Dah hujung-hujung puasa ni memang dah tak berapa selera untuk makan nasi. Anak-anak kita pun sama.
Di hujung minggu, sesekali kita sediakan bubur nasi buat anak-anak kita. Saja bertukar selera. Memang ‘layan’ juga dan makan bertambah dengan deretan lauk pauk ringkas. Pun begitu nak sediakan bubur nasi pada anak-anak ambil masa yang agak lama. Maklumlah
nak tunggu hingga nasik benar-benar lembik dan jadi bubur bukan ambil masa yang singkat.
Sementara bubur nak masak, perut berkeroncong minta diisi. Anak-anak pun mulalah masuk ke dapur tanda kelaparan melanda. Sebenarnya ada banyak teknik dan langkah untuk memasak bubur dengan lebih cepat dan pantas.
Ada sesetengah daripada kita yang membekukan terlebih dahulu beras di waktu malam hari dan keesokkan harinya barulah dimasak seperti biasa. Lebih cepat dan pantas.
Antara cara lain yang anda boleh cuba adalah dengan mengikut perkongsian yang dikongsikan di blog hatibungasakura.blogspot.my
ini. Menarik juga cara yang dikongsikan olehnya ini. Jom cuba.Korang tak rasa ke lamanya bubur nasi nak kembang bila masak. Berkeroncong perut nak tunggu bubur siap.. huh. Ni ada petua supaya senang je bubur korang masak. Jom cuba!
Caranya:
1. Tanak nasi macam biasa dulu.
2. Lepas masak, masukkan ke dalam dalam pengisar. Tuang air sampai tenggelam nasi tu..dan kisar halus.
3. Kemudian masuk semula ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain seperti ayam. Saya letak sup bunjut, ayam dan kentang. Halia jangan dilupa, nanti baunya wangi dan sedap.
4. Bila kentang dah empuk terus angkat. Yummy..Tak sampai 10 minit korang dah boleh hidang.. nyum nyum.
Selamat mencuba!
Sumber: hatibungasakura.blogspot.my