ckp luth syg mama ape itu ini semua..mama ikutkan je kehendak dia semlm..
sedar2 pagi td cari mane dia..kt ruang tamu xde..umah sunyi je..prgi jenguk kt dapur tgk dia sensorang kat meja makan ddk kat kusi smbil maen fon sebijik macm arwah papa time balik keje pagi2 maen fon kt dapur sambil minum air.😢..
mama tnye nape ddk kt sini sorg2..dia diam..mama buat air ape semua bg makan kuih..mama suruh mandi..tp tgkkan bju dia dh bertukar tuala sepah2 ..mama tnya adik dh mandi ke?dia jawab dah..dah mandi sbb nanti nk pergi kuala krai ngan papa nk g kedai dua ringgit😭😭😭…
mama tnya dia papa kt mane dik? dia jawab papa kt kubur..terus dia diam..😭..mama pggl masuk bilik tetiba dia nangis..mama tnya kenape adik nangis..dia terus jawab..dud rindu papa..dud syg papa sambil peluk tuala buruk papa yg selalu papa guna pakai..
Allah dikkk..mama xkuat syg bila adik ckp cmtu..mgkin dia dh pendam lame..bnyk hari nk ckp tp xkeluar kt mulut..mgkin dia betul2 dah mula rindukan papa sbb dah lame papa xbalik maen ngan dorang..sbb dia adalah anak yg paling rapat ngan papa..papa manjakan dia sbb dia mmg manja dgn pelat dia bercakp selalu papa ajuk..mane2 mesti papa bawak buat teman..
hari yg last bila papa nk pergi selama2nya subuh pagi selalu papa xbalik pun time kerja xabis lagi..ni dinahari lagi kul4.55pagi papa balik kejut mama suh bukak pintu n terus masuk bilik peluk luth sambil tido..dan last pelukan tu utk luth..
papa tgglkan luth kul8 pagi naek motor ke JPJ gua musang sbb ade urusan..kul9 lebih mama terima pgglan mengatakan papa eksiden dan papa dah meninggalkan kita semua😭😭😭..Allah s.w.t sebaik2 perancang..papa balik jgk jenguk kita semua dinahari subuh tu kejap..mgkin hati papa dah tahu yg dia akan tgglkan kita semua dik..
Al-fatihah buat papa♥️..Allah s.w.t syg papa lebih dari kita semua..doa utk papa xkan pernah putus..InsyaAllah
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dan mengalirkan air mata sebaik melihat perkongsian video tersebut. Dalam paada itu, ramai yang mendoakan dan memberikan kata-kata semangat agar anak kecil ini dan seisi keluarganya tabah menghadapi saat tersebut.
@amiesya2 Allahu…dari semalam dia gelisah..xtido..asyik bangun je kuar bilik..bila mama tanya kenape2 dia bg alasan nk caj fon nk kencing nk makan..nak tido tepi mama..dia ckp luth syg mama ape itu ini semua..mama ikutkan je kehendak dia semlm..sedar2 pagi td cari mane dia..kt ruang tamu xde..umah sunyi je..prgi jenguk kt dapur tgk dia sensorang kat meja makan ddk kat kusi smbil maen fon sebijik macm arwah papa time balik keje pagi2 maen fon kt dapur sambil minum air.😢..mama tnye nape ddk kt sini sorg2..dia diam..mama buat air ape semua bg makan kuih..mama suruh mandi..tp tgkkan bju dia dh bertukar tuala sepah2 ..mama tnya adik dh mandi ke?dia jawab dah..dah mandi sbb nanti nk pergi kuala krai ngan papa nk g kedai dua ringgit😭😭😭…mama tnya dia papa kt mane dik? dia jawab papa kt kubur..terus dia diam..😭..mama pggl masuk bilik tetiba dia nangis..mama tnya kenape adik nangis..dia terus jawab..dud rindu papa..dud syg papa sambil peluk tuala buruk papa yg selalu papa guna pakai..Allah dikkk..mama xkuat syg bila adik ckp cmtu..mgkin dia dh pendam lame..bnyk hari nk ckp tp xkeluar kt mulut..mgkin dia betul2 dah mula rindukan papa sbb dah lame papa xbalik maen ngan dorang..sbb dia adalah anak yg paling rapat ngan papa..papa manjakan dia sbb dia mmg manja dgn pelat dia bercakp selalu papa ajuk..mane2 mesti papa bawak buat teman..hari yg last bila papa nk pergi selama2nya subuh pagi selalu papa xbalik pun time kerja xabis lagi..ni dinahari lagi kul4.55pagi papa balik kejut mama suh bukak pintu n terus masuk bilik peluk luth sambil tido..dan last pelukan tu utk luth..papa tgglkan luth kul8 pagi naek motor ke JPJ gua musang sbb ade urusan..kul9 lebih mama terima pgglan mengatakan papa eksiden dan papa dah meninggalkan kita semua😭😭😭..Allah s.w.t sebaik2 perancang..papa balik jgk jenguk kita semua dinahari subuh tu kejap..mgkin hati papa dah tahu yg dia akan tgglkan kita semua dik..Al-fatihah buat papa♥️..Allah s.w.t syg papa lebih dari kita semua..doa utk papa xkan pernah putus..InsyaAllah..#alfatihahbuatmu#hanyarindu#sygsuamiduniaakhirat❤️#rindusuami#kenangankitatakkankulupa♬ original sound – amieysha🍃
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.