“Tak Kaya Tak Apa, Asal Tahu Jaga Kebersihan.” Rumah Daif Tapi Susun Atur Kemas, Warganet Beri Pujian.

Share
Rumahku syurgaku, begitulah ibarat yang boleh dilihat kepada sebuah rumah daif yang agak kekurangan ini. Hanya berdindingkan batu bata dan berlantaikan simen biasa, sudah cukup menjelaskan keluarga ini menjalani kehidupan seadanya.

Tapi sikap pembersih dan kemas menjadikan rumah ini selesa dan sedap mata memandang. Begitulah perkongsian beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Febby Ridwan F. Bue telah menarik perhatian warganet.

Siapa sangka, biarpun miskin harta, rumah tetap ditata hias kemas dan tersusun seadanya, sedap mata memandang. Sungguhpun kisah ini disebuah kediaman negara Indonesia namun ia tetap memberi inspirasi global bahawa semua golongan inginkan sebuah rumah yang tenang dan damai serta bersih.

Biarpun tidak mewah tapi boleh ditata hias seadanya mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang pasti, sikap diri sendiri yang menjadikan rumah itu kekal bersih dan tenang.

 

Ruang dapur

Meninjau di ruang dapur jelas mengambarkan pemilik seorang yang displin dan teratur. Segala kelengkapan tersusun dengan kemas. Kuali walaupun di gantung tetapi diletakkan sebaris mengikut jenisnya. Manakala bekas lain digantung di tempat lain. Begitu juga dengan sudip yang disusun secara teratur.

Rak pinggan tidak dibiarkan berselerak. Pinggan diletakkan dengan kemas. Lebih menarik rak pinggan diletakkan bersebelahan dengan meja makan.
Bekas di rak dapur tersusun dengan kemas.
Tema hijau
Sebahagian barang-barang didapati berwarna hijau.
Sungguh inspirasi! Apa yang pasti, kita harus mengurus rumah supaya isirumah sentiasa selesa dan gembira duduk dirumah. Syukur seadanya!
Sumber:  Febby Ridwan F. Bue

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club