“Tak Letak Air Dalam Sardin Saya.” Kongsi Tip Masak Sardin Buat Ramai Teringin Nak Rasa Air Tangan Permaisuri Agong!

Share

KDYMM Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, terkenal dengan sikapnya yang gemar memasak. Malah, Baginda tidak kekok memasak bersama rakyat apabila turun padang dalam sesebuah aktiviti.

Saban tahun, baginda tak pernah ketinggalan turun padang membantu mangsa banjir. Baik melawat mahupun menjadi tukang masak membuatkan rakyat rasa terharu dengan keprihatinan Tuanku Permaisuri. Dalam perkongsian terbaru baginda di Instagram baru-baru ini, Tunku Azizah berkongsi tip memasak menu sardin.

Tunku Azizah berkesempatan memberi titah nasihat kepada tukang masak di PPS berkenaan mengenai cara-cara yang betul memasak sardin yang enak sambil dibantu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.

“Saya tak letak air dalam sardin saya”

“lain kali awak goreng dekat orang macam ini, tak letak air.Orang kampung suka sardin letak air, tak payah” pesan Tunku Azizah.

Tidak hairanlah Tunku Azizah sering menjadi tumpuan rakyat jelata. Rata-rata kagum dengan sifat keperibadian yang dimilikinya.

ctdk Subhanallah.. bertuahnya rakyat jelata .
ctdk Terliur pulak patik tengok masak Sardin Tuanku..
anod1975 Dengan pantas mintak wife masakkan sardin. Siap tunjuk gambar ni ..”I nak macam ni, kalau ade barang tak cukup sekarang jugak I beli” 😅😅😅
wahyuhisham Teringin nak rasa masakan Tuanku..semua nampak sedappp
jaja9171 Sedapnya tuanku….bertuahnya kami rakyat pahang 😍😍😍
anisahrj_che92 Rasa nak makan masakan air tgn Tuanku nie. Nampak menyelerakan sunggoh. Ya Allah.. semoga dberi kesihatan buat tuanku sekeluarga. Amin. Disclaimer: Tuanku kalau ada dtg kuching, masak untuk warga kuching please. 😅🤗🤭

Sumber: airtangan_tunkuazizah

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club