
Tahniah diucapkan buat pelakon, Intan Najuwa yang mengumumkan dirinya hamil anak pertama selepas mendirikan rumahtangga Ogos tahun lalu.
Menerusi Instagramnya, Intan memuat naik beberapa keping gambarnya bersama suami dengan menampakkan baby bump yang cukup jelas kelihatan.
“Rahsia kecil kami akhirnya terbongkar!
“Tak lama lagi kami akan bertiga,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Intan yang mengenakan busana kelabu bersama suami nampak cukup berseri dengan ‘baby bump’ yang comel.
Pelakon berbakat ini juga turut berkongsi video imbasan bayi dalam kandungannya. Comel.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan wargamaya turut teruja dan mengucapkan tahniah atas kehamilan itu.
Terdahulu, Intan Najuwa, dan suaminya, Datuk Azraf Azman mendirikan rumahtangga pada Ogos tahun lalu di sebuah resort di Desaru Coast.
Menarik: Catriona Ross Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ibu Bapanya, “The Most Romantic Couple I Know!
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1 untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Beli Hartanah Atas Nama Sendiri Atau Bersama Pasangan, Mana Satu Pilihan Terbaik? Peguam Ni Kongsi Faktanya!

Perkongsian daripada peguam berkenaan pilihan mana lebih baik ketika membeli hartanah sama ada atas nama sendiri atau nama bersama? Mungkin ramai lagi yang masih keliru dan inginkan kepastian. Untuk itu ayuh kita baca perkongsian penuh daripada peguam yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam). Jom semak!
MANA LEBIH BAIK: BELI HARTANAH ATAS NAMA SENDIRI ATAU NAMA BERSAMA SUAMI ISTERI?
1. Ada yang bertanya kepada saya, mana lebih baik, sama ada beli hartanah letak nama sendiri atau letak nama bersama suami isteri.
2. Soalan ini ditimbulkan oleh kebanyakan daripada kaum wanita kerana mereka merasa bimbang sekiranya dalam geran hartanah tiada nama mereka, maka hak dan kepentingan mereka terhadap hartanah tersebut tidak dilindungi. Nanti kalau suami kahwin lain atau suami meninggal dunia, hak mereka terhadap hartanah tersebut akan dinafikan.
3. Saya nak nyatakan disini, sama ada anda beli hartanah letak nama sendiri atau letak nama bersama , itu tak jadi masalah. Kedua-duanya bagus.
Yang tak bagusnya adalah, kalau tak nak beli hartanah sebab fikir dan takut dengan macam-macam benda. Antaranya termasuklah contoh yang dinyatakan tadi. Ketakutan melampau itulah yang sebenarnya tidak bagus. Bukan soal letak nama sendiri atau nama bersama.
4. Kaum wanita sebenarnya tidak perlu takut seandainya dalam geran hartanah tidak ada nama mereka.
Ini kerana setiap hartanah yang dibeli oleh suami atau isteri dalam tempoh perkahwinan baik yang didaftarkan atas nama suami atau isteri atau yang didaftarkan atas nama bersama akan dianggap sebagai HARTA SEPENCARIAN.
5. Bila sebut sahaja harta sepencarian, secara otomatiknya suami dan isteri mempunyai hak dan kepentingan bersama terhadap harta tersebut.
Baik suami atau isteri, mereka tidak boleh mendakwa hartanah tersebut miliknya seorang semata-mata disebabkan dalam geran tidak ada nama pasangannya.
6. Suami atau isteri boleh menuntut hak masing-masing terhadap hartanah tersebut. Bukan isteri sahaja yang boleh menuntut harta spencarian terhadap hartanah yang dibeli atas nama suami. Suami juga sebenarnya berhak menuntut harta sepencarian yang dibeli atas nama isteri, selagi mana harta tersebut dibeli/ diperolehi dalam tempoh perkahwinan. Kalau rasa tak mahu berkongsi hak terhadap hartanah yang dibeli, jangan kahwin. Duduk sorang-sorang.
