Pempengaruh media social dan usahawan, Fila Amir dan suami, Muhammad Adama Camara menarik perhatian ramai apabila menyediakan wang perbelanjaan yang banyak bagi menyambut kelahiran bayi sulung mereka.
Menerusi video yang dikongsikan Fila di Tik Toknya, kedua mereka dilihat turut sama mengunjungi kedai barangan bayi bagi membeli beberapa kelengkapan untuk si comel mereka.
Jelas Fila, suaminya sangat teruja dengan kehamilannya dan telah membeli banyak kelengkapan walaupun baru memasuki sebuah kedai.
Ads
Apa yang membuatkan pempengaruh itu geli hati sudah tentu tindakan suaminya yang menyangka barangan bayi mahal sehingga memperuntukkan jumlah wang yang cukup besar.
Ads
“Papa (suami) teruja sangat, sekali pergi kedai walaupun sudah banyak kali beli pun harganya baru dalam RM1,000 lebih.
“Dia ingat barang bayi mahal.
Ads
“Alhamdulillah sudah selesai bab baju, banyak lagi yang nak kena beli,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut teruja melihat pasangan tersebut berbelanja untuk anak mereka.
Fila dan suami bahkan dipuji kerana tidak berkira-kira untuk menyambut orang baru dalam keluarga mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berkongsi pengalaman hidup seorang wanita yang kini dialah ibu dan dialah ‘ketua keluarga’ setelah suami tercinta dijemput Ilahi, nyata bukan mudah untuk dilaluinya.
Ini dikongsikan melalui posting artikel Doa Yang Diaminkan Malaikat di akaun fbnya. Jom semak.
DOA YANG DIAMINKAN MALAIKAT
Sementara menunggu giliran untuk membayar di kaunter, mata saya memandang kiri dan kanan juga orang yang beratur di hadapan saya.
“Ramai betul orang hari ni,” itu yang terpacul di bibir. Fina yang mendengar turut memandang sekeliling.
Ada yang beli barang penuh satu troli. Mungkin ahli keluarganya ramai. Ada yang beli barang penuh 2 troli. Mungkin dia seorang peniaga.
Ada yang beli barang hanya separuh troli. Mungkin itu cara dia berbelanja.
Ada yang beli barang yang boleh dibilang dengan jari. Mungkin hanya itulah yang mencukupi sebagai rezeki. Macam-macam kisah sebenarnya di sebalik troli ni.
Saya pandang pula troli sendiri.
Barang yang biasa-biasa sebagai memenuhi keperluan kami bertiga. Setelah ketiadaan arwah suami, saya cuba sedaya upaya mengisi tanggungjawab sebagai ‘ketua keluarga’ dengan sebaiknya.
Apa yang ada di dalam troli saya, adalah rezeki saya dan anak-anak. Begitu juga yang ada di dalam troli orang lain. Itulah rezeki masing-masing. Memang tak akan sama.
Kalau difikir betapa susahnya saya hidup tanpa dia, saya pasti ada isteri-isteri di luar sana yang lebih sukar hidupnya. Makan bersukat. Perut diikat. Duit dicatu. Cukup apa yang perlu.
Bila pandang troli sendiri, sematkan rasa syukur dalam hati. Bila pandang troli orang lain, doakan yang baik-baik buatnya.
Saya pernah melalui saat-saat perit pada awal tempoh pemergiannya. Saya pernah menangis kerana tidak mampu tunaikan keinginan anak-anak.
Memang saya meraung sambil memanggil namanya. Rasa seperti tidak terdaya menunaikan amanah yang dia tinggalkan.
Bila anak-anak meminta, hanya janji yang mampu saya beri. Terasa seperti saya ini seorang ibu yang zalim.
Saya ikhtiar apa yang perlu untuk saya mengubah kehidupan. Ianya tak semudah disangka. Halangan akan sentiasa ada.
Sehinggalah saya biasakan diri mendoakan orang di sekeliling saya. Doa yang tulus. Doa yang datang dari hati.
Itulah konsep doa yang diaminkan malaikat. Mendoakan yang baik-baik untuk orang lain agar kita mendapat apa yang dihajatkan. Memaaf dan melupakan agar kita juga dimaafkan.
Semua ini perlukan masa. Sentiasa diamalkan agar jadi kebiasaan. Sampai masa yang tepat, doa kita akan dimakbulkan.
Selepas ni, sambil tolak troli, kita saling mendoakan yang baik-baik sesama kita. Manalah tahu. Daripada barang yang boleh dikira dengan jari bakal menjadi rezeki yang boleh dikongsi.
Sumber : Zureiny Zulkafly
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tip mengalih atau memindahkan anak pokok dari tempat semaian pun ada caranya. Ini dikongsikan untuk info bagi memudahkan kita yang baru berjinak-jinak menanam di laman rumah.
Ketahui caranya sebagaimana yang dikongsikan ini.
CARA-CARANYA
1. Pastikan Media Tempat baru untuk mengalih anak pokok telah di gembur dan disuburkan..
2. Lembabkan media/tanah anak pokok yang hendak dialihkan..siram dengan air..
3. Bila Berdaun 4…Tarik anak benih perlahan-lahan atau bersama media/tanahnya sekali..Pastikan tidak memutuskan akar..Jika putus..Anak pokok akan stress dan lambat membesar atau mati.
4. Masukkan anak pokok ke dalam media/tanah baru yang telah di suburkan tadi…timbus akar dan tekan pelahan-pelahan media supaya mampat sedikit..Tujuannya untuk akar tidak mempunyai ruang kosong dalam tanah..kalau ada ruang kosong..pokok akan Stress..bantut dan mati juga..
5. Terus siram anak pokok dengan air selepas menanam..
Tanam satu..siram..Tanam satu..siram..jangan tunggu selepas habis tanam kesemuanya..baru nak siram..Tujuannya bagi menghidari pokok stress..
PERINGATAN
Waktu yang paling afdal ialah seawal pukul 4.30 petang hingga menjelang senja..
Nak tanam pada awal pagi atau tengah hari.. tanpa ikut masa di atas…Boleh..Tapi…Bersedialah dengan pokok yang akan stress dan layu..
Siapa yang tak kenal pereka fashion yang dikenal ramai ini iaitu Rizalman. Rekaanya pakaianya diminati semua golongan. Malah rekaan juga menjadi kegemaran Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Semalam menerusi insta story Instagram miliknya, beliau muat naik pergi ke sebuah kedai bajet yang menawarkan harga murah serendah RM2.00.
Kebetulan kedai berkenaan yang terletak bersebelahan dengan Pusat Pengajian Al-Quran Al-Qari miliknya. Sehubungan itu, pereka fashion terkenal ini bersama anaknya mengambil kesempatan membeli belah di sana.
“Banyaknya, boleh beli satu kedai.” selorohnya ketika memasuki kedai berkenaan.
Beliau melahirkan rasa kagum dengan harga murah yang ditawarkan dengan pelbagai barangan di kedai berkenaan.
Riak wajah kegembiraan jelas kelihatan anak beranak ini membeli belah di kedai barang murah ini.
Biarpun mampu ke kedai mewah, Rizalman tak kekok untuk berada di kedai barang murah itu.
Gelagat anak beranak ini kelihatan bersahaja ketika melihat barangan kedai berkenaan.
Nyata, ia menunjukkan sikap rendah diri dan sederhana dalam diri pereka fashion ini.
Tabik Dato!
Dalam pada itu warganet memuji dan teruja dengan perkongsian beliau.
Sumber: Rizalman71 & Suriyana Haron
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.