Nabi Muhammad SAW menyuruh ibu bapa ajar anak solat bila sudah berumur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umurnya 10 tahun. Tapi sebaiknya sebelum mencecah usia anak 7 tahun, kita kena dedahkan anak dengan amalan solat.
Bagaimanapun untuk membiasakan anak-anak kecil solat ada caranya. Bukan hanya sekadar suruh tetapi perlu buat sesuatu pendekatan yang boleh menarik minat anak untuk belajar solat dan seterusnya menjadikan rutin harian.
Berikut dikongsikan tip untuk ajar anak kecil bersolat. Lagi awal dibiasakan lagi mudah. Jangan risau bab kesempurnaan kerana ia boleh diperbaiki tetapi yang utama adalah DISIPLIN.
1) Biasakan solat depan anak
Bila ada anak kecil, kebanyakan kita lebih selesa untuk solat di dalam bilik. Namun dalam situasi ini, sebaiknya kita perlu biasakan anak untuk lihat ibu bapanya solat. Anak-anak kecil akan mudah belajar dan cepat meniru perbuatan kita.
Betul ada masanya anak kecil akan memanjat belakang badan, baring atas sejadah, menarik kain telekung dan sebagainya. Sebaiknya bersabar sikit kerana fasa ini akan berlalu bila anak semakin besar.
Bila setiap hari kita terangkan yang elok-elok untuk mereka, lama kelamaan anak akan faham dan tak menganggu ibu bapa lagi.
Ads
2) Ajak anak solat
Selalu ajak anak solat bersama. Contohnya “Abang, adik dah azan. Jom kita solat sama-sama nak tak?”
Ajakan ini untuk bagi anak rasa diri diperlukan untuk sama-sama solat. Dari situ, baru rasa keseronokan yang tinggi setiap kali diajak solat.
3) Ajarkan anak mengambil wuduk
Selepas ibu bpaa ambil wuduk, ajar sekali anak cara berwuduk. Bila setiap hari mereka dilatih, Insyaallah anak akan mampu buat sendiri dengan turutan yang betul.
Ads
4) Beli sejadah, telekung atau kopiah khas
Terdapat pelbagai cara untuk pastikan anak-anak bersemangat untuk solat. Kita sebagai ibu bapa perlu kreatif untuk menarik minat anak. Antaranya boleh belikan sejadah yang comel atau telekung khas.
Kini dah banyak pilihan sejadah yang cantik dan menarik untuk anak-anak. Misalnya sejadah keluaran NAWAITU yang menawarkan pelbagai koleksi untuk semua peringkat umur bermula dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.
Menariknya mengenai sejadah NAWAITU ini ia menggunakan material daripada foam serta anti slip di setiap permukaan belakang sejadah.
Ads
Material memory foam yang tebal dan lembut, mampu menahan daya tekanan dan sejadah kembali ke bentul asal untuk memberi keselesaan yang maksimum ketika beribadah, serta memberi galakan dan semangat anak-anak apabila solat. Bukan itu sahaja, khasnya sejadah NAWAITU ini juga boleh digantung selepas solat.
Menggunakan tagline NAWAITU seisi keluarga, anda boleh dapatkan produknya menerusi website: www.nawaitu.com.my; facebook: nawaitu.hq; instagram: nawaitu.hqatau hubungi 016-9441593.
5) Berikan pujian
Berilah anak pujian untuk setiap usaha yang dia lakukan walau hanya solat 1 rakaat sahaja. Pujian sebenarnya memberi kesan motivasi yang sangat besar pada diri anak. Bila mereka termotivasi, dengan sendiri mereka akan solat tanpa disuruh suruh.
6) Bersabar
Nak mengajar anak cinta solat semuanya mengambil masa. Kita sebagai ibu bapa kena sabar dan istiqamah dalam mendidik anak agar cinta kepada solat.
Jadikanlah rumah kita sebagai sekolah ibadah pertama anak-anak. Sesungguhnya solat akan mencegah kita dari kemungkaran. Apa yang penting terapkan disiplin, dengan izin Allah perlahan-lahan anak akan memahaminya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam perkembangan terbaru yang mengejutkan ramai pihak, usahawan terkenal Jofliam, yang dikenali dengan perniagaan pizza wagyu popularnya membuat pendedahan bahawa dia kini sudah tidak lagi ‘bersama’ Cik Epal.
Pengumuman ini mengejutkan ramai, apatah lagi Jofliam sendiri mengakui bahawa situasi ini adalah satu kejutan besar dalam hidupnya.
Dalam perkembangan terbaru yang mengejutkan ramai pihak, usahawan terkenal Jofliam, yang dikenali dengan perniagaan pizza wagyu popularnya, tiba-tiba membuat pendedahan bahawa dia kini sudah tidak lagi ‘bersama’ Cik Epal.
Pengumuman ini mengejutkan ramai, apatah lagi Jofliam sendiri mengakui bahawa situasi ini adalah satu kejutan besar dalam hidupnya.
Menerusi Instagram, usahawan itu membuat pendedahan panjang lebar setelah sehari dirinya ‘bukan lagi’ bersama isterinya, Cik Epal. Dia yang kini berada di Milan, Itali untuk pertandingan Top 100 Pizza memberitahu statusnya ‘saya dengan Cik Epal bukan lagi suami isteri’ telah menimbulkan tanda tanya orang ramai.