7. Cuma yang menjadi persoalannya bukanlah dari segi hak terhadap harta sepencarian tersebut kerana masing-masing ada hak. Tetapi yang menjadi persoalannya adalah dari segi pembahagian terhadap harta sepencarian tersebut. Berapa peratus kah bahagian masing-masing (suami isteri) terhadap harta sepencarian itu.
8. Persoalan tentang bahagian harta sepencarian ini perlulah dibawa ke mahkamah syariah untuk diputuskan. Hanya hakim sahaja yang akan putuskan bahagian masing-masing berdasarkan kepada peratusan sumbangan masing-masing terhadap harta sepencarian tersebut.
9. Walaupun mungkin dalam geran tidak ada nama suami, tetapi memandangkan segala urusan jual beli hartanah tersebut mulai daripada mencari hartanah sampaikan menguruskan hartanah tersebut dilakukan oleh suami, maka sudah pasti si suami juga mempunyai bahagian tertentu terhadap hartanah tersebut. Mungkin boleh jadi separuh bahagian atau kurang daripada separuh bahagian.
10. Begitu juga kalaupun nama isteri tidak ada dalam geran hartanah kerana suami beli guna duitnya sendiri, tetapi disebabkan si isteri telah bekorban menjaga kebajikan suami dan keluarga sehingga membolehkan suami mampu bekerja dengan baik sampai mampu beli hartanah, sudah pasti mahkamah akan mengambil kira bahagian isteri terhadap hartanah tersebut. Boleh jadi separuh bahagian atau kurang daripada separuh bahagian.
11. Kalaupun katakanlah suami secara zahirnya tidak menyumbang langsung terhadap pembelian hartanah tersebut kerana si isteri menggunakan wang beliau sepenuhnya dan suami tidak membantu menguruskan hartanah tersebut misalnya, fakta bahawa si suami perlu bertanggungjawab terhadap nafkah dan kebajikan si isteri dan keluarganya menjadikan beliau juga mempunyai hak dan menyumbang secara tidak langsung terhadap hartanah tersebut.
12. Jadi, semuanya bergantung kepada sejauh mana masing-masing dapat membuktikan sumbangan masing-masing (sama ada secara lansung atau tidak lansung) terhadap harta sepencarian tersebut. Walaubagiamanpun sekiranya masing-masing dapat bertolak ansur dan dapat membuat keputusan bersama secara baik disamping saling meredhoi satu sama lain tentang bahagian masing-masing, atau redho melepaskan hak dan bahagian masing masing secara sukarela, itu adalah lebih baik.
13. Oleh yang demikian, sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya anda ada mengeluarkan apa-apa sahaja perbelanjaan terhadap harta sepencarian tersebut, simpan lah bukti seperti resit bayaran dan sebagainya. Atau jika perlu direkodkan setiap sumbangan anda baik secara zahir atau sebaliknya, boleh sahaja ianya direkodkan. Tidak menjadi masalah.
Ini penting untuk membantu memudahkan anda menuntut bahagian masing-masing terhadap hartanah tersebut di kemudian hari sama ada disebabkan penceraian atau kematian.
Jadi selepas ini harap jangan ada lagi yang keliru, nak beli rumah letak nama sendiri atau nama bersama pasangan suami isteri.
Terima kasih,
Salkukhairi Abd Sukor
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
sumber : Salkukhairi Abd Sukor
Bersederhana Kumpul Wang, Jangan Jadi Hamba Kepada Harta. Deep Pesanan Dr Ini.

Sesungguhnya rezeki datang pelbagai sudut termasuk kepandaian, ilmu, kekuatan serta harta.
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan telah menganugerahkan nikmat yang terlalu banyak kepada hamba-hambaNya seperti nikmat kebahagiaan, nikmat kesihatan, nikmat kemakmuran, nikmat kekayaan dan sebagainya. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ibrahim ayat 34:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
وَءَاتَٮٰكُم مِّن ڪُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُۚ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَظَلُومٌ۬ ڪَفَّارٌ۬
صدق الله العظيم
“Dan Dia telah mengurniakan kepada kamu segala apa yang kamu pohonkan kepadanya, dan jika kamu menghitung nikmat Allah tentulah kamu tidak terkira banyaknya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat kufur”
Tidak salah menyimpan untuk masa hadapan untuk kebahagiaan keluarga, namun jangan sampai berlebihan sehingga lupa kepada ibu ayah di kampung, adik beradik yang susah, saudara mara serta orang kesekeliling yang memerlukan bantuan.
