Ada orang jenis kalau makan mesti nak pedas makanan tu. Tak pedas tak sah! Haa dah kalau ‘hantu’ sangat makanan pedas, boleh la buat stok sambal guna resipi dari Afy Al Habibi ni. Boleh tahan nama sambalnya tu, terliur dibuatnya! Makan dengan nasi panas-panas, ada ulam sikit dan telur mata pun dah ngam tau! So….tunggu apa lagi, jom cuba!
Memang berhantu koleksi sambal cikgu kali ini. Sambutan sangat meriah sekali di fb cikgu. Jadi kepada kawan MAHN cikgu kongsikan juga di sini. Banyak lagi yang akan cikgu pecahkan rahsia sambal sedap lain kali nanti.
Ada lima sambal kesemuanya.
Resepi ada dekat gambar di bawah.
1.Sambal belacan menyengat
2.Sambal kicap mabeless
3.Sambal ayam penyet mengosek
4.Air asam ketagih
5.Sambal jantan power
Perghh baca nama pun tak nak kalah ya. Aha. Begitulah tentang rasanya. Kepada peminat sambal, sila buat stok macam cikgu. Cikgu sempat baca komen lepas kawan yang musykil takut sambal rosak kalau buat stok banyak begini.
Usah risau. Ikut tips cikgu. Banyak kali dah cikgu buat. Kena betul cara simpan dan gunanya.
Pastikan guna sudu kering setiap kali mengambilnya sahaja. Tapi cikgu yakin sambal tu tetap takkan bertahan lama juga. Mesti cepat habis punyalah.
RESEPI SAMBAL BELACAN MENYENGAT
1. Sediakan bahan-bahan di bawah;
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1/4 bawang Holland
– *1 biji tomato saiz kecil
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
Ads
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
RESEPI SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK
1. Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– 2 genggam kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– 1/2 inci belacan
2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika.
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.
3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.
5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.
6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
Ads
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
RESEPI AIR ASAM KETAGIH
*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu*
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi*
Nak makan baru letak.
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
Ads
– 5 biji limau kasturi
– 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.
4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
RESEPI SAMBAL JANTAN POWER
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
Kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.
Menyediakan menu baharu dan istimewa untuk dinikmati bersama keluarga tentu sahaja menjadi antara perkara yang memberi rasa keterujaan buat ibu-ibu. Lebih-lebih lagi jika menu tersebut menjadi kegemaran anak-anak dan suami.
Jadi apa kata hujung minggu ini ambil peluang untuk sajikan menu nan satu ni, menu churros yang mudah disediakan dan enak dimakan.
Jom semak bahan dan cara penyediaannya yang dikongsikan oleh Ezani ini.
Aktiviti men”churros” for breakfast!! Ada byk variasi resepi churros (donat spanish/mexican yg garing). Resepi yg saya guna simple sgt suami saya boleh buat sendiri.
Bahan-bahan:
1 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula kaster
1 sudu kecil garam halus
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Gula dan serbuk kayu manis (optional)
Cara buat :
1) Didihkan air dan 1 sudu besar minyak dalam periuk. Sementara itu ayakkan tepung bersama gula dan garam.
2) Bila air menggelegak masukkan semua sekali campuran tepung yang diayak tadi ke dalam air. Tutup api dan kacau dengan senduk kayu laju2 sehingga tepung sebati.
3) Masukkan sebiji telur dan kacau lagi sehingga adunan likat dan licin.
4) Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle star. (Saya pakai 2 lapis piping bag)
5) Panaskan minyak menggoreng. Paipkan adunan churros dan goreng hingga garing dan keperangan. Balikkan.
6) Angkat dan tuskan minyak. Gaulkan dalam gula dan serbuk kayu manis.
Selamat mencuba!
Kek Nestum Gebu, Sesuai Sangat Dihidang Di Hari Raya Ni!
Memeriahkan lagi suasana Hari Raya pasti kita ingin menyajikan pelbagai jenis juadah kepada seisi keluarga untuk dinikmati bersama-sama. Apatah lagi jika ada tetamu yang bertandang ke rumah, mana mungkin sekadar menghidang rendang, lemang dan ketupat.
Mahu juga divariasikan dengan hidangan kek pelbagai rasa seperti Kek Nestum Gebu yang pernah viral di media sosial. Difahamkan bukan sahaja gebu malah rasanya memang sedap dan menepati selera ramai.
Jadi buat yang belum mencuba rasa, bolehlah sediakan sendiri memandangkan bahan-bahan yang digunakan tidaklah terlalu banyak dan mudah pula disediakan.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita buat resipi yang dikongsikan oleh Lieyaa Homemade ini.
Kek Nestum Gebu viral
Bahan-bahan
200g majerin dalam secawan(tgk cawan jugak nak tepat pakai timbang)mak pakai cawan minum kopi je
150g gula perang dalam 1 cawan lebih sket
sedikit esen vanila
50g nestum original atau 2 peket yg mcm gambar tu
3sb susu pekat
160g tepung naik sendiri dalam 1 1/2 cawan
telur 5 biji
kacang pecan atau sukati ko nak letak ape atas die Cara membuat:
Ok majerin dengan gula perang mix dulu sampai kembang sebati.
Baru masukkan susu pekat 3 sb dan mix sebati
Masukkan satu2 telur total 5 biji ya
Slow kan mixer masukkan tepung tadi
Baru masukkan nestum tadi.
Lapik loyang pakai baking paper
Tuang adunan dan tabur kacang pecan.
Bakar suhu 170-170 masa 45-55 minit api atas bawah
Siap keluar kan dari oven dan tebalikkan pada board. Terbalikkan semula
dah siap memang gebu mmg sedap. Memang laku keras kalau buat jualan.
Tiba musim cuti sekolah, inilah masa yang terbaik untuk kita seisi keluarga dapat manfaat masa bersama anak-anak agar lebih mesra dan rapat. Apa yang pasti, macam-macam perkara boleh dilakukan di rumah dan salah satunya dengan menyediakan menu yang ringkas dan enak seperti Choco Jar ini.
Pasti saat menyediakan menu ini anak-anak akan terasa teruja, dan tidak sabar untuk menikmatinya. Ini sekali gus menimbulkan rasa keriangan kepada anak-anak, sekurang-kurangnya masa cuti mereka terisi dengan aktiviti yang menggembirakan mereka.
Jadi apa kata, ketahui dahulu ramuan yang diperlukan sebagaimana yang dikongsikan ini. Jom semak.
Sempena musim cuti sekolah, boleh la buatkan untuk anak-anak choco jar leleh ni. Bukan setakat anak-anak je suka,mak pun suka sama..ok saya share resepi,dan cara membuatnya nya Ada di setiap gambar
1 kotak cereal(nak pakai cereal apa- apa pun boleh)
500gm coklat
250ml minyak masak
Saya guna cereal milo
Step 1 : Masukkan cereal ke dalam bekas
Step 2 : Masukkan coklat, ke dalam bekas untuk dicairkan
Step 3 : Setelah coklat cair,masukkan minyak masak
Step 4 : Kacau sebati coklat Dan minyak masak
Step 5 : Ok,dah sebati Kita sejuk kan seketika
Step 6 : Dah sejuk, kita tuang coklat tadi ke dalam bekas yang berisi cereal
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.