Berikut sebahagian daripada tangkap layer di Instagram Story Jofliam.
“Saya tidak pernah curang walaupun sesaat dengan isteri saya dan juga saya sangat sayangkan anak-anak.
“Fitnah ini bukan sekadar merosakan hubungan keluarga saya malah perkahwianan Dewi. Fitnah ini meruntuhkan dua masjid.” Luah Jofliam
Kenapa saya tak bawa Cik Epal ke Milan? Sebab saya masih tak tahu status perkahwinan saya secara sah, akan diketahui bulan ini.
“Saya tak nak bawa dan kemudian bila balik Milan, announce benda yang tak sepatutnya sebab saya tak nak ada tohmahan yang katakan ini semua marketing.”
“Jadi saya disini adalah urusan kerja demi nama Malaysia di mata dunia.”
Terdahulu, Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar menafikan mempunyai hubungan sulit dengan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Dewi.
Bagaimanapun, keadaan rumah tangganya bertambah buruk apabila Jofliam mendakwa berlaku campur tangan darah dagingnya sendiri yang dikatakan cuba meracuni pemikiran isterinya dengan khabar angin berunsur fitnah.
Hingga ke saat ini, Jofli mendakwa terpaksa mempertahankan diri melalui hantarannya di media sosial kerana tiada lagi tempat yang boleh diluahkan segala-galanya.
Mari kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat Jofliam dan rumah tangganya. Semoga segala konflik dan cabaran yang dihadapi dapat diselesaikan dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Kita berharap agar hubungan mereka kembali utuh serta dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan peribadi dan perniagaan.
Petua menghilangkan keresahan, bisikan negatif, mimpi buruk dan tidur yang sering terganggu.
“Ustazah saya selalu mendengar suara bercakap dan berbisik di telinga saya, sedangkan tiada sesiapapun yang saya nampak”
Saya menerima persoalan ini dari seorang murid. Wajahnya sayu dan kerisauan.
1. Cara hilangkan ketakutan
Jika timbul persoalan begini, tugas kita ialah meningkatkan keberanian dan keyakinan dirinya. Jangan menambahkan rasa takut kerana ia boleh menyebabkan sakit yang lebih parah.
Cara menguatkan hati yang lemah dan takut:
Baca salawat 3x
Baca Al-Fatihah 1x
Baca surah As-Syarh ( Al-Insyirah) 3x
Hembus di telinga sebelah kanan
(Jika dibaca oleh orang lain)
Hembus di telapak tangan dan usap ke wajah kemudian bawa ke dada (Jika baca sendiri)
2. Pagar diri, ulangi pagi dan petang
Baca salawat 3x
Baca Al-Fatihah 1x
Baca ayatul kursi 3x
Hembus di telapak tangan dan usap ke wajah kemudian bawa ke dada
Yakin Allah maha menjaga, serahkan seluruh kehidupan kita kepadaNYA.
Benar kata perpatah, guru ini bagaikan lilin yang membakar diri. Sanggup bersusah untuk memberikan yang terbaik buat anak didiknya.
Lantaran menyedari sekolah ditutup sejak tahun lepas sehinggalah Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pembukaan kembali sesi persekolah bermula 1 Mac lalu, pihak sekolah diseluruh negera telah melakukan pelbagai persiapan.
Begitu juga dengan sebuah sekolah di pendalaman Sarawak, Sekolah Kebangsaan (SK) Kut, Pulau Bruit. Selain persiapan pembelajaran dan persekitaran sekolah mengikut SOP yang ditetapkan oleh KKM, Seramai 31 murid turut dikejutkan dengan kehadiran watak yang disukai ramai iaitu Spiderman di sekolah berkenaan. Cara yang unik dan inspirasi!
Individu yang dibawakan oleh Spiderman bukan calang-calang, ia dibawakan oleh seorang pendidikan, Ustaz Muhamad Tarmizi Awang@ Yacoob, 35, yang merupakan seorang guru pendidikan Islam sekolah berkenaan.
Menurut pendidik yang berasal dari Kuala Krai Kelantan ini yang dua tahun mengajar di sekolah berkenaan.
Ketika dihubungi Keluarga, beliau menjelaskan bahawa idea kreatif adalah hasil daripada beliau sendiri dan julung kali diadakan di sekolahnya untuk memberi semangat kepada anak-anak yang kembali ke sekolah.
Idea timbul selepas lihat murid-murid saya dah lama tak ke sekolah. Jadi nak tarik mereka, fikir satu idea dengan harapan anak-anak murid ini kembali bersemangat untuk ke sekolah.
Walaupun jauh di pedalaman sarawk, mereka berhak bahagia..
Sempat la smlm bertukar watak sekejap. Ustaz boleh, Spiderman pun kita on la. Janji anak didik kita semangat untk hadir ke sekolah
Nasib double seluar. Maklumla seluar dia ketat.
Tahniah cikgu dan warga pendidik sekolah! Semangat membara inilah yang akan memberi motivasi kepada anak-anak untuk belajar dengan penuh keseronokkan.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.