Lantaran itu, Islam mendidik kita menjadi seorang yang sederhana dalam kehidupannya. Sehubungan itu wujudnya sedekah untuk mendidik jiwa kita menjadi seorang yang suka memberi.
Apa pun sederhana itu adalah yang terbaik dalam apa jua kehidupan yang kita lakukan.
Sebagaimana perkongsian ini mengingatkan bahawa bersederhana agar menjadi muslim yang iqtiqomah dalam setiap apa yang dilakukan.
Jangan jadi hamba kepada duit
Takut tengok orang dok hitung-hitung duit dalam medsos ni. Siap keluarkan duit berkepuk kepuk. Berikat ikat. Tabur atas meja. Biar bersepah atas lantai
Dulu saya suka tengok macam tu. Lepas tu fikir pula “kalaulah dapat macam ni. Mesti yippedee satu round.”
Bila belajar pasal kewangan mesti diajar bab simpan duit. Kira duit. Bagi duit beranak. Semak pula berapa banyak duit beranak.
Menghitung hitung secara digital lah katakan. Kita rasa seronok bila nampak duit bertambah. Rasa puas. Rasa selamat.
Saya berhenti menghitung ni bila belajar terjemah dan tafsir Al-Quran secara harfiah. Tersentak bila faham ayat ini “ CELAKALAH golongan yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung (Al-Humazah:2).
Ayat ini keras sekali. Ayat amaran. Guru saya sebut “Kalau Allah dah sebut CELAKA, apa natijahnya nanti hidup kita. Berdebar dada waktu bila dia sebut macam ni.
Kita selalu dengar orang sebut “ni untuk emergency. Kalau jadi apa-apa kita selamat. Boleh bertahan few months.”
Bagus ada simpanan. Ada plan. Yang tak bagusnya ialah pergantungan itu kepada makhluk. Bukan pada Pencipta.
Allah sebut “Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat MENGEKALKANNYA” (Al-Humazah:3).
Tak bagusnya ialah kita anggap harta, wang ringgit dapat selamatkan kita. Tidak. Yang akan selamatkan kita ialah ALLAH. Ada yang diselamatkan tanpa harta seperti Ashabul Kahfi. Ada diselamatkan tanpa duit seperti Bilal Ibnu Rabah.
Allah sebut lagi,
“Jika Allah menolong kamu, Maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), Maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.”(Surah Ali Imran : 160).
Poin besarnya ialah jangan bersandar pada makhluk. Bergantung dan bertawakal pada Allah. Rasulullah SAW bersabda:
لو أنكم توكلتم على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصاً وتروح بطاناً
“Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal maka Allah akan menganugerahkan kepada kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki kepada seekor burung. Dia terbang pagi hari dalam keadaan lapar dan petang hari datang dalam keadaan kenyang.” (Hadith Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Rezeki datang bersama tawakal. Bukan melalui hitungan. Bukan kerja keras semata.
Apa yang perlu kita lakukan ialah serahkan hidup pada Allah.
وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Maksudnya: dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”. (Surah Al-Ghafir : 44 ).
Ibu saya pernah sebut. “Kalau buntu. Kalau susah hati ulang-ulang baca ayat surah Ghaffir ini. ALLAH akan bantu. DIA dekat. Malah DIA lebih dekat dari urat nadi.”
Sumber: DrRizal Abu Bakar
Zarina Buktikan Anak Autisme Boleh Bercuti, Dapatkan Nasihat Pakar Kawal Tantrum. Sungguh Inspirasi Keluarga Ini!

