Kempen kibar bendera putih dilakukan di hadapan rumah. Ini merupakan inisiatif untuk mereka yang terputus bekalan makanan mula mendapat perhatian warganet.
ia bertujuan untuk membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan sewaktu pandemik Covid-19 ini.
Selain permohonan untuk bekalan makanan, kisah keluarga tular baru-baru ini kerana terpaksa melalui kesusahan ketiadaan tandas rosak selama dua tahun mengundang perhatian ramai.
Rata-rata simpati dengan masalah keluarga ini dan ramai yang menghulurkan sumbangan bagi membaiki tandas di rumah berkenaan.
Terbaru, pemilik rumah memuat naik hasil sumbangan yang berjaya menyiapkan tandas baru. Simple tapi kemas dan cantik hasilnya.
Selamat Tengahari semua….mungkin ni pos akhir saya untuk update perkembangan toilet dan sekeliling toilet yang dah siap 100%….
Terima kasih banyak2 pada hamba Allah semua andai ada terlibat dalam menghulurkan pertolongan untuk saya sekeluarga buat toilet baru gantikan toilet kami yang 2 tahun rosak selama nie…..
Terima kasih banyak2 sekali lagi ya…
Saya doakan semoga semua dalam lindungan Allah selalu dan saya doakan jua moga semua dimurahkan rezeki berpanjangan dunia n akhirat Aamiin….
Tq semua tq pada admin T.A.H.I yang luluskan pos saya….sekali lagi terima kasih banyak2 untuk semuanya….moga Allah balas jasa baik semua….🌹🌹
Doakan kami dipermudahkan segala urusan mendatang ya sahabat itu je saya mohon….Aamiin…
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.