Kebelakangan ni ramai yang sakit, dek kerana cuaca yang sekejap panas sekejap hujan dan pelbagai jenis punca. Jadinya bila dah sakit, selera nak makan pun akan kurang kerana tekak tak selesa. Tapi.. Nak tak nak kena makan juga untuk kuatkan antibodi badan lawan penyakit!
Bila dah sakit macam ni, menu yang paling mudah dan ideal untuk dimakan semestinya bubur. Selalu nak mudah beli je di luar, tapi seeloknya makan makanan yang dimasak sendiri lebih bagus.
Pasti ramai dah biasa buat bubur nasi kan, tapi apa salahnya kalau cuba masak bubur versi ini pula, Bubur Ayam Chinese Style. Sekali sekala tukar selera, confirm yang sakit tak lalu makan tadi tu makan menambah. Jom cuba!
CARA BUAT BUBUR AYAM CHINESE STYLE
Bahan-bahan:
Ads
Beras atau nasi (Dalam 1 pot besar)
Isi ayam
Halia 2 ibu jari
Carrot sebatang
Sesame oil
Lada sulah
Garam
Serbuk perasa
Bawang putih
Cara-cara:
1. Kisar nasi untuk hancurkan nasi tu. Masak nasi macam biasa. Masak dengan air yang banyak sampai jadi bubur.
2. Masukkan isi ayam atau ayam cincang ramli. Kemudian masukkan halia yang dipotong halus.
3. Seterusnya masukkan carrot yang dipotong dadu. Kacau rata semua bahan.
4. Bila dah hampir masak, boleh masukkan sedikit sesame oil dan lada sulah. Kalau budak nak makan, kurangkan lada sulah. Boleh tambah lada sulah kemudian dalam mangkuk jika suka lada sulah.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Tutup api dan siap.
6. Hidangkan bersama garnishing goreng garlic sama ada hancur atau slice.
Ads
Cara goreng garlic supaya cantik macam dalam gambar tu, panaskan minyak, masukkan garlic bila minyak dah panas. Kacau selalu. Bila dia dah mula keperangan, boleh tutup api. Warna dia lembut saja tau bukan macam dalam gambar.
Kemudian alihkan dalam mangkuk bersama minyak dia. Garlic akan jadi lebih perang sebab proses masak belum berhenti.
Ads
Hidang bersama daun bawang potong seperti dibawah.
Nampak sedap kan? Ibu-ibu bolehlah cuba buat nanti kalau ada anak-anak demam. Pasti mereka berselera!
Percayakah anda hanya menggunakan 5 bahan saja boleh buat resepi kek cheese sedap yang sangat mabeles! Hanya menggunakan cream cheese Tatura, biskut dan susu serta nestum tanpa menggunakan tepung gandum dan telur.
Memang mudah! Paling best, tak perlu bakar kek. Hanya sejukan dalam peti ais. Apa lagi jom cuba buat ikut resipi viral ni.
RESEPI CHEESEKUT CAKE Bahan-bahan:
250 cream cheese(Saya guna brand Tartura) 1 paket Biskut Deluxe Crackers Hup Seng 1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan) 1 kotak kecil susu segar Nestum
Cara penyediaan boleh rujuk di setiap gambar.
1)Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan 2 s/b susu segar ke dalam mixer/blender. Putar sampai sebati.
2)Celup biskut ke dalam susu segar. Pastu susun dalam bekas untuk lapisan pertama.(Celup jap je taw, Nanti kembang sangat)
3)Tuang adunan cheese ke atas biskut dan ratakan. Pastu boleh tabur nestum. 4)Ulang step yang sama.
5)Pastikan lapisan last sekali ialah adunan cream cheese. PAstu tabur nestum. 6)Masuk dalam esbox belah bawah. Sedap makan time sejuk.Pas potong dah boleh ngap! Diizinkan untuk share resepi simple dan sedap sangat ni. Siap!
credit : Nor Suhana Samidjan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali ingin menyediakan hidangan berasaskan udang, umumnya kita terlebih dahulu akan membersihkan udang tersebut. Kemudian kulit udang itu akan kita masukkan ke dalam bakul sisa makanan untuk dibuang.
Namun menjadi masalahnya, biarpun kulit udang tersebut telah dimasukkan ke dalam plastik, bau busuknya tetap boleh dihidu. Malah, baunya yang kuat menarik perhatian lalat dan semut dan menjadikan kita sekeluarga berasa kurang selesa dengan keadaan tersebut.
Sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk uruskan bau busuk yang terhasil daripada sisa udang tersebut. Bila anda praktik anda tidak akan berdepan dengan masalah bau kurang menyenangkan ini lagi. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
• Air panas
• Daun pandan
CARA-CARA:
1. Masukkan kulit udang ke dalam bekas dan siram dengan air panas. Biarkan seketika.
2. Toskan air dan masukkan ke dalam plastik. Masukkan daun pandan yang telah dicarik.
3. Ikat plastik dengan kemas. Hasilnya, kulit udang tidak akan berbau dan tidak menarik perhatian lalat walaupun lambat dibuang ke dalam tong sampah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ruang terhad tak ada masalah jika ada kerajinan. Di sini admin kongsikan cara penanaman Rock Melon yang dimuat naik Asyiq hassan Baseri menerusi facebooknya.
Saya merupakan peminat rock melon. Jadi saya cuba menanam rock melon di tepi rumah. Permulaanya saya beli buah rock melon jenis Hami, China untuk dimakan. Buah jenis Hami, berbentuk lonjong. Berikut apa yang saya lakukan.
1)Biji rock melon saya keringkan dan dijadikan biji benih.
2) Setelah kering, saya semai didalam cocopeat. 10 hari selepas itu saya pindahkan ke dalam polybeg berisi cocopeat.
3) Saya mula memberi baja AB kepada anak pokok. Kepekatan baja AB dinaikan secara berperingkat setiap minggu.
4) 3 hari/sekali saya sembur racun kulat dan racun serangga
5) Siraman harian dilakukan secara manual sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.