Inspirasi sungguh keluarga ini! Biarpun tahu anaknya bakal buat perangai, keputusan nekad untuk membawa anak tersayang tiada penghalang buat dirinya. Begitulah yang perkongsian pelakon Zarina Zainuddin melalui instagramnya yang memaparkan percutian mereka sekeluarga di London.
Lebih manis, percutian ini merupakan percutian pertama buat anaknya, Azil yang agak sukar dikawal kesan daripada autisme berbanding Azal. Mujur suami juga memahami dan turut sama membantu melengkapi percutian ini.
Biarpun menyedari anaknya akan tantrum ketika bercuti, Zarina seorang ibu yang cekap apabila menyediakan keperluan yang perlu dibawa untuk memastikan anaknya dapat dikawal dengan tenang. Malah percutian mereka ini telah menarik perhatian netizen yang teruja melihat Azal bercuti bersama keluarga. Nyata tiada mustahil bagi Zarina untuk membawa anak istimewanya pergi bercuti asalkan siap sedia dengan keperluan yang sepatutnya supaya percutian menjadi momen indah buat keluarganya.
_______________________________________________________________
Assalamualaikum
Bukan senang nak dapat berkumpul satu keluarga..
Sebenarnya permintaan ke London ini anak saya yang bongsu adam nak pergi dari cuti tahun lepas tapi tahun lepas saya bawa dia bercuti ke Penang..
Untuk anak ke 3 saya naim azrai permintaannya nak ke umrah nak ajak dia ikut sekali ni pun susah..untuk azal sia sebenarnya teringin ke bali ..azil saja takde permintaan tapi redup matanya mengatakan ibu jangan tinggalkan aku..
Percutian kali ini saya bawa p a saya sekali ..dia pun taknak ikut sebenarnya..tapi dia kesian kat saya nak handle empat anak lelaki ni bukan senang tambah ada azil sekali semua slander..azil pun last minutes suami cakap kita bawak azil sekali saya rasa lega..yes akhirnya azil ikut..
Tantrum ..memang akan ada.
Tadi saja Azil mengamuk di apartment tempat kami tinggal Azal pun dah tak tentu arah..hingga datang jiran dari bawah ketuk pintu.. selidik apa yang berlaku..nampaknya orang london begitu detail tentang ketentraman ,keselamatan anak-anak.
Tangan erat digenggam
Bercerita tentang dlm flight azil langsung tak tido dlm flight walaupun dah bagi ubat..sepanjang penerbangan tangan saya dia gengam kuat dia takut air pocket.. saya pun tak tido sebab takut azil nak ke tandas atau apa2..
Tak cuba tak tahu..ya..
Nak seribu daya tak nak seribu dalih
Soal anak takde alasan sebagai emak bapak. Dan keluarga hanya yang ada perasaan sayang akan ambil risiko, kalau takde perasaan itu mereka akan rasa ia menganggu dan menyusahkan ..
Anak anak autism mereka tahu siapa yang suka dan sayang mereka ..dan dengan siapa mereka selesa..
Kerana mereka ada deria rasa itu yang orang normal tak ada
Bawa ubat penenang Minta nasihat pakar sebelum bercuti
Kalau anda nak bawak anak ke msna2 jumpa doktor pakar mereka dulu..ambil ubat mereka kerana mereka kalau mengamuk tak kira masa jadi ubat ini membantu menenang kan perasaan mereka sementara..
InsyaAllah saya akan bawak mereka ke Mekah
Menunaikan umrah tahun depan
Tq sharondhilon aturkan perjalanan kami sekeluarga ke London.
Kasih sayang ibu bapa
Kawal tantrum
Tak kisahlah kasut terbalik Azil, janji dah sampai London dengan keluarga
Dalam pada itu, netizen memberikan kata-kata motivasi dan melahirkan rasa kekaguman melihat kesungguhan Zarina dan suami membawa keluarga bercuti bersama anak istimewanya itu.
Semoga percutian ini menjadi momen indah buat Azil dan keluarganya. Bukan calang-calang ibu bapa yang sanggup bercuti membawa anak istimewa. Tahniah Zarina dan suami!
Sumber: Instagram zarinazainuddin_