Sesuai untuk pelbagai jenis majlis dan hari-hari penting, hidangan roti jala semestinya akan jadi salah satu pilihan utama orang ramai. Malah, kalau rajin buat untuk makan petang bersama keluarga pun onz tau!
Memandangkan kita nak jejak ke hari raya Aidilfitri tidak lama lagi, boleh la selitkan menu ni sebagai salah satu juadah untuk dihidangkan pada tetamu. Yang lebih menarik, buat je awal pagi, roti jala ini kekal lembut sampai ke petang! Menarik kan? Jom cuba!
Ads
RESIPI ROTI JALA MUDAH, SEDAP & LEMBUT
Bahan-bahannya:
1 kg tepung gandum
2 biji telur A
1/2 tin susu cair (1 cawan)
150ml minyak masak
1500ml air
Sedikit garam
Pewarna kuning telur
Ads
Cara-caranya:
Satukan semua bahan, kisar sehingga semuanya sebati.
Tuangkan ke dalam botol (ada muncung 3) atau boleh guna acuannya jika ada. Sedia untuk dimasak.
Guna kuali non-stick, leser sedikit minyak untuk kiraian yang pertama. Yang seterusnya tak perlu leser minyak.
Ads
Lepas jala atas kuali, biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak perlu terbalikkan, boleh terus angkat dan gulungkan.
TIPS PENTING:
Jika nak makan pada keesokan pagi, boleh mula masak pada pukul 10 malam.
Pastikan roti jala sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas tertutup supaya lambat basi.
Roti jala sedia untuk dimakan dengan kari ayam atau ayam masak kuzi. Sedapnya!
Jika ditanya siapa di sini biasa minum air berperisa pandan? Mesti itu bukan sesuatu yang pelik lebih-lebih lagi jika kita sediakan air sirap yang dibancuh dengan daun pandan. Baunya sungguh harum dan menambah keenakan dan kenikmatan menikmati air sirap tersebut.
Pun begitu, ada satu lagi minuman yang mungkin ramai belum biasa disediakan iaitu Teh Penyegar Badan yang dihasilkan daripada bahan terpilih dan salah satunya adalah menggunakan daun pandan.
Ini cara yang dilakukan oleh wanita bernama Lyndah Abraham di facebooknya. Juga perkongsian buat ibu-ibu mengandung yang selalu mengalami keletihan dan lemau-lemau badan.
Teh Penyegar Badan
Air Tea O penyegar badan. Paling sesuai untuk keluarga. Ibu-ibu mengandung yang selalu letih pun boleh cuba.
Bahan-bahan:
Halia
Daun Pandan
Gula kabung/gula batu
Uncang tea
Caranya:
1. Rebus air bersama halia dan daun pandan.
2. Setelah mendidih tutup api.
3. Masukkn air panas tadi ke dalam cawan. Letakkan gula dan uncang teh (seperti bancuh teh biasa).
Menyedari daun pandan banyak kegunaannya, bukan sekadar untuk dijadikan minuman berkhasiat seperti ini ada baiknya kita ketahui juga cara untuk menyimpan pandan agar kekal segar dan beraroma untuk memudahkan kita menggunakannya bila perlu.
Maklumlah, daun pandan yang dibeli biasanya akan kering jika disimpan begitu sahaja di dalam peti sejuk. Bimbang berlaku pembaziran, ada cara untuk anda simpan daun pandan ini pada tempoh yang lebih lama. Malah lebih segar.
3 petua mudah yang dikongsikan oleh Helina Ahmad, Shaz Abdul dan Nora Sheka di facebook ini patut kita cuba untuk melambatkan sedikit jangka waktunya kering. Memang menarik.
Cara 1
Cara mudah ini dikongsikan oleh Helina Ahmad. Guna kertas surat khabar je.
Bahan-Bahan:
Daun pandan
Kertas surat khabar
Caranya:
1. Basuh daun pandan dalam air mengalir hingga bersih.
2. Bungkuskan daun pandan di dalam surat khabar kemas-kemas.
3. Masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Bila hendak memasak, keluarkan dan lihatlah hasilnya. Masih segar dan tidak kering seperti selalu.
Cara 2
Ini pula cara yang dikongsikan oleh Shaz Abdul. Simple je.
Sekadar perkongsian cara saya simpan jus pandan dan supaya tahan lama. Daun pandan yang sudah dikisar dan ditapis. Masukkan dalam plastik aiskrim dan simpan dalam tempat beku. Tapi awas, jangan sampai anak-anak ambik makan macam aiskrim.
Cara 3
Ini pula cara yang dilakukan oleh saudari kita, Aniza Dzahir.
Ni cara saya simpan daun pandan tahan lama dan fresh sentiasa, kot ada peniaga nasi lemak atau suri-suri rumah nak cuba dipersilakan. Daun pandan tu basuh bersih-bersih, simpul dan letak kat tempat sejuk beku. Siap! Berbulan-bulan pun fresh gitu.
Cara 4
Menarik juga cara yang dilakukan oleh Nora Sheka ni. Guna plastik susu je. Senang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Orang dulu-dulu selalu pesan dekat anak-anaknya yang masih belajar : ingat jangan termakan semut, nanti jadi pelupa. Umumnya mana ada orang suka-suka makan semut melainkan ada yang termakan dek kerana minum air yang bersemut, atau termakan makanan manis yang telah dihurung semut atau sebagainya.
Memandangkan semut dan gula berpisah tiada, menjadi tugas utama ibu-ibu untuk pastikan bekas gula di dapur bebas daripada dihurung semut. Jadi dengan cara ini kita yakin, air yang kita sediakan untuk anak-anak dan keluarga tidak mengandungi semut.
Namun kadang-kadang pernah juga terjadi, bila kita membancuh air dalam keadaan hendak cepat hingga terlupa menutup rapat penutup gula tersebut. Alih-alih nampak penuh sahaja bekas gula tu dengan semut. Jadi bagaimana caranya? Takkan hendak dibuang gula sebekas, tentu membazir.
Jadi ketahui cara atau petua nak halau semut dengan cara mudah dan pantas sebagaimana yang dilakulan oleh Mem Nazeffa di akaun fbnya.
“Habis semua semut keluar. Mabuk bawang putih. Ni petua gula x disentuh semut.Misi Berjaya. Yeahh”– Mem Nazeffa.
Bahan yang diperlukan:
Bawang putih
Cara Buat :
1. Potong 3 ulas bawang putih.
2. Kemudian masukkan ke dlm bekas gula.
Jadilah bolehlah dicuba.
Selain itu orang dulu-dulu ada juga berpesan kalau hendak elakkan daripada gula dihurung semut lakukan beberapa perkara ini.
1. Ikat bekas gula dengan tali atau kain perca yang direndam dengan minyak masak.
2. Masukkan dua tiga kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula.
3. Letakkan bekas gula di dalam pinggan yang berisi air.
4. Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas gula.
Selain itu, SERBUK KOPI juga boleh dijadikan alternatif cara untuk menghalau semut daripada menghurung gula atau makanan yang manis. Ini kerana serbuk kopi mempunyai bau yang kuat. Caranya, ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.
Jika tidak pun, ibu boleh gunakan DAUN SIRIH dengan menghiris halus beberapa helai daun sirih dan kemudian taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut di masa akan datang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat dan faedah berpuasa Ramadan bagi umat Islam.Berpuasa...